Monday, August 4, 2008

Onion Bread


sumber:- yani@myresipi.com

Bahan :-

  • 250 gm tepung roti
  • 2 sk dry yeast
  • 2 1/2 sb gula
  • 100ml air suam(40C)
  • 1/2 sk garam

Inti:-
  • 150g bawang besar- dicincang
  • 1 sk parmesan cheese - saya guna chesse utk pizza(cincang)
  • telur untuk sapu

Cara-cara:-

  1. Masukkan bawang besar ke dalam mangkuk. Tanpa ditutup, masukkan ke dalam microwave. Panaskan/masakkan selama 4 minit.
  2. Masukkan semua bahan-bahan di atas kecuali bawang dan cheese ke dalam BM ikut arahan BM. ON kan. Tunggu sehingga siap/naik.
  3. Bila dah siap/ dah naik keluarkan dan tumbuk adunan untuk keluarkan angin. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian yg dikehendaki dan buatkan bentuk bulat. Tutup dengan kain lembab. Rehatkan selama 10 minit.
  4. Canaikan biar jadi nipis (20x25cm) dan masukkan bawang dan juga cheese, kemudian gulung kemas.
  5. Belah 2 roti tadi dengan meninggalkan 2cm pada hujungnya. Kemudian buat bentuk silang.
  6. Biarkan naik untuk kali kedua selama 20 minit atau 2 kali ganda.
  7. Sapukan dengan telur dan bakar dengan oven selama 15 minit pada suhu 180C.

# Resepi asal ada sertakan gambar step by step dan cara uli pakai tangan...

No comments: