Monday, July 27, 2009

Karipap Inti Sedap

Resepi dr Hana...terima kasih hana berkongsi resepi. Kelainannya yg ketara sbb ada telur rebus...kali ni saya buat ganti rempah kari dgn rempah kurma sbb dah habis stok...
Sesuailah dgn namanya...sedap!!



Bahan-bahan
  • 250g tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin - panaskan (klu nk buh semua myk panas pon bleh)
  • 2 sudu besar minyak masak - panaskan
  • garam
  • air
  • INTI
  • 5 biji kentang@keledek - bleh juga dicampur
  • 200g daging@ayam cincang@ peha ayam boneless potong kecik2@ bleh nk masukkan tulang2 ayam skali, tp masa nk isi inti asingkan la tulang2 tuh. cara yg nih lg sedap!
  • setangkai daun kari
  • daun sup - cadangan dr mamakastam.tQ!
  • 2 biji telur rebus - di belah 6/lebih setiap biji@ potong dadu.
  • 21/2 sudu besar kari ayam/daging
  • 1 biji bwg besar
  • 2 ulas bwg putih
  • garam
  • gula - jika perlu
  • air
Cara-cara
  1. Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata gune sudu sbb panas.Bancuh garam dan air. Masukkan sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.
  2. Untuk buat inti - kentang@keledek dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan.
  3. Blend bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bhn2 tersebut dan juga daun kari hingga naik bau. Masukkan pes kari dan kacau rata. Kemudian masukkan kentang@keledek, ayam@daging, air dan garam secukup rasa. Rebus sehingga kentang empuk dan ayam@daging masak dan air kering.last skali taburkan daun sup yg dipotong halus.
  4. Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai. Asingkan daun kari dan juga tulang2 ayam jika ada.
  5. Masukkan inti kentang dahulu dan buh satu hirisan telur tadi dan tutup serta kelim@cetak mcm biasa. *telur rebus bleh juga dipotong dadu dan dcampurkan ngan inti kentang@keledek tadi.
  6. Goreng dengan api yang sederhana. Dah masak bleh la mkn....:)




13 comments:

Anonymous said...

suzi..wah ima orang pertama ye!
pagi2 dah merayap....

apa2 pun karipap tu memang nampak sedap...bak sebiji..hihihi

Chik Mimi said...

suzi akak nak jugak..... sedap tu

ain said...

nak sepinggan karipap inti sedap!!! nak buat mkn tgh2 ujan2 ni..mesti best!!!

Anonymous said...

hi...suzi....

ohh kalu wat karipap inti canggini, kenyang for sure suzi...hehe
akak lom penah cuba buat inti masuk telor rebus ni, dah lama berhajat, tak jadi2 lagi.. :)

azreen said...

wah suzi.....bau karipap sedap awak sampai wollongong la....hik hik

dina said...

kak, karipap memang faveret saya... macam terbau2 je bila tengok kuih ni.

Anonymous said...

Kak tie memang suka karipap, sejak kecil lagi. Lama tak buat, tapi teringin nak rasa Suzi punya, hu hu..

QiStinA's said...

sedapnye karipap... lama tak makan.. nak buat malas la pulak...he..he

Anonymous said...

Sedapnye karipap inti sedap... hehe... letak telur rebus ye kak suzi... macam best jugak ek... tp bab nak membuatnye tue maless plak.heheh

Suzi said...

ima, kak mimi,
ambiklah kalau masih ada hihihi...jgn segan...

kak ain,
sini pun hujan je 2-3 hari ni...sejuk ...

kak fzi,
saya pun baru pertama kali buat...sedap kak. trylah...

azreen,
waaa power betul bau dia...jauh perginya hihihi...

dina,
dina pun terbau2...kesian. kalau dekat blh bagi seketul dua.

kak tie,
blh je...nanti saya balik ganu akak dtglah rumah saya...hihihi

moi,
jgn malas malas...rugi tak try hihihi...

ijan,
hihihi...tulah lagi2 kalau berdua je makan...memahami hihihi...

Sasha said...

wah... nmpk sedap! my fav.kuih!

Suziey Ahmad said...

karipap mmg kgemaran sy..sy suka kulit dia..teopung dia tu sedap:p

Deliah's Deli said...

pernah beli ni kat cafe di ikea.sedap,boleh cuba buat.thanks suzi!