Sunday, August 31, 2008

Salam Merdeka

Selamat Menyambut Kemerdekaan
yang
Ke
51 tahun...



Semoga Malaysia akan terus aman,damai, sejahtera dan dalam lindungan Allah sentiasa hendaknya....


Friday, August 29, 2008

Butter Roll - inti kastard

Butter Roll....resepi drp yani@myresipi.com.

Bahan-bahan:

  • 120ml susu segar
  • 50g telur
  • 300g tepung roti
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 60g butter
  • 1 sudu kecil dry yeast
  • telur untuk sapu - saya guna susu segar

# saya letak filling- kastard

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan-bahan ikut turutan dari atas ke bawah ke dalam breadmaker.. ON kan dan tunggu siap.
  2. Keluarkan dari breadmaker. Bahagikan kepada 12 bahagian dan buatkan bentuk bulat. Rehatkan 10 minit.
  3. Kemudian buatlah biar jadi bentuk kon.
  4. Canaikan biar jadi panjang lebih kurang 30-35cm.Letak inti kastad dan kemudian gulungkan.
  5. Biarkan naik 2 kali ganda. Sebelum dibakar sapukan dengan telur/susu segar.
  6. Bakar selama 10-12 minit pada suhu 180C. Jika roti belum perang, biarkan roti dalam oven selama lebih kurang 5 minit sebelum dibawa keluar.

Thursday, August 28, 2008

Salam Ramadhan


Saya dan famili
(suzi, hubby(bentara) Iman, Ismail, Sumaiyyah dan Isa)
juga ingin mengucapkan selamat menjalani ibadat puasa buat famili di tanahair, semua kawan-kawan dan juga pengunjung blog ini. Semoga Allah memberi hidayah buat kita utk berlumba2 merebut segala kelebihan yg ada dalam bulan Ramadhan ini. Semoga Ramadhan kali ini akan lebih baik daripada Ramadhan yg lalu...insyAllah...
Mohon maaf jika ada salah dan silap.


===================================================

Salam Ramadhan drpd Diyana n Famili di NZ. Terima kasih diyana....

Salam Ramadhan buat semua...

Salam Ramadhan buat semua..

semoga dengan kedatangan Ramadhan kali ini..
tak kira di mana kita berada..
diperantauan..
(especially anak perantau..)
di Malaysia..
atau dimana jua kita berada di muka bumi Allah ini...
kita dapat menigkatkan ibadah kita kepadaNya...

Ya Allah..permudahkanlah urusan kami...
Ya Allah..berkatilah dan iringilah perjalanan hidup kami...
Ya Allah...Kau berikanlah kami kekuatan
untuk menghadapi Ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi...
Semoga kedatangan Syawal akan menyambut kita semua
dengan penuh keberkatan....

Amin




Puff berinti daging dan kentang


Terliur tengok meat potato puff kak ummi, maka terhasillah puff ni. Nak letak rempah kari tak blh coz anak2 jenis tak tahan pedas langsung. Apa pun sedap gak...iman bawa utk lunch...


Bahan-bahan:

frozen puff pastry
kentang - potong dadu
bawang besar - potong dadu
rempah kurma
air
santan
garam dan gula secukup rasa


Cara-cara:

Tumis bawang, masukkan kentang dan daging masak sekejap. Masukkan rempah kurma dan masak hingga daging dan kentang empuk. Masukkan sedikit santan dan masak hingga kering.


Puff pastry tu saya potong 2 (dpt bentuk segiempat yg memanjang). Ambil satu bahagian, letak inti dan lipat atau gulung. Tekan rapat bghian tepi kiri dan kanan pastry. Kelar dan sapu dengan kuning telur dan bakar dlm oven pada suhu 180C sehingga kekuningan.



Brown Sugar Fatt Koh


Sumber: Maisya.blog spot

Bahan-bahan:

  • 250 gm self rising flour
  • 140 gm soft brown sugar(ni soft brown sugar ...yg halus tu)
  • 100 ml air suam
  • 150 gm santan pekat
  • garam
Kaedah :
  1. Panaskan periuk kukus.
  2. Griskan acuan dengan minyak.
  3. Larutkan gula dalam air suam, tapis dan sejukkan.
  4. Campurkan semua bahan, whisk until thick and smooth.
  5. Tuangkan adunan ke dalam acuan hingga 90% penuh( supaya dia merekah dengan cantik).
  6. Kukus dengan api besar selama 15 minit( atau lebih jika acuannya besar )

Wednesday, August 27, 2008

'Hadiah' daripada Tirana

Terima Kasih buat Tirana...saya amat menghargainya...
Award dan tag atau apa2 yg seumpamanya antara warna-warni yg mencorakkan/memeriahkan lagi dunia blogging...merapatkan lagi silaturrahim...insyAllah...

Info about this award

Let me spread the lurv...

Host unlimited photos at slide.com for FREE!

This award is for those bloggers who are nice people. Good blog friends and those who inspire good feeling and inspiration also for those who are a positive influence on our blog world.

Once you've been awarded please pass it on to others who you feel are deserving of this award..

Dengan itu award ini saya saya suakan pula buat sahabat-sahabat yg ini :
  • Siti Khuzaimah
  • Diyana
  • Akak
  • KakTie
  • Tirana ( ambil tau...)
  • Ummu Sarah
sudilah menerimanya walaupun dah ada....

Tag daripada Tirana.

Kena tag lagi...kali ni drpd Tirana...byk soalannya. Tu yg lambat siap tu hehehe.....maaflah ye Tirana.

1) What is the most important thing in your life?
Iman. Sbb bila dah teguh/kuat iman kepada Allah SWT...seseorg tu akan blh hidup walau dicampak kat mana dlm apa keadan pun...kan? InsyaAllah...

2) What is the last thing that you bought with your own money?
Apa ye? Beli mainan utk my kids kot...masa toys sale. Duit'gaji' drp hubby jugak.

3) Where do you wish to get married?
Kahwin kat rumah nenek je... Semuanya disponsor sepenuhnya oleh nenek...

4) How old do you think you will be permanently owned by your love?
Masa dah cukup umur utk kahwin...lepas je habis u...

5) Are you in love?
Dah tentu...

6) Where was the last restaurant you had dinner?
Tak ingat....dah lama tak mkn kat restoran sejak dtg adelaide ni.
Kat M'sia selalulah...org malas masak...

7) Name the latest book that you bought?
Sejak duk sini blm beli buku lagi..majalah adalah...yg beli pun my hubbylah...adapun yg dlm perjlnan ...beli online dr M'sia.

8)What is your full name?
suzilawati...

9) Do you prefer your mother or father?
Mak...tempat saya mengadu susah dan senang...

10) Name a person that you really wish to meet in real life for the first time. mmmmm......

11) Christina or Britney?
kedua2nya takde dlm senarai....

12) Do you do your own laundry?
dah tentu...

13) The most exciting place you want to go?
haji n umrah kat mekah...honeymoon kat paris ( dah anak 4 blm honeymoon lg ni hehehe...)

14) Hugs or kisses?
dua2


15) Point out 5 things about the person who tagged you.
  • ibu/isteri yg taat
  • suka membaca
  • educated
  • friendly
  • selalu dtg ziarah my blog...
16)8 things I am passionate about:
  • Kesihatan
  • Money
  • Blog
  • Clothes
  • Pot and pans
  • handphone
  • pc/internet
  • fotopages

17)8 things I say too often:
  • Ya Allah ...
  • Astaghfirullah ...
  • MasyaAllah....
  • Amboi-amboi..
  • tu lah...
  • InsyaAllah
  • Subhanallah
  • ish!..

18)4 books I’ve read recently:
byk baca majalah2 je...

19)8 songs I could listen to over and over again: dah lama tak dengar lagu...duk kat sini radio pun takde....tapi saya suka lagu2 org ni....
  • Raihan
  • Hattan
  • Siti Norhaliza
  • Kumpulan Padi
  • Kumpulan Dewa
  • Liza Hanim

20)8 things I learned last year:
sejak duk di perantauan ni byk yg saya pelajari...
  • belajar berjimat cermat - yelah kat sini suami bknnya kerja...student....
  • belajar masak - dulu saya ni malas benar bab masak ni...asyik beli atau makan kat luar je.
  • belajar urus anak2 yg bersekolah - 2 anak dah sekolah
  • belajar cakap2 english - yg basic2lah...
  • belajar bab2 disleksia - anak yg sulung, disleksia
  • belajar 'ikram' - yelah duk sini kawan2 lah adik beradik dan sedara mara kita...kena saling tolong menolong.
  • belajar cara hidup org kat sini - apa diaorg suka...tak suka dll.

8 people to tag
I'd love to know more about these special friends of mine..(tak cukup 8lah..takpelah ye)

Tuesday, August 26, 2008

Terima Kasih Mama Anis

Award ni drp Mama Anis...dulu satu MRSM dgn dia ni...MRSM Kerteh. Terima Kasih MA. Saya suakan pula kepada kawan 2 baru saya ni...
  • MOI(QISTINA'S)
  • INTAN(JANTUNG HATIKU)
  • TOKMA(SEHINGGA AKHIR HAYATKU)
  • SHAIS(CERITA LA)
  • ANGRIANI
Sudi2kanlah menerimanya ye....

Bingka Kentang

Sumber:RESEPI.NET(RESEPI CHEF AINI)

Bahan-bahan:

(A)
  • 5 biji telor size besar
  • 300ml santan pekat
  • 200 ml air paip
  • 200gm tepung gandum

(B)

  • 400gm kentang bersihkan-rebus dgn secukup garam hingga empuk, lecek halus
  • 180gm gula pasir
  • 1/2 st garam
  • 1/2 st vanila
  • pewarna kuning - saya tak letak

Cara Membuatnya

  1. Satukan bahan A gaul rata, tapis.Masukkan bahan B gaul hingga sebati.
  2. Masukkan dalam acuan pembakar yg telah disapu minyak terlebih dahulu dan bakar selama 40 minit pada suhu 200C

Dark Choc-chip Cookies


Bahan-bahan:
  • 125 gm unsalted butter, chopped
  • 100 gm(1/2 cup,firmly packed) brown sugar
  • 70 gm caster sugar
  • 1 biji telur
  • 1 tsp vanilla essence
  • 225 gm (11/2 cups) self raising flour - sifted
  • 190 gm(1 cup) dark cooking choc bits
Cara-cara:
  1. Panaskan oven pada 180C. Alaskan 3 baking trays dengan baking paper.
  2. Pukul butter, gula, telur dan esen vanilla hingga creamy.
  3. Masukkan tepung yg dah diayak dan choc bit dan gaul rata.
  4. Ambil satu sudu kecil adunan dan letakkan di atas tray...jarakkan dlm 4 cm. Bakar selama 12 minit atau keemasan. Biarkan sejuk dlm tray selama 5 min sebelum pindahkan ke wire rack utk sejukkan.
sumber: majalah good taste(july)
makes:25
Prep:15mins(+cooling time)
cooking: 15 mins

Monday, August 25, 2008

Nasi Ayam Belanga


Minggu lepas lagi dah try nasi ni...sedap...rasa mcm nasi ayam...(nama pun nasi ayam hehehe...) Ambil resepi dr rinnchan fp...tq kak rinn sharing this resepi.
Sumber : Buku Resipi Tradisional KELUARGA

Bahan-bahan:
2 pot beras
2 sudu besar minyak sapi ( Ganti dengan majerin pun boleh)
Rempah tumis..Bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, jintan manis, jintan putih.
1/2 ekor ayam, direbus dengan air secukupnya
Garam seukup rasa
1 batang serai
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar kicap manis

Cara-cara:
1. Ayam dibersihkan dan dipotong kecil2. Rebus ayam + garam + serai sampai empuk. Simpan air stoknya untuk memasak nasi.
2. Basuh beras dan toskan airnya.
3. Perap ayam seketika dengan halia + bwg putih yg telah ditumbuk. Campurkan sekali kicap dan minyak bijan.
4. Panaskan minyak sapi dalam periuk/belanga dan tumiskan bahan2 rempah hingga naik bau wangi. Masukkan beras dan kacau2 seketika. Terus tuangkan air stok ayam.
5. Bila nasi hampir masak, susun ayam atas nasi dan letakkan daun pandan. Tutup periuk dan biarkan hingga tanak. Sesekali elok di kacau supaya rata masaknya.

Cara hidang :
Boleh dihidang begitu saja bersama sup lebihan air rebusan ayam, kicap cair + cili padi dan cili sos cair + tumbukan sedikit halia.

# saya tak letak serai coz dah habis stok...

Terima Kasih......


glitter-graphics.com
Terima kasih buat semua yg sudi membuat ucapan dan doakan kesejahteraan kami sekeluarga...semoga kita semua berada dlm lindungan Allah sentiasa hendaknya...amin. Alhamdulillah...Isa dah beransur pulih...

Ini card drp sahabat di Perth...Siti Khuzaimah...terima kasih byk2...

Saturday, August 23, 2008

Ismail dah 5 tahun

Hari ni b'day anak yg kedua...Ismail ke 5 tahun. Dah seminggu dia duk kira dan tanya pasal b'day dia. Pagi2 lagi dah mintak b'day cake n cookies. Kesian dia ...b'day time adiknya Isa masih tak sihat. Tak dptlah ibu dia nak buat kek dia lagi. Tapi cookies dah buat dah tadi...buat bersama2. Time bapak bawa Isa gi klinik.


selamat hari lahir anakku...semoga jadi anak yg soleh...


Batuk Isa pula masih tak byk berubah...demam dah takde. Tadi hubby bawa gi jumpa doktor lg...semlm dah pergi n beli ubat.Isa, suspected pneumonia. Isnin ni jumpa doktor lg. Kalau makin teruk, kena x-ray dan masuk wad, probably. Kesian sungguh tengok dia time batuk yg tak henti2....semoga dia cepat sembuh.....


Dalam seminggu ni seluruh keluarga kami tak sihat...Allah nak uji kami. Sesungguhnya kita manusia amat lemah...tak punya kuasa apa2. Nak angkat kelopak mata pun tak blh tanpa izin Allah SWT.

Antara hikmah yang Allah berikan kepada orang yang sakit :

a) dosa-dosa kecil digugurkan

b) insaf bahawa lemahnya diri seorang manusia

c) mengingati bahawa badan ini milik Allah. Bila-bila boleh Allah ambil.

d) mengingati nasib muslim di negara-negara lain yang sakit sepanjang masa.

(sumber)


Friday, August 22, 2008

Terima kasih diyana

yummm...ini kek drp diyana...jom jamah sikit sorang...

Terima kasih diyana...happynya w/pun badan masih tak brp sihat ni...

Thursday, August 21, 2008

Birthday Wish From Moi(Qistina's)



Terima kasih moi....happynya...terharu pun ada...

Wednesday, August 20, 2008

Hari ni hari apa ye....?

Hari ni hari apa?
Rabu...

Berapa hari bulan?
20 ogos....

Jadi?
Jadi....today is my b'day.....Happy b'day to me....happy b'day to me....

Dah meningkat lagi umur....bermakna...makin hampirlah kematian. Bekal...? Cukup ke?....takutnya...Ya Allah peliharakanlah iman hambaMu ini.
Hari ni tak berapa ceria sgt kat rumah ni. Anak yg sulung dan yg bongsu tak sihat lagi...demam pulak. Yg bongsu ni kalau tak sihat...tak blh nak letak nak berdukung je. Sejak baby lagi dia mcm tu. Dugaan tu...ada hikmah sebaliknya tu...kan?. Tapi dr pengalaman saya, bila sakit biasanya anak lelaki lagi payah nak jaga...byk ragamnya...manja semacam. My doter tu kalau sakit...takdelah manja sgt. Dah dpt botol susu n selimut...baringlah dia...

Tadi gi jenguk blog TokMa...dpt ini.....blh dikatakan hadiah b'daylah kot kan TokMa? Tima kasih byk2...happy ni...Baru je kenal TokMa ni....terharunya.

comelnya kan?....

Dan ini drp org yg pertama wish happy B'day dan bagi hadiah...tentulah my hubby tersayang.



Tuesday, August 19, 2008

SHEPHERD PIE

Mashed Potato:

Rebus potato hingga empuk . Lenyek hingga halus bersama butter, susu dan sedikit garam.


Filling:
Ambil dr mamafami fp.
  • 400g daging cincang
  • 3 bwg besar ~ diced
  • 2 karot~ diced
  • 2 tomato ~ diced
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu besar kicap
  • garam
  • minyak masak
  • mixed vegetable ~ optional
  • 1 kuning telur ~ utk sapuan - saya ganti dgn cheese
  • 1-2 sudu besar gandum
Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan goreng bawang sehingga naik bau.
  2. Masukkan daging cincang dan karot dan goreng seketika.
  3. Masukkan mixed vegetable, tomato, sos tomato dan kicap. Gaul rata.
  4. Masukkan garam dan tepung. Masak sehingga daging masak.
*Boleh tambah apa2 sos ikut selera masing2.


Cara-cara buat pie:
  1. Letak lapisan mashed potato dalam acuan pie...saya guna acuan muffin je.
  2. Kemudian masukkan filling. Tutup pula dengan lapisan mashed potato.
  3. Sapu kuning telur pada permukaan. Saya tak sapu pun...tabur dengan cheese je.
  4. Bakar dalam oven pada suhu 200C hingga keemasan.

Maple-roasted pumpkin n salami salad

Ni permintaan my hubby bila dia tengok majalah super food ideas(sept)...isteri mithalilah katakan turutilah apa suami nak hehehehe....Dah ubah sikit dr resepi asal ikut bahan yg ada.

Pumpkin dipotong kecil dan digaul dengan maple syrup dan minyak zaitun. Kemudian dibakar dlm oven pada suhu 220C/200C fan forced selama 20-30 minit. Masukkan sedikit walnut dan bakar lagi selama 7 min. Untuk dressingnya pulak, satukan sedikit minyak zaitun, apple cider vinegar, maple syrup dan wholegrain mustard dalam mangkuk. Masukkan bahan yg dibakar tadi dan spinach n roket salad mix serta salami yg telah dimasak dan gaul rata. Blh ganti salami tu dengan ayam ...tuna.. alhamdulillah my hubby suka dan puas hati.

Healthy Sleep Habits




A healthy and regular sleep pattern plays an important role in child's learning.






Tips for Healthy Sleep Habits:

  • Avoid children watching TV or using the computer before going to bed. the light emitted by these devices 'awakens' the brain.
  • Develop an evening routine that ends with a story time or conversation before bed.
  • Don't give children food or drink containing caffeine in the evening-this includes a number of popular soft drinks.
  • Try to have the same bed time and wake up time.
  • Decide on a bed time routine and stick on it.

Sumber: newsletter sekolah iman.


Monday, August 18, 2008

Award drp diyana(Anugerah Nurani)

Terima kasih buat diyana(Anugerah Nurani)....

Award ni dtg bersama rulesnya....

1) Put the logo on your blog .

2) Add a link to the person who awarded you.

3) Nominate at least 7 other blogs.

4) Add links to those blogs on yours.

5) Leave a message for your nominees on their blogs.

Setelah ditilik-tilik saya suakan pula award ni kepada;
Harap kalian semua sudi menerimanya. Mungkin dah dpt pun sebelum ni tapi tu drp org lain kan?

Parker house rolls

kitaorg makan dengan salami...


Resepi dari noreen-homecooking. Sarapan pagi merangkap lunch (bekal) utk anak2 dan hubby.

Bahan-bahan (8 biji):
  • 200gm tepung roti
  • 50gm wheat flour - saya guna whole-wheat flour
  • 3gm (1 camt) instant yeast
  • 25gm gula pasir
  • 4gm garam
  • 5gm tepung susu
  • 25gm telur - 1/2 biji
  • 25gm unsalted butter - saya guna minyak masak
  • 132gm air

sedikit salad oil/olive oil/mentega - untuk sapuan
sedikit olive oil - untuk sapuan

cara-cara:-
  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam bread machine dan tekankan untuk setting doh. Tunggu sehingga siap dalam 1 1/2 jam.
  2. Keluarkan doh dan letakkan atas pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung. tumbuk2kan doh untuk mengeluarkan angin.
  3. Kemudian bahagikan doh kepada 8 dengan setiap satu seberat 60gm dan bentukkan menjadi bola. Rehatkan selama 15 min.
  4. Selepas itu canaikan sebiji doh menjadi bujur dan sapukan salad oil/olive oil atau mentega di atas doh tersebut.
  5. Lipatkan dua doh tersebut dan susunkan ke atas baking tray yang telah di griskan terlebih dahulu. Lakukan dengan doh yang seterusnya sehingga habis.
  6. Setelah siap biarkan doh naik dua kali ganda dalam 1 jam. Kemudian sapu dengan susu pada permukaan roti dan bakar pada suhu 200C selama 8 min.
  7. Kemudian turunkan suhu oven pada 180C selama 4 min atau sehingga masak (kepanasan suhu bergantung pada oven masing2).
  8. Keluarkan dan sapukan dengan olive oil supaya permukaan roti sentiasa lembut.
  9. Bolehlah di makan bersama2 dengan daging burger, sosej, telur goreng dan sebagainya.

maaflah tergaring sikit...huhuhu... tapi sedap...

Kuih Bakar Labu Kuning


Resepi ini dari mamaella.fotopages.

Bahan-bahan:-
  • 500gram tepung gandum
  • 800ml santan dari 11/2kelapa parut - saya guna santan dlm tin
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh pewarna kuning - tak ada ...tak letak..
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 300 gram labu kuning
  • 200ml air
  • 5 biji telur
  • 500 gram gula halus (caster) - guna 300gm gula biasa

Cara-caranya:
Saya dah ubah sikit coz masa cari resepi pumpkin dah siap kukus...hehehe...
Apa yg saya buat...
  1. 300gm labu yg telah dikukus dan sejuk dikisar halus dengan air.
  2. Masukkan semua bahan lain dlm blender dan blend.
  3. Kemudaian satukan dengan labu yg telah dikisar tadi. Kacau sebati. Kalau rajin blhlah tapis . Saya tak tapis pun.
  4. Masukkan dalam acuan yg telah digris dengan minyak dan tlh dipanaskan sekejap dlm oven.
  5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160-180C sehingga masak.

Dan ini kaedah mamaella:

  1. Labu dibelah 4 dan dibersihkan serta rebus dgn kulitnya sekali.
  2. Setelah lembut barulah dikopek kulitnya dan biarkan ianya sejuk dan baru dikisar halus dgn air sehingga lumat.
  3. Acuan muffin atau baulu di gris dgn minyak dan ketepikan dahulu.
  4. Pukol telur dgn gula seingga kembang. Masukkan santan,garam,vanilla, pewarna kuning, tepung dan labu. Pukol lagi sampai halus kemudian ditapis.
  5. Panaskan ketuhar170-180darjah C, kemudian panaskan acuan-acuan kecil atau baulu yg hendak digunakan.
  6. Tuang adunan kedalam acuan 3/4 penuh Bakar sehingga kekuning-kuningan dan masak.

Sunday, August 17, 2008

Single Clove Garlic



Tak tahulah org lain...bg saya nilah first time tengok/beli garlic jenis ni...Terpaksa hari tu coz garlic biasa takde kat supermarket tu...my hubby dah malas nak gi kedai lain lg pun dah lambat masa tu. Mahal lak tu...AUSD 4 utk 10 biji (sepeket)...kecil2 je...Garlic biasa dlm AUSD 1.30 je sepeket.....



Laksam (2)


Ni versi lain pulak utk buat laksam....Ambil dr Macam-macam.

Bahan Laksam:-

  • 200 g tepung beras
  • 40 g tepung gandum
  • 1 camca tepung kanji
  • Garam secukupnya
  • 550-600 ml air
  • Minyak untuk melengser
Cara-cara:-
  1. Untuk laksam, kacau semua jenis tepung dengan garam dan air hingga menjadi adunan yang sebati.
  2. Lengser loyang bulat dengan minyak. Tuangkan sedikit adunan agar membentuk satu lapisan nipis. Kukus selama 3-4 minit atau hingga masak.
  3. Sapukan sedikit minyak pada permukaannya dan gulung ketika masih panas. Hiris setebal 1 cm bila hendak memakannya dengan bahan sampingan dan kuah.

American Pancake


Salah satu solution utk sarapan...senang dan sedap. Ambil resepi dr blog KakJun. Kak Jun cakap pancake ni agak manis so saya kurangkan gulanya.

Bahan-bahan:-
  • 1 1/2 cawan tepung
  • 1 biji telur
  • 1 cawan buttermilk (1 cwn susu + 1 sudu besar cuka/jus lemon)
  • 1/2 cawan gula - saya letak 3/4 cawan je...
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sud teh soda bikarbonat
  • 1/2 cawan minyak
Cara-cara:-

Campurkan semua bahan kacau hingga sebati.Rrehatkan selama 20min. Masak seperti biasa...

Friday, August 15, 2008

Disleksia dan perkembangan Iman

Masalah Pembelajaran - Disleksia

Apa itu Disleksia?

  • Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku.
  • Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh
    • Mempunyai keupayaan intelek yang normal
    • Telah mendapat ransangan dan pembelajaran yang mencukupi
  • Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi
  • Mereka mungkin mengalami kesukaran
    • Membaca
    • Menulis
    • Memahami
    • Mengeja
    • Mengira
  • Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia
  • Kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding perempuan.

Apakah ciri-ciri Disleksia?

  1. Diperingkat pra sekolah mereka mungkin :
    • Lambat bertutur
    • Mengalami kesukaran sebutan atau rima
    • Sukar menulis nama sendiri
    • Payah mengenal bentuk atau warna
    • Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya

  2. Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin :
    • Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira
    • Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas
    • Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) :
      • 15 dengan 51
      • “was” menjadi “saw”
      • ‘b’ dengan ‘d’‘
    • Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut
    • Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’
    • Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan
    • Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah

Adakah individu Disleksia mempunyai keistimewaan?

  • Antara orang ternama yang juga mengalami Disleksia termasuklah ahli politik (Lee Kuan Yew), pelakon (Whoopi Goldberg), artis (Leonardo da Vinci) dan saintis (Albert Einstein)
  • Ramai yang berdaya imaginasi tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari pelbagai sudut / dimensi
  • Bijak dengan kemahiran tangan atau sukan.

Masalah yang mungkin dialaminya

  • Salah sangka dan digelar sebagai malas, bodoh atau lembab
  • Pembentukan imej diri yang sihat terjejas dan mengalami rasa rendah diri
  • Jika tidak dikenalpasti dan dibantu diperingkat awal boleh menyebabkan
    • Gangguan emosi (seperti kemurungan)
    • Masalah tingkahlaku (seperti melawan, kecelaruan tingkahlaku)
    • Rendah pencapaian akademik (menyebabkan keciciran sekolah)

Membantu anak-anak bermasalah Disleksia

Langkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah :

  1. Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan bina keyakinan diri anak

  2. Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan

  3. Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui :
    • Terapi pertuturan
    • Latihan pendengaran dengan bantuan komputer
    • Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantu pembelajaran)
      1. Deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir)
      2. Deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf)
      3. Merasa pergerakan bibir
      4. Menulis huruf atau perkataan

  4. Langkah-langkah pemulihan :
    • Bantu anak menguasai maklumat secara beransur ansur
    • Pengulangan semasa mengajar (konsep ajar berlebihan)
    • Gunakan video atau kaset untuk belajar

  5. Program pemulihan khusus :
    • Ada sekolah yang mempunyai program pemulihan khusus untuk Disleksia

Kumpulan sokongan

Persatuan Dyslexia Malaysia
No 6, Persiaran Kuantan
Setapak
53200 Kuala Lumpur
Telefon / Fax : 03-40255109
Email : dyslexiaft@time.net.my

Prospect Rainbow Center
1D Jalan Pantai Molek,
Penang.
Tel: 04 - 8900870

Sumber:MyHEALTH Portal

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Bantu Atasi Disleksia



Disleksia adalah istilah yang dapat diartikan sempit dan luas. Secara sempit disleksia dipahami sebagai kesulitan membaca secara teknis. Dalam arti luas, disleksia artinya segala bentuk kesulitan yang berhubungan dengan kata-kata, seperti kesulitan membaca, mengeja, menulis, maupun memahami kata-kata.

Gejala yang sering ditemui antara lain sulit mengeja, sulit membedakan huruf b dan d, kekurangan atau kelebihan huruf dalam menulis, sulit mengingat arah kiri dan kanan, sulit membedakan waktu (hari ini, kemarin, dan besok), sulit mengingat urutan, sulit mengikuti instruksi verbal, sulit berkonsentrasi, perhatiannya mudah teralih, sulit berkomunikasi karena bahasanya kaku dan tidak berurutan, seringkali mengalami kesulitna berhitung terutama bila disampaikan dalam bentuk cerita, tulisannya sulit dibaca, dan kurang percaya diri.

Menangani anak disleksia

Anak disleksia bisa belajar di sekolah biasa ataupun sekolah khusus tergantung dari efek disleksia tersebut. Bila anak masih dapat mengikuti pelajaran dengan nilai “cukup” dan perkembangan sosial emosinya tidak terganggu, anak masih mungkin belajar di sekolah biasa. Tetapi jika disleksia amat mengganggu prestasi belajar, bahkan sampai tidak naik kelas, sebaiknya disekolahkan di tempat khusus agar ditangani lebih terfokus. Di rumah Anda pun bisa melatih meningkatkan kekuarangannya.

Membaca

Menangani anak disleksia yang memiliki kesulitan membaca teknis (sering terbalik-balik –ibu menjadi ubi-, bingung dengan huruf yang bentuknya mirip, kehilangan jejak saat membaca), bisa diatasi dengan cara:

  1. Memulai dari hal yang sudah dikuasai anak. Misalnya mulai dari pengenalan huruf, suku kata, kata yang terdiri dari dua suku kata, dan seterusnya.
  2. Metode dikte. Guru atau orang tua mendiktekan kata atau kalimat, lalu anak menuliskannya. Hal ini juga bisa dilakukan terbalik yaitu anak yang mendiktekan kemudian ditulis oleh orang lain, lalu ia diminta membacakannya kembali.
  3. Membaca wacana dan menjawab pertanyaan tentang wacana tersebut. Sumbernya bisa berupa buku cerita bergambar, cerita tanpa gambar, atau membaca bersama dan perlahan-lahan anak dibiarkan mendominasi bacaan.
  4. Membedakan b dan d dengan bantuan ibu jari kiri dan kanan.
  5. Membuat huruf dengan lilin.
  6. Banyak diberikan tugas yang melatih rangsang visualnya.
  7. Saat di kelas, anak disleksia diberi giliran membaca paling akhir agar bisa mendengarkan teman-temannya terlebih dahulu.
  8. Usahakan saat ujian, tulisan untuk anak disleksia diperbesar.
  9. Guru membantu anak disleksia untuk membaca soal saat ujian yang dikurangi secara bertahap sesuai kemampuan anak.
  10. Pengurangan jumlah soal ujian.

Anak disleksia juga dapat memiliki kesulitan memahami bacaan, biasanya karena ia mengalami gangguan berpikir konsep. Bisa juga ia kurang memahami kata demi kata dalam bacaan tersebut. Apa yang bisa dilakukan?

  1. Memberikan bantuan gambar pada saat menjelaskan sebuah konsep
  2. Pemetaan pikiran (mind mapping) agar anak bisa memperoleh gambaran umum tentang suatu konsep sebelum mulai belajar.
  3. Sebelum membaca sebuah cerita, dengan melihat judulnya biasakan anak untuk bertanya apa, siapa, di mana, kapan, mengapa, bagaimana.
  4. Menjelaskan langsung. Bila anak mengalami suatu kejadian, misalnya berkelahi dengan teman, jelaskan secara langsung sebab akibatnya.

Menulis

Beberapa anak disleksi memiliki tulisan yang jelek karena kontrol motoriknya kurang baik. Strategi yang bisa dilakukan antara lain:

  1. Latihan menulis halus, berupa pola atAupun kalimat. Latihan bisa dilakukan sebagai hukuman atau saat anak sedang santai.
  2. Menghubungkan titik dengan titik untuk melatih kemampuan motorik halusnya.
  3. Menggunakan pencil grip
  4. Menggunakan pensil yang tebal (misalnya pensil 2B) pada anak yang tekanannya terlalu lemah dan pensil yang tipis (pensil H) pada anak yang tekanan pada kertasnya terlalu kuat.

Memahami urutan

Sebagian anak disleksia sulit mengingat urutan hari dalam satu minggu atau bulan dalam satu tahun. Mereka juga sulit mengingat deretan angka. Apa yang bisa dilakukan?

  1. Mintalah ia menceritakan kembali secara runtut sebuah cerita yang baru saja diterangkan padanya atau film pendek yang baru ditontonnya, atau kejadian yang baru dialaminya.
  2. Lakukan permainan yang melatih memampuannya mengurutkan, misalnya menyusun angka, kalimat, dan sebagainya.

Memahami orientasi

Anak disleksia juga sering kali ragu tentang orientasi ruang seperti kanan-kiri, depan-belakang, ataupun atas-bawah. Bahkan ada yang tidak mengerti waktu atau tempat di mana mereka berada. Bagaimana meningkatkan kemampuan orientasinya?

  1. Permainan baris berbaris
  2. Bila anak benar-benar bingung mana kanan dan kiri, berilah tanda seperti gelang pada salah satu tangannya.
  3. ngatkan ia setiap hari tentang tanggal ataupun hari saat ini.
  4. Lakukan permainan yang melatih kemampuan orientasinya, misalnya “Pegang telinga kiri dengan tangan kananmu!”

Memahami angka

Ada pula anak disleksia yang sulit memahami matematika, biasanya karena kurangnya kemampuan bahasa, mengurutkan, dan memahami simbol. Terkadang, mereka juga sulit menghitung mundur dan salah menempatkan angka. Gunakan kertas berpetak untuk melakukan penjumlahan atau pengurangan, dan permudah lambang-lambang yang sulit misalnya simbol <> dilambangkan seperti mulut buaya, katakan mulut buaya selalu menghadap ke angka yang lebih besar.

Referensi:

  1. Harwell, Joan M. 1995. Ready-to-Use: Informatian & Materials for Assessing Specific learning disabilities. Complete Learning Disabilities Resource Library Volume I.
  2. West Nyack. New York: The Center for applied research in education
  3. Pollock, Joy & Elizabeth Waller. 1994. Day-to Day Dyslexia in the classroom. London & New York: Routledge
Sumber:anakku.net


----------------------------------------------------------------------------------------------

Perkembangan Iman.

Hari tu my hubby dah bincang dengan teacher iman berkenaan iman. Pihak sekolah akan uruskan ujian utk iman bg menentukan apakah iman betul2 ada disleksia dan tahapnya. Setakat ni iman dah buat ujian penglihatan dan pendengaran...semuanya OK.
Iman dah boleh membaca sikit -sikit tapi lemah dalam mengeja. Penulisan pulak kena sentiasa diperhatikan dan diperbetulkan. Selalu lagi terbalik. Mengaji pun kitaorg tekankan kaedah menghafal.
Ada sesiapa yang ada pengalaman dengan masalah disleksia ni bolehlah kita kongsi bersama. Perkembangan peringkat awal ni amatlah penting buat mereka.



Thursday, August 14, 2008

Award drpd Akak(SUKA SUKA)

Cutenya bear ni...terima kasih buat Akak....syok buat peluk ni lagi2 time winter ni...hehehe..
nak bagi sapa lak ni..mmmm...
jom kita kongsi....

SITI KHUZAIMAH
DIYANA-hadiah b'day hehehe..
KAK UMMI
KAK JUN
MAMAFAMI
MAMA ANIS

Happy Birthday


Khas buat diyana (Anugerah Nurani)...semoga sentiasa dalam peliharaan Allah sentiasa hendaknya. Maaflah lambat kasi kad pun...b'day hari selasa kan?...

Wednesday, August 13, 2008

Tag drpd Siti Khuzaimah

Tag daripada Siti Khuzaimah dr Perth...dah agak lama hari ni baru langsaikan...

About Me...

Nama timang-timangan oleh orang tersayang?

Family pangil k.long coz saya anak sulung. Hubby panggil awak dan kadang2 sayang(ada apa2 lah tu...) dan anak2 panggil ibu. Bagi kwn2...diaorg panggil saya suzi.

Anda seorang yang ? (Personaliti anda...)

Ni yg tak reti nak cerita ni...agak pemalu terutama depan org ramai ( kurang yakin)...tapi bila dah kenal ok je..peramahlah jadinya. Dah berumur ni cepat pulak marah...sensitif dan cepat merajuk tapi sekejap je (terutama dgn hubby...nasib baik dia dah faham..hehehe..). jadi rajin kalau dah terpaksa siapkan satu2 benda tu. tulah lebih kurang kot...

Insan Teristimewa?

Dah tentulah my hubby, anak2 dan famili.....

Makanan & Minuman Kegemaran anda?

Boleh makan apa saje yg halal...tapi yg paling suka....makanan berkuah... mee sup...tomyam(rindunya tomyam yg sedap...)

Dulu bila mkn kat luar selalu order teh ais(teh beng cakap org Trg) Kat sini sebab cuaca sejuk sikit suka teh panas dan kopi panas. Air kosong tu dah tentu...mesti sebelum tidur...

Warna Kegemaran anda?

Warna biru...

Lagu Kegemaran anda?

Dah tentu lagu my hubby hehehe...takdelah lawak je.Entahlah dah lama tak ada lagu kegemaran coz jarang dengar lagu...tapi lagu paling bermakna utk saya n my hubby ialah lagu Untukmu (Feminin)...KRU pun ada nyanyikan semula lagu tu....

Siapa yang selalu buat anda gelak?

Anak2...terutama isa dan ismail dan my hubby

Sikap yang buat anda tertekan?

Tak dengar cakap...anak2lah biasanya ni. Cakap lain buat lain...suka cakap lepas tak fikir perasaan org....pentingkan diri...cakap belakang....suka mengampu...apa lagi ye.....

Tiga perkara yang selalu ada dalam beg?

My handbag memang agak besar....apa kat dlm? mmm dah tentu wallet , nappy, kain lap @ tisu...., hanphone...., kadang2 kalau keluar agak lama sikit dlm tu diletakkan sekali seluar anak2...kot2 diaorg terbabas ke kotor ke.

Kali terakhir anda beriya-riya menangis?

Bila ye?...Masa tahu mengandungkan isa kot...'terbabas' sebenarnya. Kita org tak jangka pun...rasa mcm tak bersedia lagi. Masa tu baru je sampai adelaide ni. My hubbylah byk bg kata2 semangat....

Perkara paling lucu @ paling memalukan dalam hidup anda?

Yg 'paling' tu tak ingatlah...tapi antara yg memalukan ...pernah kena boooo kat budak laki kat dewan mkn coz terbalikkan kerusi...pernah jatuh terbaring kat dlm kelas...



Tag ni takde rules...nak sua kat sapa lak ni?...nantilah ye...dah nak maghrib ni...

Minta Blueberry Jam Muffin Dapat Blackberry Jam Muffin


Masa duk baca fp mamafami...ismail(tak sihat..tak gi sekolah) dan sumaiyyah ada sebelah. Tengok je pic blueberry jam muffin kat situ terus ckp...ibu buat kuih ni...mmmm...sayangkan anak.... ibu dia pun buatlah. Kalau tak nanti akan minta dan minta lagi sampailah buat kuih tu....Kat rumah takde blueberry jam...yg ada blackberry dan stawberry jam je...so hemtamlah letak blackberry. Yg pasti dah habis pun....buat 2 adunan tu...lain kali blh buat yg betul2 punya.

Bahan-bahan :
Sumber : Yani (MyResipi)

  • 70g butter-suhu bilik
  • 60g gula
  • 1 biji telur-suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanila
  • 4 sudu besar susu segar
  • 100g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • sedikit pewarna biru - takde..letak warna merah
  • blueberry jem secukupnya. - letak blackberry jam


Kaedah penyediaan
:
  1. Pukul butter sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula pukul sehingga putih.
  2. Masukkan pula telur dan kacau. Diikuti dgn esen vanila dan susu segar. Pukul sehingga sebati.
  3. Ayakkan tepung + baking powder ke dalam no.2. Kacau dengan spatula.
  4. Isikan 1/2 bekas muffin dengan adunan tadi. Kemudian isikan 1/2 sudu jem. Masukkan 1 sudu besar lagi adunan muffin.
  5. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 25 minit.

Kuih Lapis


Bahan-bahan:

Sumber : tulip77@myresipi.com. Terima kasih for the resepi...
  • 1 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula (leh kurangkan klu x suka manis sgt)
  • 1 st garam
  • 2 paket santan serbuk
  • 1 st minyak masak
  • 3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc.
  • 4 cawan air
#saya guna santan dlm tin = 4 cawan. Tak payah letak air lagi.
#saya buat 2 warna je..hijau (pandan paste) dan warna asal.

Cara-cara

  1. Dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul. Panaskan air dalam kukusan.
  2. Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata.
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan warna yg dikehendaki.
  4. Utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik cling. Masukkan 2 cwn adunan warna kuning & kukus selama 5 minit.
  5. Lepas 5minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2minit. Kemudian selang seli warna hijau dan kuning hingga adunan habis.
  6. Lapis yg terakhir warna hijau dikukus selama 20minit. Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.
  7. Dgn hati2 tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi. Utk lebih kemas,kuih ini blh dipotong dgn benang dan setiap lapisan kuih ini blh dibuka :)
  8. * Jika guna loyang non stick, x perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dgn minyak

Tuesday, August 12, 2008

My First Award

Gumbira dalam hati...kerana dapat award ini...hehehe.Tima kasih kepada Siti Khuzaimah diatas pemberian award ini...Kreativ Bloger....kreatif ke ni?....apa pun gumbira...gumbira.... hehehe....


Award pertamaku


Award ni pun ada rulesnya....ni dia..


It has been done according to the following rules:

  • The winner may put the logo on her blog.
  • Put a link to the person you got the award from.
  • Nominate 5 blogs.
  • Put links to the blogs.
  • Leave a message for your nominees

Seterus award ini diberi pulak kepada....

Monday, August 11, 2008

Roti Naik

Dua tiga hari ni cuaca kat Adelaide ni sejuk sgt...hujan je. W/pun hubby dah nyalakan kayu api tetap terasa kesejukkannya. Ni blm tmpt bersalji...tapi Adelaide ni bukan tempat bersalji pun. Anak2 dan hubby pun tak berapa sihat... batuk..selsema....So hari minggu kali ni duk rumah jelah....Lagipun kereta buat hal.


hubby tengah masukkan kayu api kat heater...

ROTI NAIK
Source : Majalah Saji Jun 2007



Buat hari Sabtu...makan dengan bubur kacang hijau. Kenalah dengan cuaca yg sejuk ni....ambil resepi drpd Mamafami.

Bahan-bahan:
  • 700 gm tepung roti
  • 50 gm shortening - saya letak minyak masak je...
  • 200 gm air suam kuku
  • 200 gm evaporated milk - sama dgn mamafami pakai susu segar
  • 100 gm gula kastor
  • 1 sudu teh garam
  • 1 packet instant yeast (11g)
  • 2 biji telur
  • sedikit marjerin

Cara-cara
:
  1. Masukkan semua bahan dalam BM dan ON kan.
  2. Setelah siap/naik, keluarkan dan tumbuk utk membuang angin. Uli sekejap.
  3. Bahagikan kepada beberapa bahagian kecil dan bulatkan. Letakkan ke atas dulang pembakar dan biarkan naik lagi.
  4. Sapu dengan susu dan bakar dlm oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu180 C selama 20 - 30 minit.
  5. Apabila sudah masak...keluarkan dr Oven dan sapu dengan marjerin.
  6. Sedap dimakan dengan kari, serikaya, jam atau apa2 je....