Tuesday, August 18, 2009

Mihun goreng asam jawa

Hari ni mood masak down sungguh....masak mihun ni je utk dinner. Alhamdulillah kenyang juga. Mihun goreng asam jawa ni ceduk resepi dr dapur UMMI nun di Kuantan tapi guna apa yg ada kat rumah je. Saya copy-paste je resepi asal. Tq UMMI berkongsi resepi.


Bahan:-
  • 1 paket mihun cap Terung - rendam dan toskan.
  • 200 gm daging - dihiris nipis
  • 5 biji bawang merah - dihiris nipis
  • 3 ulas bawang putih - dihiris nipis
  • 1 labu sederhana bawang besar - dikisar
  • 3 pokok sayur sawi - potong
  • 1/8 biji sayur kobis - potong kecil
  • 1 mangkuk taugeh
  • 2 keping tauhu - digoreng dan dihiris kecil
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • 5 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 3 - 4 sudu besar kicap pekat manis
  • 1 sudu besar gula
  • 3/4 cawan air
  • garam secukup rasa

Hiasan/Tabur:-

  • 3 biji telor - digoreng dadar nipis - hiris halus - buat telur mata lembu je...
  • 2 biji cili merah - potong nipis menyerong
  • sedikit daun bawang - potong halus2
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris hingga kekuningan dan naik bau.
  2. Masukkan cili dan bawang besar yang dikisar. Kacau dan masak hingga naik minyak.
  3. Masukkan daging dan sedikit air. Masak hingga daging lembut.
  4. Masukkan sos cili, sos tiram, kicap, air asam jawa, gula dan garam. Kacau rata.
  5. Masukkan sawi dan kobis, kacau sebentar dan masukkan mihun yang ditoskan tadi. Kacau rata dan masukkan air untuk melembutkan mihun. Kacau balik rata-rata menggunakan api sederhana.
  6. Bila telah rata, masukkan tauhu yang dihiris dan kacau lagi. Seimbangkan rasa mihun.
  7. Masukkan taugeh dan kacau rata sebentar saja. Jangan terlalu layu. Tutup api.
  8. Hidangkan dan hias dengan telor dadar serta tabur daun bawang dan cili.




7 comments:

fzi said...

Salam suzi...
mmmm..... sedapnya mihun tuh suzi... masuk air asam jawa memang rasa sedap...jadi tak muak kita makan...

ain said...

selalunya akak just perahkn limau kasturi aje. selain menmbahkan sedap, elakkan mee tu basi cepat pun ye gak. semlm pun akak buat mee hun gak.

cHeRyNa PiReS said...

tak masam ke kalau letak asam jawa? atau tak terlebih manis?

blogresipi said...

Nape mood masak ilang nie kak? ilang2 pon siap masa meehoon goreng asam jawa nie ha... best je nampak. rindu kite nk makan meehoon jugak tau!

[-suziey-] said...

uik bihun asam jawa? emmm rs msm2 la yek..hehe..kretip2..

Suzi said...

kak fzi, betul tu..sedap.

kak ain, saya pun sama selalu perah lemon je..limau kasturi mahal hihihi...

sha,
letak sikit je..takdelah masam..lg sedap.

ijan. entahlah ijan...mungkin sbb dah tak tahu nak masak apa..
kat sana takde bihun ke ijan?

suziey, takdelah msm sgt...sedap tau! trylah...

Deliah's Deli said...

saya suka mihun goreng yg rupa mcm ni.tp x pernah pula letak asam jawa.boleh cuba ni.tq!