Tuesday, August 4, 2009

KEK CHIFFON PERASA ASAS dan surat sekolah....


Kek chiffon ni resepi Alex Goh tapi saya ceduk kat dapur Mamafami. Untuk minum petang tadi. Terima kasih akak kerana berkongsi resepi....

Bahan-bahan :
(A)
  • 4 kuning telur
  • 115 ml air
  • 85 ml minyak sayuran
  • 1/4 sudu teh garam
  • 100 g gula
  • 150 g tepung
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • Mama tambahkan sedikit Blueberry Emulco- saya letak esen vanilla.
* saya guna tepung naik sendiri....


(B)
  • 4 putih telur
  • 90 g gula
  • 1/8 sudu teh cream of Tartar

Kaedah penyediaan :

1. Tuang kuning telur, gula dan minyak sayuran ke dalam mangkuk pengadun.
2. Tambah baki bahan-bahan ramuan di (A) ke dalam mangkuk.
3. Adun (A) sehingga tida berbintil-bintil. Ketepikan sebentar.
4. Pukul putih telur di (B) sehingga lembut dan kembang. Tambah gula dan krim tartar. Terus memukul hingga pekat.
5. Adun (A) dan (B) sehingga sebati. Bakar pada suhu 175 C selama 40 minit. Segera balikkan bila dikeluarkan daripada ketuhar. Biarkan ia sejuk. Bila kek sudah sejuk, keluarkannya daripada acuan.
bukan main lg anak2 saya makan petang tadi...maklumlah org baru ada selera makan. lagi pun dah lama saya tak buat kuih...seminggulah juga..asyik mkn roti yg beli je...hihhi






Surat pemberitahuan dr sekolah....


ni surat dr sekolah yg diberi kpd iman tadi..tak tahu kenapa ismail takde pulak dapat. Surat yg menyatakan bahawa minggu lepas ada murid dan staf yg di diagnosis kena virus H1N1(klik gambar utk baca isi kandungan surat...) tapi sekolah tak pulak ditutup. Mungkin sebab dah terlampau banyak kes kat Adelaide ni...Alhamdulillah anak2 saya dah sihat dan harap janganlah kena virus ni...moga Allah SWT jauhkan kita semua dr virus ni..amin.



16 comments:

GREENJADE said...

kat mesia pon dh 8 kes kematian di sbbkan H1n1 nih..huh..mnta2 cpt2 le penyakit ni pergi dr sini uhuk

syukur akak & anak2 akak dh kembali sihat..moga abg ipar pon kembali cergas & cpt sembuh :)

Cikmin said...

salam suzi...ye la..kt mesia pun makin teruk..nak gi jejalan tempat yg terdedah pun x brani skg ni...
harap2 family suiz sume sihat2 ye...

Tirana said...

Kat Adelaide pun dah ada swine flu..di malaysia ni semakin menular..Hati mula bimbang jika anak2 demam..Jihadi dan Amani tengah demam sekarang ni tapi ayah dia kata demam panas biasa aje..tapi hati ibu risau sangat...

ain said...

kat jb ni pun dah ada sek yg ditutup sbb H1N1 ni. risau pulak ngan bdk2 ni. hopefully mereka dilindungi!!

psst...beri bdk2 byk air kosong su. then elakkan berada di public area.

Anonymous said...

Kak tie dah lama tak buat chiffon cake tu... mungkin nak kena buat, takut terlupa pulak.

Swine flu tu dah menular laa... bimbang sangat ni. Anak kak tie demam, nak bawak ke klinik hari ni..

Suzi said...

tinie@greenjade,
abg ipar tu hari ni ada temujanji dgn doktor, harap2 demam biasa je.

cikmin,
terima kasih. cik min pun sama...kena lebih berhati2 sbb org mengandung ni risiko lebih....kan?

tirana,
kat adelaide ni dah lama ada virus ni sejak awal2 virus ni serang aussie.
beul tu kita kalau anak demam je dah risau semacam...fikir bukan2 je. harapp jihadi dan amani cepat sihat....

kak ain,
awal2 dulu kalau sekolah ada kes diaorg akan tutup tapi sekarang dah tak tutup lagi...entahlah kenapa...

fzi said...

Hi Suzi....

Ohh bestnya kek chffon.. sedap, akak suka sebab tak heavy sangat rasanya.

anak2 elok sume pakai mask skarang ni suzi.. rite take care

Suziey Ahmad said...

ouh i like chiffon cake...tp xreti nk buat,..kalu baut msti bantat..xgebus..ekeke;D

ish taktnya.dh ade jangkitan pn dorang xtutup eh utk pembersihan or whatsoever..hmmm kena precautios la kan..pakai mask all the time..semga Allah lindungi kita semua..

Suziey Ahmad said...

p/s: thanks for the vote kak:)

azreen said...

penyakit ni kalo dpt dirawat awal, insyaAllah smuanya selamat....mudah2an kita smua terhindar drpd penyakit yg memudaratkan....aminnnn

Chik Mimi said...

kat sini pun havoc jugak suzi tu yg takutttt tu nak pergi mana2 pun takut aje

cheryna zamrinor said...

sha dok nak bezakan kek chiffon ngan kek span...ape bezanya?

skang mmg kes...tp menurut kate sepupu sha (tgh practical medic kat melbourne), h1n1 nieh dah overrated sbb ramai gak yg sakit dah sembuh kat sane? itu kate die la...(cube bace komen die kat fb sha...maybe kak suzi leh tgk ape die tulih)

Anonymous said...

suzi...itulah yang membimbangkan kita semua,H1N1 semakin berleluasa...nak keluar pun rasa risau...mrsm muar pun dah dicutikan,60 org dikuarantin dan 3 org disahkan H1N1...syukurlah anak ima selamat drp penyakit tu...

sekarang ni ada kat umahlah bercuti...

Anonymous said...

Perasa asas tu pasal tak letak perasa ape2 ke Kak Suzi? jakun lak kite neh.hehehe...

Unknown said...

salam suzi..memang takutlah dgn penyakit ni..semuga allah swt selamatkan malaysia dari terus di landa bencana..

entah bila lah nak belajar buat lasagna ni..macam best aje..

Deliah's Deli said...

salam suzy. kami doakan semua sihat senantiasa. dilindungi Allah & dilimpahi ketenangan untuk semua.