Wednesday, August 19, 2009

Daging Masak Merah ala Thai

Lauk utk lunch hari ni...Memang masak awal sebab hubby bawak bekal utk pergi uni. Resepi ceduk dr dapur Hana...Resepi asal dr jeezy@myresipi.com. Sedap. Terima kasih berkongsi resepi...


Bahan-bahan
  • 1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • 1 labu bawang besar dipotong bulat
  • 1 sudu besar cili giling
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit sos ikan (thailand mari)
  • Sedikit sos tomato
  • hana tmbh halia ketuk
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana2 pun boleh)
Cara-cara
  1. Daging yang dah siap direbus tu potong nipis2 ya.
  2. Panaskan minyak sikit, goreng daging dulu sampai kuning2 sikit, ketepikan.
  3. Tumis bawang putih n halia sampai naik bau, masukkan cili giling.
  4. Goreng2 sikit agak2 garing tu bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
  5. Masukkan daging tadi dan bawang besar yg dihiris kacau2 dan rasa garam dan gula.
  6. Kalau nak kuah lebih bubuh air sikit dan tambah sos tomato.
  7. Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. Taburlah daun ketumbar yg dihiris tadi biar lawo sket.


7 comments:

ratna said...

ya allah sis suzi.. byk kali saya pasang niat nak cuba resepi awak. tp selalu jer tak sempat. tp ni dah nak bulan posa.. mesti saya nak kena cuba gak. daging masak merah ni nampak sedap & senang nak buat. doakan saya berjaya buat yer sis.. -

Chik Mi said...

sedapkan suzi dgg ni alamat bnyklah restoran thai yg tutup kedai

ain said...

sedapnya su..mkn ngan ns serai ke, ns myk ke, ns pilaf ke..musti kaw!!!

Blog Joker said...

mantap,enak tuh,bagi donk,bawa ke sini ya?

Deliah's Deli said...

sawadeekap...sakan 'restoran thai' kat adelaide ni.

[-suziey-] said...

hohhoho..sy sgt suke daging..xkira mask ape kecuali mask kari..xtaula..mcm xbape suke..hehe..kalu mask merah lgla sgt suka..perghh best..

Suzi said...

ratna,org bekerja mcm tulah...kelam kabut nak masak.
resepi daging ni simple...moga tercapai hasra ratna nak masak ni...

kak ain...terangakat!!!

blog joker, terima kasih singgah sini. nak? ambillah jgn segan2 hihihih...

deliah...jgn mcm tu nanti tutuplah restoran mekong(salah satu resroran thai kat sini) tu...hihihi..

suziey,tak suka kari?...rugi lah...kari pun sedap gak...