Tuesday, October 19, 2010

Cucur Udang

Minum petang kami tadi...tapi hubby bukanlah minum ptg...dah jadi dinner dia kot. Lepas makan mee goreng mamak(beli) . Terpaksa beli sebab lauk lunch dah 'sold out', suka pulak anak-anak sy lauk sayur lemak tu..Resepi dr dapur Kak Nor TRG...terima kasihKak Nor berkongsi resepi. Sy copy paste ye...

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 bj telur
  • 1 sudu teh yis (mjauripan)
  • 1 bj bawang besar ~ didadukan
  • daun saderi/daun bawang/kucai
  • taugeh
  • sedikit kunyit ~ nak kasi cucur kaler kuning
  • 1 sudu teh garam
  • minyak utk menggoreng
  • # udang ~ mengikut bilangan berapa bj cucur yg dihasilkan

Cara-cara:
  1. Campurkan kesemua bahan kecuali minyak. Perap sehingga adunan naik sket (dlm 1/2 jam).
  2. Panaskan minyak dlm kuali. Minyak kena lebih ya..
  3. Letak senduk bulat dlm minyak hingga minyak dan senduk panas.
  4. Ceduk sedikit adunan cucur kedalam senduk dan letak udang seekor sambil tekan2 sket.
  5. Masukkan dlm minyak panas dan goreng la hingga bahagian bawah cucur tu dah tak melekat kat senduk.
  6. Goyang2kan sedikit senduk atau kuis jer dgn sudu atau lidi/chopstick supaya ia lekang dr senduk.
  7. Goreng cucur hingga masak dan angkat serta toskan.
  8. Bolehlah dipotong 4 sebelum dihidangkan.
Setelah dipotong. Potong dua je. Bahan-bahannya sampingannya hanya daun sup dan daun bawang je...anak-anak makan dengan penuh selera.


4 comments:

K.Nor said...

mekasih suzi try resipi simple ni.. kita kena buat ikut keadaan semasa kan, ikut stok yg ada dan ikut selera ahli keluarga.. kan.. :)

Mas said...

salam kak...sedapnya dapat sarapan cucur udang pepagi ni....geram tengok udang tu posingg...he..he..

indahhouse said...

Salam kak Suzi,
Ini yang tak tahan nih. hihihi.. tadi buat cucur gak, tapi udang dah tinggal seciput, huhu.. jadila cucur campur2. tunggu beli udang dulu.. ;)

Anonymous said...

salam suzi...bestnya nampak cucur udang tu..dah lama tak buat cucur udang ni...asyik 'm' je kebelakangan ni...

p/s..bestnya suzi ikan pekasam..kt sini kak ima tak jumpa lagi org jual...