Monday, September 7, 2009

Menu15 Ramadhan

Hari puasa ke 15, masak nasi ayam lagi...masak lebih sikit sbb abg nak bawa utk jemaah tabligh Malaysia yg berada kat Adelaide ni. Untuk kuih saya masak kuih bakar/bingka kentang....


Resepi ceduk dr dapur Kak Ain...ramai dah buat rasanya. Tq berkongsi resepi. Anak2 saya memang suka kuih2 macam ni. Saya bakar dalam acuan muffin.


Bahan:-
  • 2 biji ubi kentang sederhana besar - rebus n kisar
  • 1 biji telur
  • 2/3 cawan gula pasir
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan
  • sedikit pewarna kuning/hijau
  • 1/3 sudu besar minyak sapi-cairkan
Cara-Cara:-
  1. Dalam bekas, kacau telur n gula hingga gula larut.
  2. Masukkan tepung n santan. kacau rata, pastu tapis.
  3. Masukkan dalam ubi kentang tadi dan kacau rata.
  4. Masukkan minyak sapi cair dan kacau sebati.
  5. Sapu loyang/acuan dengan minyak, panaskan sebentar, tuang adunan.
  6. Masak atas api kecil, tabur bijan jika suka.
* jun guna acuan kecil2 n bakar dalam oven aje lebih kurang 15-20min..(akak guna ramkin berdiameter 5 inci dan bakar selama 35 minit selain acuan kecil2 tp agak nipis acuan tuu..hehe)


4 comments:

ain said...

comel pulak bingka su.tak terfikir tu hari nak masak dlm acuan muffin, lg senang!!!

Deliah's Deli said...

bingka kentang tu rupanya, ingatkan cheese tart...comel2.nak satu jadila.

ima said...

wah...nampak sedap dan comel je kuih bingka kentang su tu...

Sasha said...

kreatif!!! bingka muffin!