Wednesday, December 3, 2008

Apple Cake

Hidangan minum petang utk hubby yg baru balik dr khuruj 3 hari di Murray Bridge(Isnin)...sedap...Resepi Yani@my resipi tapi ambil dr dapur Hana...terima kasih buat keduanya sudi berkongsi2 resepi... :)

Bahan-bahan

  • 1 biji epal
  • 100g mentega-suhu bilik
  • 80g gula halus + 2 sudu besar gula
  • 2 biji telur
  • 100ml fresh cream/whipping cream
  • 150g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • hana tmbh pewarna kuning bg naik seri skit! heeee.. ( saya tak letak)

Cara-cara

  1. Bersih dan kupas kulit epal. Potong kecil-kecil lebih kurang 3mm. Gaulkan dengan 2 sudu gula(hana gune gula perang n tmbh cinnamon powder skit). Kemudian masak sehingga epal jadi lembut. Atau boleh juga masuk ke dalam microwave. Panaskan selama 3 minit.(hana lenyek halus sbb tkt anak2 tk mo mkn sbb ade BUAH! ) hihihi...
  2. Pukul mentega sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula, pukul sehingga putih.
  3. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul.
  4. Lepas itu, masukkan fresh cream. Kacau sehingga sebati.
  5. Kemudian masukkan tepung yg telah diayak dengan baking powder. Kacau sehingga sebati.
  6. Akhir sekali masukkan epal+air (air yg keluar dr epal). Kacaukan. Lepas tu masukkanlah ke dalam loyang.
  7. Bakar selama 35 minit dengan suhu 180C ( hana up 10minit lg sbb tgh2 tk masak. n merekah pulak! huhuhuuu... )

5 comments:

Tie said...

Ooo....kek apple memang sedap. Sekarang ni kak tie dok terperam je...hujan....sejuk laa..

azreen said...

wah sedapkan makan kek epal nih...dulu ade sorang kawan tu rajin buat...tp kwn tu dh balik m'sia pulak...

hana said...

mesti en.hb ilang penat dapat jamu epel kek yg sedap! hehehehe

Rafizah Nordin said...

ish mcm syiok sgt kek ni...nak try lah!

Suzi said...

salam semua...memang sedap dan lembut kek ni...memang hilang penat hubby hihihi
fiza...amboi cepat je dia dah buat dah...