Monday, August 18, 2008

Kuih Bakar Labu Kuning


Resepi ini dari mamaella.fotopages.

Bahan-bahan:-
  • 500gram tepung gandum
  • 800ml santan dari 11/2kelapa parut - saya guna santan dlm tin
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh pewarna kuning - tak ada ...tak letak..
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 300 gram labu kuning
  • 200ml air
  • 5 biji telur
  • 500 gram gula halus (caster) - guna 300gm gula biasa

Cara-caranya:
Saya dah ubah sikit coz masa cari resepi pumpkin dah siap kukus...hehehe...
Apa yg saya buat...
  1. 300gm labu yg telah dikukus dan sejuk dikisar halus dengan air.
  2. Masukkan semua bahan lain dlm blender dan blend.
  3. Kemudaian satukan dengan labu yg telah dikisar tadi. Kacau sebati. Kalau rajin blhlah tapis . Saya tak tapis pun.
  4. Masukkan dalam acuan yg telah digris dengan minyak dan tlh dipanaskan sekejap dlm oven.
  5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160-180C sehingga masak.

Dan ini kaedah mamaella:

  1. Labu dibelah 4 dan dibersihkan serta rebus dgn kulitnya sekali.
  2. Setelah lembut barulah dikopek kulitnya dan biarkan ianya sejuk dan baru dikisar halus dgn air sehingga lumat.
  3. Acuan muffin atau baulu di gris dgn minyak dan ketepikan dahulu.
  4. Pukol telur dgn gula seingga kembang. Masukkan santan,garam,vanilla, pewarna kuning, tepung dan labu. Pukol lagi sampai halus kemudian ditapis.
  5. Panaskan ketuhar170-180darjah C, kemudian panaskan acuan-acuan kecil atau baulu yg hendak digunakan.
  6. Tuang adunan kedalam acuan 3/4 penuh Bakar sehingga kekuning-kuningan dan masak.

2 comments:

TokMa said...

Salam suzi - hissh!...kueh bakar labu ni memang kesukaan tokmalah. Tokma sukakan ngan teksturnya yang lembut, kenyal, rasa lemak labu.. muaah! memang lazat. Terima kasih share resepi.

Suzi said...

salam tokma,
terima kasih dtg....famili saya memang suka kuih ni....