Wednesday, August 13, 2008

Minta Blueberry Jam Muffin Dapat Blackberry Jam Muffin


Masa duk baca fp mamafami...ismail(tak sihat..tak gi sekolah) dan sumaiyyah ada sebelah. Tengok je pic blueberry jam muffin kat situ terus ckp...ibu buat kuih ni...mmmm...sayangkan anak.... ibu dia pun buatlah. Kalau tak nanti akan minta dan minta lagi sampailah buat kuih tu....Kat rumah takde blueberry jam...yg ada blackberry dan stawberry jam je...so hemtamlah letak blackberry. Yg pasti dah habis pun....buat 2 adunan tu...lain kali blh buat yg betul2 punya.

Bahan-bahan :
Sumber : Yani (MyResipi)

  • 70g butter-suhu bilik
  • 60g gula
  • 1 biji telur-suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanila
  • 4 sudu besar susu segar
  • 100g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • sedikit pewarna biru - takde..letak warna merah
  • blueberry jem secukupnya. - letak blackberry jam


Kaedah penyediaan
:
  1. Pukul butter sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula pukul sehingga putih.
  2. Masukkan pula telur dan kacau. Diikuti dgn esen vanila dan susu segar. Pukul sehingga sebati.
  3. Ayakkan tepung + baking powder ke dalam no.2. Kacau dengan spatula.
  4. Isikan 1/2 bekas muffin dengan adunan tadi. Kemudian isikan 1/2 sudu jem. Masukkan 1 sudu besar lagi adunan muffin.
  5. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 25 minit.

6 comments:

Tie said...

Blueberry ke blackberry ke raspberry ke apa2 pun boleh..janji sedap.. pandai mamanya bagi anaknya diam... he he..

Musliyana and family said...

wah..sekarang suzi angin muffin pulak ekk..sedap nampak..lupa tny..yr daughter dh toilet trained belum?saja tny..sbb sekarang proses men"toilet-trained ' kan najlaa ni..and macam mana suzi buat kalau nk bg anak2 stop susu botol?guna cawan pulak

Suzi said...

salam

kak tie, tulah apa2 pun blh..

-----------------------------------

diyana,
sumaiyyah tu pernah toilet trained tapi 'gagal'...masih tak tahu nak agak bila betul2 nak buang air asyik terbabas je. Ibunya pulak malas nak basuh..heheh...carpet...payah sikit nak cucinya kan? 2 abg dia sblm ni pun 2-3 cuba jugak...baru ok...
Pasal susu botol...anak2 saya semua susu badan...dah dapat adik dia org pakai botol. Sumaiyyah masih lagi pakai botol,...ismail pun kadang2...hehehe...biasanya bila dah gi school(kindy) dgn sendiri malu...

Tirana said...

Salam Suzi..

Sedap nampaknya muffin ni..boleh copy tak? Nak try buat la..

Suzi said...

salam tirana...
apa saja kat blog ni blh dicopy...kita kongsi sama2...
selamat mencuba....

MamaFaMi said...

Tak kiralah minta muffin apa pun, janji dapat makan muffin... Betlah kalau ada mama macam Suzi ni...