Wednesday, September 9, 2009

Menu 18 Ramadhan

Pejam celik, hari ni dah 19 Ramadhan...dah nak masuk 10 malam terakhir. Jom, tingkatkan amalan kita, berjuang untuk malam2 terakhir ni. Mungkin inilah ramadhan terakhir buat kita....Moga Allah beri hidayah buat kita untuk terus meningkatkan iman dan amal kita. amin.


Semalam kami berbuka dengan kue tiaw goreng, campak2 je...sekali dengan ayam goreng berempah serai dan lompat tikam. Nugget ayam pun ada...






Ayam Goreng Berempah Serai.


Ramai dah kawan2 yg buat ayam goreng ni...sedap!! Resepi love2cook@myresipi.com...terima kasih berkongsi resepi. Minta izin copy-paste ye.

Bahan-bahan ( Sekeluarga )

  • 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)
  • Bahan2 dikisar bersama:-
  • 6 ulas bawang putih
  • 7 ulas bawang merah
  • 2 inci halia
  • 2 batang serai
  • ---------------------------------------
  • 3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
  • 2 sb serbuk kari daging
  • 1/2 sk serbuk jintan putih
  • 1/2 sk serbuk jintan manis
  • 1/2 sk serbuk ketumbar
  • 1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
  • garam dan aji secukupnye
  • 3 tangkai daun kari
  • Minyak yang menggoreng

Cara-cara

  1. Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
  2. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
  3. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
  4. Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Boleh dimakan begitu sahaja!
  5. Selamat mencuba! ;)




Lompat Tikam

Saya suka kuih ni tapi my hubby tak berapa suka...Antara kuih yg selalu mak buat bila bulan puasa. Kali ni saya try resepi kakfida@MR, kutip kat dapur UMMI. Terima kasih berkongsi resepi.



Bahan (lapisan bawah):-
62 gm tepung beras (*ummi letak 65 gm)
660 ml air
62 ml air pandan + 1/2 sudu kecil pewarna hijau
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil air kapur

Bahan (lapisan atas):-
25 gm tepung beras
600 gm (625 ml) santan pekat
1/2 sudu kecil garam

Bahan (Air Gula Merah):-
250 gm gula melaka
500 ml air
1 helai daun pandan - simpulkan

Cara Membuat:-
  1. Campurkan bahan-bahan lapisan bawah ke dalam periuk, kacau rata dan masak dengan menggunakan api perlahan hingga adunan pekat dan berkilat (meletup-letup). Matikan api.
  2. Tuang adunan ke dalam mangkuk2 kecil hingga setengah bahagian mangkuk. Ketepikan.
  3. Masak pula lapisan atas dengan cara yang sama hingga pekat dan tuang ke atas lapisan bawah tadi. Sejukkan pada suhu bilik.
  4. Masak air gula hingga mendidih. Tapis dan sejukkan. Tuang ke atas kuih ketika menghidang. Lebih sedap disejukkan di dalam fridge dulu.





8 comments:

Unknown said...

menu campak2 yang buat jadi sedap:))

NekPP said...

betul tuuu menu campak2 yg best!! meriah meja suziii...sonok anak2..

ain said...

sejap je dh masuk 10 mlm terakhir kan??? amalan masih lg suam2 kuku.aduss!!!!

psst...sedapkan ayam serai tu!!!

cheryna zamrinor said...

kak suzi, sha perasan menu nieh ade letak aji. sha pulak tak tahan ngan aji tuh. leh tak kalo tak letak? ada ape2 nak ganti ke?

sha tak brape familiar ngan gambo lompat tikam tuh. macam takde je kat sini...(tpt sha)

Deliah's Deli said...

lompat tikam tu makan sejuk2 lagi sedap kan.

Suziey Ahmad said...

ouh sedap tu aym rempah serai..hmm tingt masa peknen..mengidam lompat tikam..mahal la org jual..huhu

Mak Su said...

maksu berkenan kat menu no 2 dan no 3 :)

mummyseri said...

kak suzi sama la bahan tuk lompat tikam ni ngan tepong pelitakan..cume gule ganti ngan gula merah tu..