Thursday, December 25, 2008

Cuti2 Part3: Melbourne ke Sydney

Kami tak berjalan ke mana pun kat Melbourne coz perjalanan yg bakal ditempuhi agak jauh...+-800km. Masa suntuk....

Hubby tengah mentelaah buku peta. Patutnya kami sewa GPS masa sewa kereta hari tu tapi dah habis stok...terpaksa guna cara manual...tengok buku peta. Memang payahlah sikit....


Posing kat sebelah 'cabin' sebelum bertolak....



Caravan yg diparking kat caravan park tempat kami menginap. Hujung2 tahun macam ni byklah caravan kat jalan...mcm best je gi bercuti naik caravan....Yg bawa pun byknya golongan tua yg dah pencen. Caravan ni macam rumah bergerak...ditarik ke hulu dan ke hilir.



Ni dia tram kat bandar Melbourne...lebih kurang monorail kat Malaysia. Tapi yg ngerinya landasannya kat tengah2 jalanraya, so bila berhenti nak ambil atau turunkan penumpang pun kat tengah2 jalan tulah juga. Kena lebih berhati2lah dgn benda Allah ni...silap2 kita terlanggar penumpang yg nak turun atau naik tram tu.



Kami lalu ikut jalan Sydney Road coz ada tujuan sebenarnya....walaupun jalan ni sibuk tapi terpaksa redah juga coz tujuan itu...Tujuannya ialah nak pergi makan kat satu tempat ni....


Yap! ni dia tempat yg dituju Restoran KFC Halal. Kat Adelaide mana ada. Bagi org yg dah lama tak makan KFC macam saya ni memang teringinlah sangat....


Akhirnya dapat makan KFC setelah 2 thn lebih tak makan huhuhu...bagi Isa pulak, nilah first time merasa KFC. Kat Melbourne ni ada 2 KFC Halal...tapi tak semua yg dijual disitu halal...kenalah tanya dulu sebelum order. Selain KFC halal, byk juga saya perhati kedai2 makan halal lain kat Sydney Road ni....


Duk melayan budak2 tu sementara menunggu yg lain siap makan......


Setelah perut kenyang...perjalanan diteruskan. Tengoklah sibuknya jalan kat Melbourne ni...


Masa ni dah kat tengah2 highway. Kerja saya selain melayan kerenah anak2 adalah ambil gambar hihihi...


Kami berhenti kat pekan ni utk sembahyang dah makan tengahari.


Lagi permandangan diperjalanan...rumput2 dah kering di musim summer ni. Nampak macam padang pasirlah pulak....


bukit bukau...

Hari dah senja...sepanjang perjalanan ke Sydney kereta kami duk paling belakang...setelah duk depan dalam perjalanan sebelum ni. Kami sampai kat Sydney lebih kurang pukul 12 tengahmalam. Tapi oleh kerana tersesat semasa mencari caravan park tempat kitaorg menginap....kami sampai kat cabin dalam pukul 2.30am. Macam dah terawang2 rasanya...Kata my hubby muka sorang2 dah macam zombie hihihi. Jalannya memang complicated...mengelirukan... bandar besarlah katakan.


Bersambung nanti....Jalan2 kat Sydney Opera House dan kawasan sekitarnya!

16 comments:

Tie said...

Wah...best gak jumpa kedai tok uban halal tu... Makan banyak tak?? hi hi..

^aNgRiAni^ said...

waaaa...bestnya
memang seronok kalau melancong sambil memandu
cantek australia ni kan kak...beso lak tu

FarHa said...

waa bestnyer..kalo sy diberi peluang nak gak kenal2 n jalan2 di bumi allah nih....

kakchik said...

2 tahun tak makan KFC... wuuuuu... lamanya suzi bersabar. habis tu apa yang dimakan kat situ? sama tak menu dgn yg kat M'sia ni?

cantiknya pemandangan dlm perjalanan tu, subhanallah...

Sasha said...

wah!! jauh perjalanan luas pemandangan...

(¯`v´¯)♥nrina♥(¯`v´¯) said...

bestnye...nak ikut hehehe...

Shais said...

sewa cabin tentu murahkan...kalau kat m'sia ada macam tu kan best mesti save badget.

Zureen said...

Bestnya kalau ada caravan tu kat m'sia..pergi bercuti boleh bawa sekali,jimat duit hotel..he3

ain said...

wahhh....seronoknye jalan2 kan. nxt year nk ajak hubby gi sana le. hihi..best tak dok caravan..???

Suzi said...

kak tie...
makan byk mana sangat kak tie...sekadar melepas rindu hihihi...

angriani....
seronok dan penat huhhu....

farha....
kalau ada rezeki tak ke mana...dapatlah merasa...akak pun bukan jangka dpt duk kat negara org sekejap ni...

azreen said...

wah bestnye suzi dapat pi Melbourne....mmg cantikkan permandangan dia....

best ek sekali sekala pekena ayam KFC....hilang rindu kan....hehehehe

Suzi said...

kak chik...
makan ayam, kentang goreng,mashed potato n sayur dia je...yak byk pilihan...tak semua kat situ Halal...

sasha...
betul tu sasha....satu lagi blh tambah...kopak poket hihihi...

nrina...
awat tak ckp awal2...dah balik dah hihihi....

shais...
tu yg paling murah...jadinya student mcm kami ni pilih yg tulah...hotel tak yah tanyalah...

zureen...
kena ada org sediakan caravan parklah pulak...

kak ain...
entahlah tak pernah rasa...tapi tengok2 kat tv tu mcm best je...lebih kurang khemah tapi semua lengkap....siap katil, dapur ...mcm rumahlah...my hubby minat dgn caravan ni...kalau duk sini silap2 dia pun nak beli caravan hihihi....

azreen...
tulah hilang rindu...tapi bagus juga takde kat Adelaide ni...nanti habs duit nak makan KFC je...hihihi...

azza_irah said...

ala..bes nya suzi..
memang pengalaman yg menyeronokkan kan..
tambah2 g ngn family.
len kali bgtau abg beli satu GPS tu..dlm hp pun ada kan..
azza k mana2 mmg bw GPS..senang kami tanda terus tempat yg nak g spya lain kali tak tercari2...

METRO HAVEN HOMESTAY, SUNGAI PETANI said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Interesting.

But you mentioned only 2 KFC restaurant is halal but not all is halal. Of course, as you have already mentioned only 2, and surely the rest of it is not! Duh~
Was there something wrong with you vocab or you're just too over excited?

Unknown said...

Interesting.

But you mentioned only 2 KFC restaurant is halal but not all is halal. Of course, as you have already mentioned only 2, and surely the rest of it is not! Duh~
Was there something wrong with you vocab or you're just too over excited?