Monday, August 11, 2008

Roti Naik

Dua tiga hari ni cuaca kat Adelaide ni sejuk sgt...hujan je. W/pun hubby dah nyalakan kayu api tetap terasa kesejukkannya. Ni blm tmpt bersalji...tapi Adelaide ni bukan tempat bersalji pun. Anak2 dan hubby pun tak berapa sihat... batuk..selsema....So hari minggu kali ni duk rumah jelah....Lagipun kereta buat hal.


hubby tengah masukkan kayu api kat heater...

ROTI NAIK
Source : Majalah Saji Jun 2007



Buat hari Sabtu...makan dengan bubur kacang hijau. Kenalah dengan cuaca yg sejuk ni....ambil resepi drpd Mamafami.

Bahan-bahan:
  • 700 gm tepung roti
  • 50 gm shortening - saya letak minyak masak je...
  • 200 gm air suam kuku
  • 200 gm evaporated milk - sama dgn mamafami pakai susu segar
  • 100 gm gula kastor
  • 1 sudu teh garam
  • 1 packet instant yeast (11g)
  • 2 biji telur
  • sedikit marjerin

Cara-cara
:
  1. Masukkan semua bahan dalam BM dan ON kan.
  2. Setelah siap/naik, keluarkan dan tumbuk utk membuang angin. Uli sekejap.
  3. Bahagikan kepada beberapa bahagian kecil dan bulatkan. Letakkan ke atas dulang pembakar dan biarkan naik lagi.
  4. Sapu dengan susu dan bakar dlm oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu180 C selama 20 - 30 minit.
  5. Apabila sudah masak...keluarkan dr Oven dan sapu dengan marjerin.
  6. Sedap dimakan dengan kari, serikaya, jam atau apa2 je....

6 comments:

MamaFaMi said...

Wahhh cantiknya roti yang Suzi buat. Kalau tengah sejuk-sejuk macam tu, masak apa pun leh jadi sedap kan? Didoakan agar keluarga Suzi lekas sembuh ya...
p/s : Lepas ni projek muffin la pulak eh? Seronoknya kalau anak-anak suka order itu ini...

Akak said...

Salam Suzi...

Rajin sungguh dia memasak, roti tu sedapnya...

Semuga suami & anak2 cepat sembuh yea..

Suka tgk heater tu..

Tie said...

Wah..memang betul2 gaya mat salleh..mkn roti lak tu tapi dgn bubur kacang hijau .. he he..Harap semua cepat sembuh..buat bubur nasi dgn sup pun sedap..atau dgn tomyam..mesti cepat baik.

Suzi said...

salam;

to mamafami...
mana blh lawan roti akak. Memang sejuk ni mkn apa saje sedap tu badan dah bulat sejak duk sini...hehehe...
ptg semlm dah buat muffin tu tapi sbb tak cukup bahan jadi blackberry muffin lak...

------------------------------------

to akak,
suka masak roti sbb tak byk kerja...masuk je dlm Breadmaker hehehe...

-------------------------------------

to kak tie,
tulah patutnya mkn dengan cream sup kan...memang ada masak bubur pun utk t/hari tu...makanan org sakit hehehe....

^aNgRiAni^ said...

waaaa pandainya suzi buat roti...
riani kurang pandai laaa
kalau setakat puding tu boleh laaa
hiksss

kat sini pun sejuk...sebab air-cond
lolzzz

Musliyana said...

salam suzi...family dyn pun selsema and batuk..betlah ada heater mcm tue...sini(palmy) pun sejuk sgt sekarang..