Friday, September 11, 2009

Menu 20 Ramadhan dan Persiapan nak balik

Burger Ayam

Mula2 plan nak buat burger ni utk berbuka, disamping makan nasi tapi hubby ckp tak payahlah takut tak termakan pulak sbb dia ada beli donat. Jadinya burger pagi ni baru buat burger ayam tu utk lunch box anak2. Roti tu dah buat semalam. Resepi dr toke roti kat Jepun yg sedang berada di tanahair sbb bali raya, Ros...syoknya dia.... Tq, ros. Untuk daging tu sy cuma gaulkan ayam mince, serbuk roti, bawang putih, garam dan telur serta lada hitam.



Bahan-bahannya

250 gram tepung high protein/ tepung roti
50 gram tepung gandum
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 besar tepung susu
1 ½ sudu teh yis
1 biji telur (kecil) - ('tinggal kan sedikit untuk buat gliss pada roti nnt)
2 sudu besar marjerin atau mentega
100 ml susu segar
60 ml air suam

Untuk Gliss
baki telur tadi+1 sudu kecil susu segar+beberapa titik madu ( kilat nnt roti tu)


Cara-caranya
1) Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan uli sehingga menjadi doh.

2) Masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh menjadi licin dan lembut. Perap doh selama 1 jam.

3) Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka. Biarkan ia seketika selama 10 minit. Kemudian bentukkan roti mengikut kehendak masing-masing. ros bahagi doh tadi pada 3 bahagian , kemudian ros buat bentuk bulat dan lonjong kecil, pastu letak sosej dan bentuk kan bentuk bunga. letak mix vege, dan paipkan mayonis dan sos cili maggi.

4) Atur roti yang telah disediakan kedalam loyang empat persegi yang telah dilenser dengan mentega dan disalut dengan sedikit tepung. Perap sehingga roti naik dua kali ganda.

5) Panaskan ketuhar pada suhu 180 degree C. Sapukan roti dengan bancuhan telur dan ros tabur bijan di atas doh roti sosej mini dan roti burger , akhir sekali bakar selama 15 ke 18 minit atau sehingga kekuningan. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega cair. Selamt Mencuba kawan-kawan.

- tips supaya bijan melekat pada roti, mula-mula gliss roti dengan telur dan tabur bijan, masa baki bakaran ade lebih kurang 10 minit, buka pintu oven dan spray roti tadi dengan air, InsyaAllah bijan tu akan lekat elok je atas roti nanti.




Jadinya, semalam menu berbuka adalah nasi putih dgn lauk kurma ayam je...


ditambah donat yg hubby beli...kebetulan tengah murah sangat2....


Persiapan nak balik-Corelle

Ni pulak bukanlah menu semalam hihihi..tapi ni antara barang yg disenarai untuk bawa balik ke tanahair tercinta. Tengah ada sale kat sini. Kesian my hubby sampai2 je rumah saya terus suruh pergi beli sbb masa ambil anak kat sekolah kawan cakap baik pergi cepat sebab kawan dia dah pergi beli 9 kotak...huhuhu kenalah cepat kan, nanti habis... Terima kasihlah abg ye...ni yg buat sayang lebih ni hihihi... Corak tu pilihan my hubbylah sbb saya tak ikut...nak siapkan menu berbuka.
Harga dia untuk satu set $75. Bagi yg bulat biasa dalam $43. Ada beberapa barang dalam list yg perlu dibeli....tunggu sale hihihi....





24 comments:

SurayaCoghlan said...

wa..kah suzi..borong pinggan mangkuk ye..murah ke pinggan mangkuk kat adelaide ni berbanding KL?

ain said...

amboiii....borong sakan tu!!! borong lagi tauu!!!!hihihi

Suzi said...

sue,
dia org ckp corelle n noritake murah kat sini banding m'sia. rata2 yg dtg belajar kat sini akan beli corele atau noritake wat balik m'sia.
akak takdelah monat sgt kumpul pinggan mangkuk tapi beli jelah...org dah ckp murah hihihi...

rasanya corelle yg mcm akak beli ni rm 500 satu set..kat sini baru $75...


kak ain,
borong selagi ada duit hihihi..
kak ain nak kirim apa2 ke?...insyaAllah kontena ada ruang lagi kot hihihi....

Anonymous said...

Salam K.suzi apa khabar? lama x mai sini..hehe dh nk balik mesia terus ye..Selamat kembali..kak, kalau kat sana $75 duit mesia brapa ek? saje je tanye..agak2 mesti ratus2 jugak kan? hehe

dina said...

kak $75 tukar RM berapa kak? tapi sure tak sampai RM500 kan? murah2... akak balik Malaysia bila?

Aiyu Esa said...

amboi,borang corelle nampak...berapa set akak borang???nampak dlm gambar berkotak2....beli beli jgn tak beli....

Suzi said...

asiah dan dina,
tukaran rasanya $1 = rm3 lebih kurang.
$75= RM 225
berbaloilah kan?
kalau yg bulat tu $43= RM129

nak kirim ke?? hihihi...

akak balik disember ni insyaAllah..

Suzi said...

aiyu,
beli 2 jelah.
abg ben ckp kalau yg bulat blhlah beli 4..yg empat segu dua jelah. dua pun dualah sbb akak suka yg empat segi...

Suziey Ahmad said...

waa cinnamon donut ke tu..sedapnya burger tu..gebus:p
waaa syiok arr raya kt mesia ek..bile alik
?

cheryna zamrinor said...

sha suke tgk burger tuh...tp nak blaja camne nak buat daging burger tuh...

aduish...corelle sales...terliur rasenye...bestnye kak suzi!

mummyseri said...

kak corelle pon suke burger pon suke..kite xde g sbb kat cini mhl..mmg ada ati nak ada jugek corelle neh :)best la walau akak x minat tp berbaloi la beli murah tu..

nnt ambil kad rayer kat uma ye kak suzi:)

Deliah's Deli said...

kombinasi warna kelabu dgn merah pd pinggan tu sy suka.cantik.

balik m'sia nanti tak payah susah2 buat roti burger,buat daging burger, boleh beli je. cuma buat sendiri ni lebih bersih dan sihat, tak gitu? :)

p/s nampak sedap semua hidangan berbuka suzi ni...

Chik Mimi said...

suzi akak nakkkkkk hihihihi ,mmg berbaloi beli suzi kalau kat sini mmg mahai

ilahjy said...

buat pengetahuan yg berminat dgn corele tu kat pernama KL akak beli harga terkini utk bulat 16 pc rm340 dulu thn lepas 299rm jer... dengar kabar stok dah tak de sbb depa nak naikan lagi harga...wah berbaloi2 la kalu beli kat sana yer... beli lah utk koleksi sendiri sementara boleh..tak akan rugi..

zureen @ mama said...

Cantiklah set pinggan Corelle tu..Tapi memang berbaloi membelinya..

Mak Su said...

bila nak balik tu?

Hana' Yusuff said...

salam kak suzi,
lamanya tak tinggal jejak kat sini.tp mmg dpt intai menu ramadhan akak:) meriah walaupun jauh...

ingat persiapan tu nak balik raya... tp dah dkt kan nak balik msia. geram tgk corelle. tgh sale ke?mmg berbaloi beli kat sana.cuma bila pesan kat suami, dia beli sikit2 sbb dia kata x larat nak angkut byk2 dgn tgn ..hihi. kalau corning ware dlm berapa ye yg tak ada corak?

NekPP said...

suziiiiiiiiiiii bila nak balik nihhh?? cuti2 raya ekhh..wahhh sonokkkkk....

sopinn jgn tak sopinn dik nonnn...

FiDa@aMiDa said...

salam kak suzie

cantik lah koleksi correle ni

bila nak balik tu..apa yg best kat sana boleh kirim hehehe
(just jocking je)

cikwan said...

kak suzi, nak balik msia dah ker???..cOrell n nOritake mmg mahal sgt kt msia, tefal pOn mahal kt msia kn kak..baik beli sesiap bawak blk..

Anonymous said...

salam suzi...wah!!!borong sakan...murahnya kat sana...klu dah murah tu beli ajelah...

dtg umah ambil kad raya...

Suzi said...

suziey,
taklah , raya sini lg. bln 12 baru balik

sha,
senang je buat daging burger tu...asasnya, daging cincang, serbuk roti, telur, lada hitam...lain2 nak tambah ikut seleralah...

akak kalau kat m'sia fikir byk kalilah kot beli corelle ni hihihi

deliah,
corak tu hubby yg pilih...nasib baik cantik hihihi...

seri,
akak pun kalau kat m'sia susah juga nak beli...

ok akak dtg ambil nanti...

Suzi said...

kak mimi,
sy dtg sini baru tahu pasal corelle ni...sbb bila nak balik je diaorg duk beli...sy pun tak nak lepaskan peluang juga...


jalilah_jy ....tulah tak nak lepas peluang ni hihihi...


zureen,
cantik dan tahan hihihi..

mak su,
disember ni InsyaAllah.

hana,
persiapan tu utk balik disember nanti...raya ni tak balik.
corning ware...akak tak berapa pastilah...
utglah dia blh kirim hubby hihihi...

nekpp,
bukan cuti raya...balik for good disember ni...
shopping sakan tu memang nak sgt tapi poketlah ...hihihi

fida,
biasanya org bawa balik corelle, pyrex dan noritake...hihihi

cikwan,
tulah pasal...kalau kat m'sia puluh kali fikir nak beli benda ni semua hihih..

ima, ok nanti kita gantung kad...tq!

Sasha said...

borong habis2 yer sebelum balik... bijak!... eee... geramnya tgk set pinggan mangkuk tu... minat sgt!!... hehe.. bole kirim tak?