Monday, August 17, 2009

Nasi Kerabu Perantau

Hari Jumaat hari tu my hubby ada makan nasi kerabu(beli kat surau uni.) siap buat balik lg utk wife dia ni...disebabkan tak puas makan maka terpaksa merajinkanlah diri buat nasi kerabu ni. First time buat sendiri sepenuhnya....dulu2 kat Malaysia pun buat bila mak datang rumah je...tolong sikit2 . Resepi dari yani@myresipi.com. Terima kasih berkongsi resepi....Saya minta izin copy-paste ye...

Nilah lunch n dinner kami hari ni...takde solok lada. ikan goreng tepung, telur masin....tapi okaylah sedap. Bilalah lagi rajin nak buat nasi kerabu lagi, tak tahulah hihihi....

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

@@ Nasi @@
  • 4 cwn beras
  • 1 sudu kecil garam
  • 4 1/2 cawan air - macam masak nasi biasa.. nak lembik/keras kena tambah/kurangkan air
  • 2-3 titik pewarna kuning- saya guna kunyit
  • 2-3 helai daun limau purut(optional)
  • 1 btg serai-diketuk(optional)- saya tak letak sebab tak suka.- saya pun tak letak
@@ Sambal Tumis @@
  • 5-10 biji lada kering
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1cm halia
  • 1cm kunyit/ 1 sk serbuk kunyit
  • 200ml/ 1/2 tin santan pekat
  • 2 btg serai
  • 2 keping asam gelugur
  • 2 sudu besar budu / 3 sudu besar sos ikan
  • garam dan gula melaka
@@ Sambal ikan @@
  • 1 ekor ikan kembung- saiz besar
  • 1 cawan kelapa kering/ kelapa parut
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/3 biji bawang besar (4-5 biji bawang merah)
  • 1 batang serai
  • 1cm halia
@@ Kerabu @@
  • kubis- tak letak
  • timun
  • taugeh
  • daun kesum
@@ Bahan lain- optional @@
  • solok lada
  • telur asin
  • bawang jeruk
  • ayam goreng kunyit
  • sambal belacan


Cara-cara

## Sediakan sambal tumis ##
  • blend lada kering, bawang, kunyit dan halia sehingga lumat.
  • Panaskan minyak(kena banyak siket), tumis semua bahan blend tadi sehingga pecah minyak
## Masak nasi ##
  • Cucikan beras dan masukkan semua bahan utk masak nasi yang lain. Masaklah seperti masak nasi biasa.
## Cara sedia sambal kelapa ikan ##
  • Bersih ikan dan bakar. Sementara tu bolehlah goreng kelapa
  • Goreng kelapa tanpa minyak dengan api kecil sehingga jadi perang. Kalau kelapa parut ni kasar, bolehlah ditumbuk sekejap ketika kelapa masih panas-panas.
  • Asingkan isi ikan dengan tulang. Tumbuk isi ikan untuk kelihatan halus.
  • Tumbuk pula bawang dan serai, sehingga lumat. Kalau guna food processor masukkan bawang dan isi ikan sekali gus ke dalam food processor .
  • Campur sekali ikan dan bawang, goreng tanpa minyak sehingga agak garing.
  • Campurkan ikan dengan kelapa goreng tadi. Masukkan garam dan gula. Gaul hingga sebati.
@@ Kerabu @@
  • Hiris semua sayur dan gaul ratakan.
  • Bila nak makan tu, ambik sikit semua bahan dan letak ke dalam nasi. Boleh juga dimakan dengan bahan lain tu.. lagi sedap





8 comments:

blogresipi said...

Aduuus sedapnye nasik kerabu.. kite pon tak tau bile lagik nak membuatnye tue... hehehe... lepas mkn nie kena dgn puding roti marble kat atas tu bestnyee..

ain said...

betullah su...nmpak sedap sungguh ns kerabu. bila tengok resipi dn cara2 membuatnya...mmg patut la sedap.. byknya steps!

GreenJade said...

hohohoOoohho my feveret nih..slurppp yummyyy

last wikend msk nasik kerabu..tp kerabu utara hehe

Blog Joker said...

enak tuh,jadi laper nih...

[-suziey-] said...

kak suzi..ni nasi kuning bkn kerabu..ekekek:D saej je gurau..sy sgt suke nsik kerabu..kena btol nama nasi ni yek..mmg dr perantau;;

mummyseri said...

kak suzi..
nasi kerabu akak tu mabeles betol..sib baik da x buyung kalo x ngidamm Oooooo...
kite tersgtle suke nasik nih...
nk buat xtau le bile....

Deliah's Deli said...

ada pot luck esok.dah order nasi kerabu dan nasi dagang.kalau suzi kat sini,kami order drp suzi aje blh?hehehe :)

Suzi said...

ijan,
nasi kerabu memang aedap kan...tapi nak buat tu yg byk kerja... maka jarang2lah buat hihihi...

kak ain,
tulah yg buat saya 'rajin' nak buat hihihih

tinie,
nasi kerabu utara camana...sharelah...

seri, tulah kan...kat sana ada org jual tak?...bulan posa nanti adalah kot...

deliah,
hahahaha jgn buat lawak nak order nasi dagang n kerabu dr saya ...lain jadinya karang...