Monday, August 10, 2009

Roti jala kuah durian

Akhirnya hari Jumaat hari tu tercapai hasrat nak makan roti jala dengan kuah durian. Kena menuggu lama sbb nak tunggu semua sihat...baru dalam rasa nikmat makan..kan? Puas hati makan walau guna lempik aje...lebihan kuah tu siap boleh makan dengan pulut dan roti lagi.
Abaikan rupa roti jala tu sbb buat pakai botol sos je...


Bahan-bahan(utk roti Jala)
Sumber: dapur Hana
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 1 bij telor
  • 1 sudu kecil garam halus
  • beberapa titik pewarna kuning- saya guna pandan paste
Cara-cara
  • Untuk Roti Jala - Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga semua sebati. Perapkan selama 1/2 jam. Sediakan kuali leper non-stick dan ceduk adunan dengan acuan roti jala dan tebar/kirai adunan atas kuali. Gunakan api perlahan. Masak lebih kurang 1 minit. Angkat dan gulung atau lipat ikut suka.



KUAH DURIAN
  • santan pekat
  • gula perang
  • Isi durian atau lempok secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • sedikit tepung jagung

Cara-cara

  • Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masak hingga pekat.

7 comments:

azreen said...

first time nengok roti jala wwarna ijau.....lain drpd yg lain....hehehe....kreatipla suzi nie....

Deliah's Deli said...
This comment has been removed by the author.
Deliah's Deli said...

teknik menjala mcm tu amat mudah.boleh la saya ikut.tq :)

Suziey Ahmad said...

erkk confuse jap ni..letak pewarna kuning tp nape jadi wrna ijo..xde plak ltk daun pndan ke.ekeek:D

Suzi said...

azreen,
saje tukar kaler...pernah tengok org buat...

deliah,
nak buat camne...takde acuan hihihi...

suziey,
sori akak lupa nak edit...akak letak pandan paste ...

ain said...

sedapnyaaaa!!!!! kale ijo lagi!!

Anonymous said...

Pestaim kite tgk roti jala kaler ijau nie kak... lain dari yg lain :D