Wednesday, August 6, 2008

Spiral Pau


Resepi asal adalah Red Bean Spiral Pau drp noreen home cooking blog tapi saya letak inti kastad dan jem strawbery.

Bahan-bahan:

Bahan2 A:
500gm tepung pau
100gm gula pasir
1/4 camt garam

Bahan2 B:
250ml air suam
1 packet (11gm) dry/instant yeast
1 camt gula pasir

50gm shortening - dicairkan dan biarkan pada suhu bilik #saya pakai minyak masak
kertas untuk lapik pau - disapu dengan sedikit mentega # saya pakai baking paper



Cara-cara:-

  1. Campurkan bahan2 B sehingga sebati dan biarkan sehingga berbuih.
  2. Kemudian campurkan bahan2 A dan masukkan bahan2 B, uli sehingga sebati dan tidak melekat di dalam mixing bowl.
  3. Selepas itu masukkan pula shortening yang telah dicairkan tadi dan uli sehingga tidak melekat di tangan. Jangan risau jika doh pada mulanya nampak berminyak.
  4. Bentukkan doh menjadi bulat dan letakkan di dalam mixing bowl yang telah digris. Tutup dengan cling wrap dan biarkan doh naik dua kali ganda dalam 45 min ke 1 jam. Atau masukkan semua bahan dalam BM...ONkan dan tunggu siap.#Kalau nak tau doh dah naik taburkan sedikit tepung atas doh dan tekan dengan jari. jika ada kesan dalam maksudnya doh sudah naik.
  5. Keluarkan dari mixing bowl dan letakkan atas pencanai. Tumbuk2kan doh dan uli lagi doh.
  6. Potong doh 5 x 180gm (setiap satu). Lapikkan atas pencanai dengan plastik dan letakkan satu potongan doh dan lapikkan satu lagi plastik di atas doh. Canaikan menjadi bentuk rectangle sebesar 6"x8".
  7. Kemudian sapukan 3 camb inti dan ratakan tapi jangan keseluruhan doh.
  8. Tanggalkan plastik yang atas dan gulungkan doh seperti swiss roll atau sushi.
  9. Gulungkan sedikit kedua2 hujung doh dan letakkan doh ke atas kertas yang telah digris dengan mentega .
  10. Biarkan doh rehat selama 30 min sebelum dikukus dengan api yang tinggi selama 10 min.
  11. Setelah pau masak biarkan ianya betul2 sejuk barulah dipotong dan hidangkan.
Alkisah:
Masa doh dah naik dan nak letak inti...anak yg paling kecil (Isa), dah terjaga dr tidur dan mengamuk tak nak dengan sapa2...jadinya doh tu saya bahagi 2 sahaja...nak cepat habis. Sepatutnya 5. Jadilah spiral pau yg besar..hehehe

2 comments:

Akak said...

Salam Suzi...

Hurmm sedapnya..

Suzi said...

salam akak...mmmmmemang sedap...hehehe