Thursday, August 27, 2009

Menu 5 Ramadhan

Bubur Lambuk


Rindunya bubur lambuk mak buat...dulu2 bila puasa je mak selalu duk rumah saya sebab dia tak berniaga kuih...macamlah dia masak utk berbuka...dia tahu anak dia ni bukan reti masak hihihi. Bubur lambuk ni resepi quinnie@myresipi.com, sedap. Untuk sayur tu saya letak karot, daun kesom dan daun basil. kalau kat kg senang je...letak pucuk kayu yg ada sekeliling rumah. Bahan sampingan lain, daging gorang kunyit dan tempe. Terima kasih kepada tuan punya resepi...saya minta izin copy-paste ye...:).


Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • 1 cawan beras (kalau rasa sikit boleh letak 2 cawan)
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 2 sudu besar minyak masak (saya guna minyak masak biasa tapi pakcik tu guna minyak kelapa kalau tak silap)
  • 1 kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 2 bunga cengkih, 2 buah pelaga
  • daging (ikut suka la..kalau suka byk daging isi byk..kalau tak letak sikit just tuk perencah)
  • segenggam udang kering
  • 2 helai daun pandan
  • 1 sudu kecil halba
  • 1 sudu kecil jintan kasar
  • 1 biji bawang besar - hiris
  • 3 biji bawang putih - hiris
  • 2 inci hali - di blend dengan 2 cawan air dan ditapis
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam ( saya guna lada hitam biji dan tumbuk)
  • 2 cawan santan pekat (kalau nak kurang pun boleh)
  • 6 biji bawang merah - buat bawang goreng
  • daun sup dan daun bawang
  • garam secukup rasa
  • air secukupnya

Cara-cara

  1. panaskan minyak sapi dan minyak masak..setelah panas tumis bawang besar dan bawang putih...tumis hingga naik bau..tak yah goreng sampai kuning
  2. lepas bawang dah naik bau...masukkan daun pandan, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, jintan kasar, bunga cengkih dan halba hingga naik bau.
  3. kemudian masukkan daging.. masak hingga daging keluar air...dah keluar air daging..masukkan air halia...biar didih.
  4. lepas tu masukkan air biasa...agak2 le banyaknya tuk masak nasik tu nanti..biar didih
  5. dah didih air..letak serbuk lada hitam yg dibancuh dengan sedikit air.
  6. masuk kan beras..masak hingga beras jadi hancur..kalau tak cukup air boleh tambah lagi..
  7. selepas beras dah hancur..letak kan garam dan udang kering.
  8. kemudian boleh la letak pati santan..ikut suka la..kalau tak nak lemak sgt boleh kurang kan santannya. masak hingga bubur pekat.
  9. bila dah pekat boleh la letak bawang goreng, daun sup dan daun bawang.
  10. nota: saya kalau masak bubur ni suka campur sayur2 sendiri...contoh: cili hijau yg di belah dua, buah tomato yg dibelah 4, carrot dan kacang tanah.



Onde- onde Kentang



Onde-onde labu dah pernah buat , yg biasa pun dah biasa buat...semalam buat onde-onde kenyang pulak...Resepi dr dapur Hana...Hubby tanya apasal mcm ni...kaler dah habis ke?....hihihi, ni warna kentang asli lah bang(padahal lupa letak pewarna kuning)...Tq Hana.

Bahan-Bahan
350 gm tepung pulut
250 gm kentang
secukup air - hana campur garam skit
pewarna kuning
200 gm gula melaka
1 biji kelapa di kukus bersama sedikit garam dan daun pandan
*hana gune kelapa kering jerk+ngan air panas n garam skit.

Cara-Cara
1. Gula melaka di potong kecil-kecil.
2. Kentang direbus dan di lecek.
3. Tepung pulut diayak dalam sebuah mangkuk.
4. Masukkan kentang dan air serta pewarna.
5. Dikacau rata dan jadikan tepung pulut menjadi doh.
6. Ambil sedikit doh dan dijadikan seperti bola kecil.
7. Lubangkan ditengah nya untuk meletakkan sedikit gula melaka.
8. Sediakan air untuk dimasak, letakkan doh onde-onde.
9. Apabila ia timbul angkat dan golekkan diatas kelapa parut yg telah dikukus tadi.





12 comments:

ain said...

masa buffet ramadhan ke 2 tu hari, mkn gak bubur lambuk. mak aiii... pedasnyaaaa..byk sgt letak ld hitam. terui jd tak sedap!!!

psst...onde2 ni mcm dh jd menu popular kan time posa2 ni.hihi

Anonymous said...

Sedapnye bubur lambuk... tkde daun kayu bantai letak sayur mayur yg ade je la kan kak.. tp mcm akak buat tue, mkn ngan daging goreng mesti la lagi sedap tue...

Deliah's Deli said...

kalau bubur ni bila2 masa pun laku kat sini.onde2 tu ada juga yang minta tp blm menyempatkan diri utk buat.:(

Sasha said...

Bubur lambuk!! Sedapnya!... Kat sini tiap2 ptg bole dpt bubur lambuk free... sedap lak tu... so mmg tak buat ler sepanjang puasa... bulan2 lain sha rajin gak buat... maybe bole try Suzi punya resipi next time

izat said...

Assalamualaikum kak suzi, bubur lambuk nampak menyelerakan..buat sendiri kat Ostolia lak tu..bleh ganti bubur lambuk kpg baru ni..
Anyway kak suzi, haritu tak terbalas wish kak suzi, terlambat dah 6 hr posa. Selamat Berpuasa dan berbuka di perantauan. Tahun dpn leh posa kat mesia plak..nanti rindu plak suasana ostolia. Lagi satu tq ye wish tahniah kat my new online shop..meh lah singgah. Kat sana terawih kat mana?

cheryna zamrinor said...

sha pon teringin nak buat bubur lambuk tp tak terfikir nak letak tempe...nasib dah beli semalam, so leh goreng tempe letak sekali ngan bubur arinieh...

nywayz, kak suzi pernah tgk bubur yg diorang letak kacang tuh? yg tuh bubur ape ek?

JAIRO said...

caya la akak.. asal bulan puasa jer mmg blog akak byk makanan best hehehehehe

Mak Su said...

onde-onde kentang? ooh... selalu pakai tepung pulut jer.

NekPP said...

salam suz..baru plan nak buat bubor lambok..kalu letak ulam2an mmg best! bau pon harum kannn.. teringat arwah ayah nekpp..:(

bozzobattousai said...

klu nak tengok org melayu berebut bubur lambok pegi kg baru...kul 3 dah start beratur dah...

GREENJADE said...

bubur lambuk ni time pose mmg glemer kan akak..

caya lah akak..wpon nun diperantauan menu pelbagai makneka gitu..sume best2 & mmbuka selera :)

Suzi said...

kak ain,
tulah kan...bila ramadhan kena ada onde2...dr dulu2 lagi camtu...nasib baik senang je buat hihihi...

ijan, sedap tapi tak sesedap bila letak daun kayu mcm kat kg tu...sedapnya...

deliah...dah buat pun kan?. hihihi

sasha, tulah kelebihannya duk tahahair sendiri hihihi...

sha, bubur asura kot hihihi hantam je ni...

jairo, biasa2 jelah...lagi pun bila lapor tu biasalah mcm2 yg teringin...duk sini kenalah masak sendiri...

maksu, org sekarang dah tambah mcm2...kentang, keledek, labu...trylah maksu...

nekPP, tulah kan?...aroma pucuk kayu yg mcm2 tu yg buat makin sedap...

tinie,
bila posa tekak ni pun ngada2 juga hihihi...