Thursday, September 3, 2009

Menu 12 Ramadhan

Sup ayam mamak style, lauk kami semalam. Dulu2 selalu beli sup mcm ni kat gerai mkn kat tmn kanak2 kat Ipoh...sebelah kamdar tu...sedap! Resepi dr noreen -uk . Terima kasih ye...copy-paste sekali ni...hihihi. Alhamdulillah berselera anak2 makan nasi.



Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam kampung atau ayam bando pun buleh gak - dibelah 4
  • air - utk merebus ikut suka ati ler
  • daun sup dan daun bawang secukupnya - dihiris (kalau ada mmg sedap tak ada pun tak apolah joyah)
  • 4 camb minyak
  • 4 biji bawang merah - dikisar
  • 3 ulas bawang putih - dikisar
  • 1 labu bawang besar - dikisar
  • 2 cm halia - dikisar

Bahan rempah (dikisar jadi serbuk):
  • 2 camb jintan manis
  • 1 1/2 camb jintan putih
  • 2cm kulit kayu manis
  • 1/2 camt lada hitam - kurangkan jika tidak mau pedas
  • 3 kelopak bunga lawang atau 1/2 kuntum
  • 1 kuntuk bungan cengkih

Bahan pemekat:
  • 1 camb tepung gandum - dibancuh dengan
  • 1/2 cawan air utk dijadikan pes

cara:

1. rebus ayam dengan air hingga mendidih
2. perlahankan api dan renihkan hingga ayam empuk
3. keluarkan ayam dan sukat air rebusan sebanyak 1.5 ltr dan ketepikan
4. potong ayam menjadi kepingan kecil
5. panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi
6. masukkan pula rempah kisar dan sedikit air rebusan
7. kacau hingga naik minyak dan wangi
8. tuangkan baki air rebusan dan kacau sekali sekala hingga mendidih
9. perlahankan api, tuangkan pes tepung dan kacau tanpa henti hingga kuah sup menjadi pekat
10.sendukkan ke dalam mangkuk berisi kepingan ayam dan taburkan daun sup dan daun bawang (dlm gambo tak letak sbb tak ada cian kat den)

note: jika kuah terlalu pekat setelah memasukkan pes tepung, tambah sedikit air mendidih dan kacau rata




Cendol

Dah lama teringin buat cedol...maklumlah kat sini mana nak cari tapi terbantut je sbb takde air kapur, takut tak jadi. Google punya google, baru ku tahu nama lain air kapur adalah white lime stone, sungguh ketinggalan zaman. Betullah kan?...sbb fungsi benda ni sama dgn air kapur. terus suruh hubby beli kat kedai asean...hihihi...cuaca sejuknya minum juga air cendol ....teringin, apa nak buat...
Resepi dr siti mariam tapi ambil kat dapur Hana...terima kasih ye berkongsi resepi. Takde acuannya...guna pengukus juga, mcm Hana. Tu yg buat rupanya semacam je ...


Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung beras
  • 3 cawan air pandan
  • secubit garam
  • 1 sudu kecil air kapur
  • sedikit pewarna hijau (option)
Cara-cara
  1. masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat
  2. kacau selalu supaya tidak hangit
  3. sediakan bekas yang berisi air sejuk
  4. masukkan cendol ke dalam acuan muruku dan tekan ke dalam air sejuk
  5. kalau tak ada acuan muruku tekan di atas senduk yang berlubang
  6. simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais.


Sedapnya dapat makan cedol...kuih lain lak, buat samosa lagi...permintaan hubby.



10 comments:

dina said...

sup kat TKK, memang best, tengok cam sama je dgn kak suzi punya sup. Pior ipoh mali! hahaha... cendol tu buat saya teringat masa bisnes kecil2an dulu dgn kawan. kitorg buat cendol tu sendiri periuk lama mak saya kejekan tebuk2 dgn paku untuk dapatkan struktur cendol yang panjang dan cantik... heheehee

ain said...

akak n budak2 suka mkn sup ngan nasi putih pns2.sedap!!! bulan posa ni lum pernah lg buat sup, ingat nak kena buat gak la nanti.

bestnya nmpak cendol su tu!!!

Deliah's Deli said...

rajinnya buat cendol....kita rajin gak,rajin beli ;)

suzi, ni nak share - sup tu kalau nak pekat masukkan kentang blend atau rebus, pun sedap.

jalilah_jy said...

fulamakkk sedapnye cendoiii. kaw kaw nyer la buat sendiri tu tahniahhhh..akak yg dok kat KL ni pun belom sempat buat cendoiii niii..nak juga buat sbb dah lama tol x kacau tepung tuu..pandan ada dlm pasu niii...

Tie said...

Cendol tu comel. Ketot-ketot! Hi hi..

Sup berempah, ya ? Memang sedap!

Sue said...

ahh..kak suzi..terliur tengok cendol tu..

Suzi said...

dina,
rindulah sup kat TKK tu...masih ada lagi ke?

kak ain,
budak2 memang suka sup ayam..kan?

rupa cendol tu semacm je kak...

deliah,
thanks. blh try.


jalilah.jy
akak, buat jgn tak buat. buat sendiri lagi puas hati...

kak tie,
ooo akak gelakkan cendol saya ye...hihihi apa ada pada rupa kak tie, yg ptg rasanya hihih...

sue,
bolehlah try buat...

mummyseri said...

kak suzi..
cedapla cendol akak wat tu..
mntk 4 mgkuk...

GreenJade said...

ayooohaii sgguh mengancam nyawa & napsu itu sup & cendol


kuatkan lah iman ku ..kaburkan lah mata ku dr pemandangan di atas nih uhuhuhuuuuu uwaaaaaaa

排骨酥May said...

徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,商標,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社