Tuesday, August 25, 2009

3 Ramadhan - Donat Tauhu

Dah lama teringin nak buat donat tauhu ni sebab Cik Wan cakap sedap. Hana pun dah buat...resepi asal dr makyong my.resepi. Copy paste dr dapur Hana lagi...Terima kasih...
Cuma air tu kena ..pandai2lah ye.. Cik Wan guna 160ml...sy pun macam Hana tak sampai 160ml...

Bahan-bahan
  • 200g tepung roti
  • 100g tepung biasa
  • 100g taufu (cotton taufu)
  • 6g yis kering
  • 5g garam
  • 20g mentega
  • 40g gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu susu segar suam atau air suam- yg nih pandai2 la ejas
  • minyak untuk menggoreng
Cara-cara
  1. Sediakan semua bahan. Biarkan semua bahan berada dalam suhu bilik. Keluarkan air dari tauhu tapi tak perlu dikeringkan.
  2. Letakkan tepung, yis, garam, gula halus dan mentega ke dalam mangkuk. Gaulkan bagi sebati.
  3. Buat lubang di tengah. Masukkan taufu, telur dan susu atau air. Uli biar jadi doh. Kalau keras boleh tambah susu atau air sedikit demi sedikit atau kalau terlembik, tambahlah tepung roti sikit demi sedikit.
  4. Sapukan sedikit minyak pada mangkuk. letakkan doh tadi. Tutup dengan cling film. Biar doh naik 2 kali ganda
  5. Bahagikan doh kepada 12. Buat bentuk bulat. Biarkan selama 15 minit.
  6. Kemudian buatlah macam bentuk donut. Biar naik 2 kali ganda lagi
  7. Goreng dalam minyak penuh. Bagi dapatkan bentuk donut yang menarik, masa nak goreng tu, tarik-tarikkan lubang biar jadi lebih besar macam bentuk gelang.

14 comments:

Mak Su said...

amboi suzi, tak tahanler nak nengok donut yang gebu-gebu ni ;p

Chik Mi said...

suzi akak pun duk pikir nak mendonut jugak tp tak tau bila ,hihihih

ain said...

musti xtra sedap..sbb ada taufu tu! akak x pernah try lg donut taufu ni.

kayteeze said...

First time tahu pasal donut bertahu, ekekeke.....

jalilah_jy said...

maaf nak tanya macaman rupa taufu tuuuu... akak confiussss hehehe... boleh dijadikan donut kentang atau keledek..akak dah buat ...sedap juga..
dr ilah_jy KL.. jemput ke blog masakan akak...

cHeRyNa PiReS said...

tauhu yang pakai buat utk steam ke yg pakai utk tauhu sumbat nieh kak suzi?

blogresipi said...

Gebu2 donat akak nie... letak tauhu tak pernah kite try.dok ulang buat yg letak kentang tu je.. tuh pon kadang2 tak berapa nk jadik.hehes

fzi said...

Salam suzi...
Bulan2 posa ni sedap gak ada donat ni...kenyang bila makan esplly pas-pas terawih tuh... hehe
Akak 4 hari posa ni duk buat kueh2 tempatan yang manis2 je suzi.. :)

Suzi said...

mak su, tergoda saje takpe jgn termakan hihihi...

kak mimi,
akak kan ada BM...senang je nak mendonat hihih

kak ain,
kat rumah saya ni apa2 donat pun laku je...


kak tie,
trylah kak tie...sedap.

jalilah_jy,
salam kenal akak...tauhu tu yg jenis lembut tu...akak tengok gambar kat google atau kat blog cikwan(link kat n3 tu)...
saya lupa nak ambil gambar...

sha,
yg utk stim tu...yg lembut tu..

ijan,
trylah...

kak fzi,
betul tu. lepas terawih mulalah mencari lagi kat dapur apa yg blh di makan hihihi...
sedap kuih2 tradidi tu kak...

Blog Joker said...

aku suka donat

mamasya said...

Selamat berpuasa Suzi

Donut campur tauhu...belum pernah cuba....nampak lembut donut.
soto santan tu nampak sedap...apatah lagi ada pegedil...tak tahan nengoknya...hi..hi..
Rich cho pudding tupun plan nak buat lagi nanti...buat hari tu tak puas mkn....yummmy
Happy belated besday buat Ismail...semoga besar jadi anak yg soleh dan berjaya. Ismail sebaya dg anak no3.

Deliah's Deli said...

kalau tinggal sebelah2 ni bulan puasa mahu naik 4,5 kg. itu pun kalau org sebelah nak hantar sepinggan tak pun sedulang.hehehe :)

Sasha said...

byknya resipi donut suzi... family ni mmg suka donut agaknya... pening kepala mana satu nak cuba ni... semuanya nmpk sedap & gebu! cuba bg rating star utk semua donut2 tu... nak cuba yg plg byk star dulu...

p/s: Sasha nak kena tampar ni! byk krenah lak!

nekPP said...

menarikk nihh suzi..boley cuba! xpernah makan lagi..