Tuesday, December 9, 2008

Donat


Buat minggu lepas tapi tak sempat nak post coz internet buat hal. Sedap..lembut...Resepi asalnya letak cheese kat dlm tu...tapi sebab takde cheese so tak letaklah. Terima kasih buat tuan punya resepi...mazurah@myresipi.com

Bahan-bahan ( 25-30 )

Bahan A

  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar gula halus
  • 3 sudu besar lemak sayur
  • 3 sudu besar susu tepung

Bahan B
  • 190ml air suam
  • 2 camca teh instant yeast/ mauripan- mcm biasa saya guna instant yis jenis Tandaco coz tu je yg ada dlm senarai Halal Guide.(sepeket)

Cara-cara

  1. Kalau guna bread maker masukkan kesemuanya..if brand cosway no 51 sebanyak 4 kali...30 minit kalau uli tangan..uli sikit-sikit sampai tak melekat.
  2. cheese dipotong 4,6,8..ikut suka..ambil sedikit adunan tadi..masukkan cheese kedalamnya dan bulatkan..buat sampai habis
  3. Biarkan sebentar dalam 15-30 minit atau sehingga ia kembang...pastu goreng..selepas digoreng salutkan dengan gula castor tadi.
  4. kalau nak buat frozen...goreng sekejap warna seperti kuning air.masa panas-panas tu masukkan dalam bekas frozenkan.

6 comments:

azreen said...

saya pun baru je berangan2 nak buat donut nanti...sedap kan....hehehe

mutakalim said...

Donut!!Kuih o anak-anak saya panggil.. nampak cam sdp je resepi kak ni..selalu kalau saya buat pakai belasah je.. next time nak try ni lah plak..tq..:)

ratna said...

senang ni nak buat... nak buat la nanti sementara tgh bercuti ni.

Zureen said...

Zureen baru sahaja buat donut..tapi tengok resepi donut kak suzi macam lebih simple ,nak cubalah..

dina said...

gebunya donut tu... letak cheese, tak penah buat lagi, kena try ni

Suzi said...

salam...

azreen...donat memang sedap...tapi kalau selalu makan nanti muka pun mcm donat hihihi...

dina, zurin, ratna,izat...
cuba jgn tak cuba.... :)