Tuesday, August 25, 2009

3 Ramadhan -Soto Ayam (bersantan)

Lagi resepi dapur mak yung Hana...soto ayam bersantan ni. fisrt time buat. Sedap!! Bertambah2 my hubby makan....Anak2 pun bukan main lagi...Resepi asal dr http://www.myresipi.com/top/detail/1856


Bahan-bahan
  • 6 bungkus lontong ADABI yang telah dimasak- nasi impit saya suat sendiri...resepi dr SINI
  • 2 ekor ayam, dibelah empat
  • 3 - 4 liter air
  • 1 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan serbuk ketumbar*
  • 2 sudu teh serbuk jintan halus*
  • *hana tk ltk sbb gune rempah soto
  • 2 sudu teh serbuk lada putih
  • 3 batang serai, dititik
  • lengkuas sebesar ibu jari, dititik
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 5 tangkai bunga cengkih
  • garam secukup rasa
  • 1 cawan minyak untuk menumis
  • Bahan untuk Dikisar
  • 3 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • Bahan untuk Sambal Kicap
  • 5 batang lada merah
  • 20 biji lada padi merah thai
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan kicap lemak manis
  • Bahan Hiasan
  • bergedil
  • taugeh yang telah dicelur
  • daun sup, dipotong halus
  • bawang goreng
  • sambal kicap
  • ayam, yang telah disiat-siat
  • hana tmbh suhun goreng dan kacang goreng
Cara-cara
  1. Panaskan minyak didalam periuk. Masukkan rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) bersama serai dan lengkusa yang telah dititik. Tumis rempah yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus dan lada putih, gaul hingga sebati. Masukkan santan gaul sebati dan tuangkan air dan masukkan ayam. Masak sehingga kuahnya mendidih dan ayam masak.
  2. Cara membuat Sambal Kicap - Kesemua bahan itu masukkan kedalam alat pengisar dan kisar halus. Sedia untuk digunakan.
  3. Cara menghidang - Potong lontong dadu besar dan letakkan daging ayam yang telah disiat bersama taugeh dan tuang kuahnya. Hiaskan dengan daun sup, bawang goreng, bergedil dan sambal kicap.


8 comments:

ain said...

ekh..samalah kita. akak pun buat soto gak. zati yg request.

psst...soto mmg ada yg tak letak santan ekh.???all dis while soto akak mmg bersantan.

kayteeze said...

Eh...kak tie pulak tak pernah buat soto bersantan. Tapi tak kiralah... asal soto je kak tie boleh makan bermangkuk2...terliurlah pulak !

blogresipi said...

Ayyo soto la... dah tadah mangkuk dua nie kak.. ade lagi tak? hehe

Datin El said...

alamak tak tahan nye tenguk soto suzi tp akak tak penah rasa lagi soto yg letak santan ..nanti nak cubalah..tq suzi

Suzi said...

kak ain,
saya selalu makan yg tak bersantan...ni pertama kali mkn yg bersantan.

kak tie,
samalah saya pun baru pertama kali mkn soto bersantan...saya pun suka soto ...sama kita hihihi

ijan,
lambatlah ijan ni...lain kali k.

datin el,
trylah datin...sy pun baru pertamam kali mkn...sedap!

GreenJade said...

wahhh sedap nih..tQ akok...

arini nk masak soto nih lah...yummy yummy

Deliah's Deli said...

lapar2 mcm ni tgk apa pun sedap.soto ni mmg plg suka.

Sasha said...

Sha suka n selalu masak Soto... but my staillah..yg takde santan... nnti boleh try yg pakai santan pulak.