Wednesday, July 23, 2008

KUIH KOCI LABU




















Akhirnya dapat juga habiskan labu kuning yg lagi sebiji ni. Buat kuih koci. First time buat kuih ni masa puasa tahun lepas atas permintaan my hubby. Rupanya takdelah payah sangat
membuatnya..nampak je macam payah...


Bahan2 dan Cara2:-


Untuk doh:

  • Labu kuning - potong kecil dan dikukus
  • Tepung pulut
  • Garam
  • Daun pisang yg dilayur - tak pakai pun...
  • Minyak masak

Labu yg telah empuk dilecek. Kemudian masukkan sedikit garam dan tepung pulut sedikit demi sedikit dan sehingga terhasil doh yg tak melekat kat tangan..macam buat onde2/buah Melaka. Bahagikan doh kepada saiz yg dikehendaki..leperkan dan masukkan inti tutup rapat dan bulatkan..celup dengan sedikit minyak masak. Kemudian bungkus dengan daun pisang atau plastik atau buat macam saya buat..alas dengan baking paper yg dipotong kecil. Maklumlah payah nak dapat daun pisang kat sini....rasanya oklah..Dah tentu yg dibungkus daun pisang lagi sedap..aromanya tu....lagipun lebih asli. Ulanglah sampai doh habis. Lepas kukus hingga masak.

Untuk inti:

  • kelapa parut
  • gula melaka
  • gula pasir
  • daun pandan
  • air
  • garam






Larutkan gula melaka dengan air dan masukkan gula pasir dan kelapa parut. Masukkan daun pandan dan sedikit garam. Masak sehingga hampir kering dan melekit. Disebabkan takde kelapa parut fresh...maka saya gunakan kelapa parut kering. Untuk menambahkan rasa lemaknya saya tambahkan santan sedikit...dan masak agak lama. Beberapa kali tambah air.


1 comment:

kayteeze said...

Eh..cantik betul warnanya.

Kat ganu ni memang banyak labu. Nanti kak tie nak cuba. Tapi kena cari daun pisang pulak. Kat pasar tak jual. Dulu cuba tanam kat belakang tapi kerbau pendek tu datang terus rosakkannya.. Tak berani nak tanam lagi, hu hu...