Thursday, July 31, 2008

Sup Ayam

Sup ayam biasa aje. Beginilah caranya saya masak sup ayam sejak duk Adelaide ni. Dulu kat M'sia selalu masak sup letak sup bunjut atau serbuk sup adabi tu. Kat sini payah nak dpt...nak bawa atau pos dr M'sia blm tentu blh lepas...ikut nasib. Sini ketat sikit kawalan bawa brg makanan ni...



Caranya...tumbuk bawang putih dan bawang besar, tumiskan dengan sedikit minyak hingga naik bau. Masukkan halia yg ditumbuk dan rempah tumis. Masukkan ayam, sedikit serbuk ketumbar, serbuk jintan putih, sebuk jintan manis, lada hitam, lada sulah dan rempah kurma. Gaul rata dan masak sekejap. Lepas tu tambah air dan masukkan kentang apabila sup mendidih. Masukkan garam dan gula secukup rasa...masak hingga ayam masak dan kentang empuk. Tabur bawang gorang , daun sup dan daun bawang dan hidang.

4 comments:

MamaFaMi said...

Buatlah sup bunjut sendiri, masuk dalam kain muslin.

UmmuSarah said...

Akak selalu baca blog suzi nie pagi2. Kdg2 belum sempat sarapan atau belum sempat lunch...mencabar jugak bila tengok makanan2 yg sedap2 nie. Ish, kalau cam nie, posa nnt mesti akak tak leh bukak blog suzi...hehehe

Siti Khuzaimah said...

saya pun baru buat sup daging smlm, makan dgn mee & bihun plus sambal kicap..hehehe macam sama jer menu kita...

mmg sini susah nk dpt sup bunjut...so masak ikut selera sendiri ler...nk wat sup bunjut sendiri tak reti uuuuwaaaaaaa

Suzi said...

Salam

mamafami..sukanya akak sudi jenguk dapur saya...tak tahulah camana nak buat...ajar blh?

----------------------------------

Akak..thanx selalu jenguk...bila jadi surirumah sepenuh masa?

------------------------------------
ct, kita kena tanya mamafamilah ni?