Thursday, August 13, 2009

Nasi jagung

Nasi jagung ni makan dgn ayam masak tomato. Resepi dr zara_klate@myresipi.com tapi sy ceduk dr dapur Hana...tq berkongsi resepi.

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 1 tin jagung whole kernel (yg biji²) - ditoskan airnye
  • 4 cawan beras basmathi
  • 4 cawan air (campuran air biasa + air jagung)
  • ½ cawan susu cair
  • ½ cawan gajus/badam yg telah dikisar
  • 2 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • sedikit halia*
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar minyak
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • sedikit garam
  • kisar bahan yg bertanda *

Cara-cara

  1. basuh beras hingga bersih. dan rendam dlm lebih kurang 20-30 minit.
  2. panaskan mentega dan minyak dlm periuk. kemudian tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia yg telah dikisar. tumis hingga wangi dan garing.
  3. masukkan campuran air dan daun pandan serta garam. didihkan.
  4. stelah mendidih, masukkan susu, gajus/badam yg dikisar dan beras. kacau rata dan didihkan lagi.
  5. stelah nasi hampir kering, masukkan jagung. balik² kan nasi dan tutup periuk. kecilkan api nye dan masakla hingga tanak.
  6. ***kalo tak suke jagung, leh digantikan dgn sayur campur. hidanglah nasi dgn bawang goreng, kismis atau badam/gajus yg telah digoreng dulu.

8 comments:

fzi said...

Suzi...
mmmm... rasa lapar la pulak tengok nasi jagung suzi nih...dah akak belum bekfes lagi ni *pagi2 have a sweet time ngadap pc*...hehe

ain said...

sedapnya su ns jagung tu. lawan ngan ayam masak merah..mmg kaw!!!!

ima said...

emmm...memang sedappp!!!ima dapat rasakan sampai kat sini...huhuhu
terliurnye...

blogresipi said...

Nasi jagung ni ramai yg dah buat... kite jer tak pernah try lagik... sedap pulak nampak akak buat neh...

Deliah's Deli said...

sedap nampak.terus teringin nak masak nasi jagung mlm ni.hehehe.

Suzi said...

kak fzi,
samalah saya pun selalu mengadap pc pepagi hihihi..

kak ain, sedap....

ima, terliur ke?...kalau dekat dah hulur dah hihihi...

ijan, trylah...tak rugi

deliah, sedap tak??

Deliah's Deli said...

suzi,t.kasih.saya dah msk ni smlm.memang sedap walaupun tak guna beras basmathi. basmathi kurang sambutan kat rumah ni.nasi tu makan dgn ayam masak tomato,terung goreng dan tambahan 1 lauk, kari ayam sumbawa.nanti saya upload gambar dan resepi kemudian kat rumah.:)

Muhammad Syafiqqullah said...

takde buat cara2 makan ker?