Tuesday, September 1, 2009

Menu 10 Ramadhan

Salam....salam merdeka!!!(semalam). Baru hari ni berkesempatan masukkan menu2 berbuka utk 8-10 Ramadhan...tak tahu apa sbbnya mcm kelam kabut je...mungkin sebab anak2 yg tak sihat. Alhamdulillah , semalam bawa Isa dan Sumaiyyah jumpa doktor sebab batuk yg tak reda, terutama bila malam...menangis kadang2 Sumaiyyah tahan sakit. Untuk Sumaiyyah doktor bagi antibiotik dan Isa cuma kena terus makan ubat asthma dia bila...
Temujanji dgn doktor pukul 2....balik dr klinik tu sempatlah masak ni utk berbuka....


pasta dengan salmon goreng dan hash brown(readymade hihihi).




Murtabak Segera.



Murtabak segera....Resepi dr minami133@myresipi.com.... guna kulit popiah. Mita izin copy-paste ye....terima kasih. Sedap!!!

Bahan-bahan ( 6 keping )

  • 100 g daging cincang
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 sudu setengah rempah kari
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • daun sup
  • minyak
  • 1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
  • kulit popia
  • 2 biji telur

Cara-cara

  1. mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
  2. apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
  3. apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
  4. pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
  5. ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
  6. goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.


Ni pulak lauk untuk sahur....

4 comments:

ain said...

dah buat dh dia murtabak popia tu!! akak baru plan nak buat mggu ni. senang kan..!!!

psst...semoga anak2 su cpt sembuh!!!

Tie said...

Adoi....belum tengahari lagi kak tie dah lapar, hu hu...

ima said...

alahai suzi...sedap2nya suzi masak...bertuah anak2 dan suami...macam ima ni malas betul nak masak dibulan ramadan ni...

Deliah's Deli said...

berderet menu walaupun anak2 tak sihat...kalau kita kat sini bazaar ramadan la jadi dapur ;)