Monday, December 22, 2008

Cuti2 Part2: Mount Gambier ke Melbourne

Hari kedua...jalan2 kat Mount Gambier dan bertolak ke Melbourne. Jaraknya lebih kurang 450 km. Saya bangun seawal 4.30 pagi...tak blh tidur. Agaknya sebab dah lama tak berubah tempat tidur. Lagipun hari tu turn saya masak(kami 3 keluarga masak ikut giliran, so adalah masa kita utk rehat...). Masak ayam masak tomato....simple....lauk basah utk cuti2 ni hubby dah beli hari Sabtu tu...simpan dlm box. Sarapan pulak saya gorengkan donat segera yg saya buat sehari sebelum bertolak dan hubby masak scramble egg dan anak2 makan cereal je. Bestnya kalau time cuti2 ialah hubby akan lebih ringan tulang.

Tempat pertama yg kitaorg pergi ialah Lady Nelson Visitor Information Centre. Setiap pekan ada information center. Boleh dapatkan pelbagai maklumat pasal pekan2 tersebut...


Tengah tengok2 cenderahati...


Maklumat dan peta tempat2 menarik kat Mount Gambier....


Kaum bapa bergambar depan kapal The HMS Lady Nelson kat depan infomation center tu...

Dari i center kami bertolak ke Umpherston Sinkhole yg juga dikenali sebagai The Sunken Garden. Cantik tempatnya...Kat dalam 'sink' tersusun pokok2 bunga yg tanam bertingkat....



Papan tanda tu menceritakan bagaimana terbentuknya sink tersebut....


Lagi permandangan dari dalam 'sink' tu....


Tangga untuk turun ke dalam 'sink' tu....


Anak2 bergambar kat taman sekitar tu...


Destinasi seterusnya....Blue Lake. Terbentuk dari letupan gunung berapi. Airnya boleh bertukar warna iaitu berwarna biru time summer(Disember- Mac) dan berwarna grey dr April hingga November....masyaAllah cantik sungguh ciptaan Allah. Sekarang tengah summer airnya biru betul...cantik...sejuk je tengok....


Penerangan mengenai pembentukkan Blue Lake....



Iman bergambar kat jalan bawah tanah utk melintas dari tempat parking ke Blue Lake.


Dah penat jalan2...perut pun dah lapar kami pun lunch kat tasik kecil berdekatan kat situ. Kat tasik ni tak boleh mandi tapi ada org duk main bot....


cantik juga tempatnya...


deretan kereta kami...dah makan meneruskan perjalanan melalu The Great Ocean Road utk ke Melbourne.


Masa ni Isa mengamuk...dah boring dan penat duk kat seater dia tu...tengok kat luar tingkap tu....gambar lembu2 sedang makan rumput kat padang...permandangan biasa sepanjang perjalanan....


salah satu tempat kitaorg berhenti untuk tengok permandangan lautnya....cantikkan. Tak ingat dah apa nama tempat ni.


Lepas tu kitaorg berhenti kat satu pekan kecil ni... untuk sembahyang jamak dan qasar zuhur/asar. Cantik juga tempat ni...sembahyang kat park tepi tu...org2 putih tengok semacam je...kalau yg tak tahu mesti tertanya2 apalah diaorg buat ni?...kan?




Perjalanan diteruskan. Akhirnya sampai tempat yg dituju... nak tengok The Twelve Apostles kat Port Campbell National Park.


Orang banyak duit bolehlah naik helikopter nak tengok benda tu...


Laluan jalan kaki untuk ke laut....


satu permandangan menarik yg sempat hubby ambil....



Nilah dia The Twelve Apostles....dah tak 12 dah...banyak yg dah roboh. Cantiknya alam ciptaan Allah SWT.

Permandangan kawasan sekitar.....kami tak lama kat sini kerana cuaca yg agak sejuk...tak tahan woooo....lagi2 si Isa...dah mengigil....kami meneruskan perjalanan ke Melbourne.



Lagi permandangan diperjalanan....kami terpaksa keluar dari The Great Ocean Road dan ikut jalan pintas kerana hari dah nak malam....sepanjang perjalanan jalan pintas tu kami terserempak dengan 3 ekor kangaroo kat tepi jalan. Jalannya macam jalan kat Grik. Hutan kiri dan kanan....


Dah malam baru sampai kat tempat penginapan kami utk malam kedua iaitu Ashley Garden BIG 4 Holiday Village. Sumaiyyah dan Ismail yg tidur kat kereta terus sambung tidur...keletihan semuanya....

3 comments:

azreen said...

suzi cantik sungguh permandangan dekat sana....tertarik ngan Blu Lake dia...permandangan kat The Twelve Apostles tu pun cantik....bertuahkan dapat berjalan2 kat negara org nih....

Tirana said...

Tengok gambar blue lake tu teringat kenangan masa di sana. Cantik pemandangan di situ.

Unknown said...

salam..
wah!!! canti permndangan...caiya laa..bila rasanya nk merasa merantau dan berjalan ke negera orang..huhu...negeri sndri pun yus x habis round lagi..aduiii...