Friday, September 4, 2009

Menu 13

Setelah pening duk fikir nak masak apa khirnya masak nasi lemak utk berbuka kami semalam. baru nak masuk 2 minggu puasa dah pening....hihihi. Sedap sambal bilis ni. Resepi Noreen_My Home Cooking Blog tapi saya ceduk kat dapur Moi-qistina.( bestnya dia raya kat Malaysia...:)). Sebenarnya dah lama teringin nak try sambal bilis ni sejak tengok moi masak tapi asyik tunda je...Terima kasih utk kalian berdua berkongsi resepi. Semalam kelam kabut...sempat ambik gambar sambal bilis je....


Bahan-bahan:
  • 150gm ikan bilis
  • 1 camb asam jawa + 150ml air - ikut suka
  • 4 camb gula merah + sedikit gula pasir
  • 3 camb sos cili + sos tomato + sedikit air
  • 2 labu bawang besar - dihiris bulat
  • Minyak utk menggoreng
  • Garam

Bahan-bahan kisar:

  • 20 tangkai cili kering
  • 2 labu bawang besar
  • 8 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • Belacan - optional

Cara:

  1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing, angkat, toskan dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan2 kisar dan kacau hingga garing.
  3. Masukkan air asam jawa dan kacau rata.
  4. Setelah mendidih, masukkan gula merah dan garam.
  5. Perlahankan api dan renihkan selama 15-20 min.
  6. Masukkan bahan2 sos dan kacau hingga mendidih kemudian renihkan semula selama 20 min.
  7. Masukkan ikan bilis dan bawang besar dan kacau rata.Masak 3-4 min kemudian angkat dan hidangkan.


Kuih ni dah byk kali buat...anak2 memang suka bingka2 ni...



8 comments:

ain said...

teringin gak nk mkn ns lemak ngan sambal ikan bilis, bdk2 x nak pulak. huhu!!!

Deliah's Deli said...

jgn kata 2 minggu..2,3 hari pun dah pening fikir nak masak apa :(

sedap bingka tu nampaknya esp yang kerak2 tu :)

Shais said...

sekali-sekala buat nasi lemak pun sedapkan.

Chik Mi said...

Suzi kita serupaaaa akak pun buat nasi lemak tp dah tak larat nak posing2 hihihihi.nampak sedap sambal bilismu itew

fzi said...

Sedapnya nasi lemak.... wah menu bertukar2 je, rajin suzi ni...

nekPP said...

betulah tu suzi..2 minggu puasa kepala nekpp pon ding dongg..hehe..feninn nak pikir menu!

ima said...

sedapnye suzi...sambal bilis tu!dah lama tak buat sambal bilis...teringin la pulak nak makan sambal bilis tapi...huhuhu

ratna said...

sambal ikan bilis ni cicah dgn roti pun sedap gak..