Showing posts with label Ramadhan n Raya. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan n Raya. Show all posts

Tuesday, August 2, 2011

Salam Ramadhan

Assalamualaikum.
Alhamdulillah kerana diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk kita bertemu kembali dengan bulan yg penuh barakah...Ramadhan al-Mubarak. Buat kawan-kawan dan pengujung blog ini saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadat puasa, semoga Ramadhan kali ini lebih sempurna. Terima kasih tak terhingga kerana masih sudi singgah ke blog saya yg dah lama tak di update ini. Maaf jika ada salah dan silap.
Ramadhan kali ini agak mencabar untuk sy...pertamanya kerana berpuasa tanpa hubby tersayang yg kini berada di USA atas urusan kerja. Seminggu selepas raya barulah hubby pulang ke tanahair. Huhuhu...hebat juga cabarn ini. puasa dan beraya tanpa insan tersayang. Keduanya, sy sekarang baru dalam peringat awal mengandung...sungguh hebat rasanya berpuasa dalam keadaan badan yg tidak berapa kuat. Namun sy masih berharap agar dapat meneruskan puasa dengan sempurna...amin.
Nombor 5 on the way, insyaAllah. Due 28/2/2012

Monday, September 20, 2010

Nasi Jagung Serai Bermadu

Nasi jagung serai bermadu ni juadah untuk tetamu dari Penang yg datang beraya semalam. Terima kasih sudi singgah rumah akak ye Sara. Resepi dr dapur Cik Mat Gebu...Jangan seram sejuk pulak dgn nasi ni...'bermadu' tu hanya sekadar nama je hehehehe....Terima kasih Cik Mat berkongsi resepi. * kismis kat nasi tu sy tambah2 sendiri....




BAHAN-BAHANNYA :-)

  • 4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 20 minit dan toskan
  • 1 tin jagung berkaling, toskan dan simpan airnya
  • 2 camca besar minyak sapi
  • 1 helai daun pandan, disimpul
  • 1/2 cawan santan (boleh ganti dengan susu cair)
  • 1 cawan air yang ditos dari jagung tadi
  • 4 1/2 cawan air
  • 1 kiub pati ayam "MAGGI" (optional)
  • 1 camca besar madu
  • Garam secukup rasa

BAHAN TUMIS :-)
  • 1 biji bawang besar, didadu
  • 3 ulas bawang putih, diketuk
  • 2 inci halia, dititik
  • 1 helai daun pandan, disimpul
  • 2 batang serai,dititik
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan semua bahan2 tumis dan tumis hingga harum dan layu. Masukkan beras, kacau dan goreng sekejap anggaran 2 minit. Matikan api.
  2. Masukkan beras tadi ke dalam rice cooker, tambah baki daun pandan, jagung. Masukkan santan, jus dari jagung berkaleng dan juga air. Hancurkan kiub ayam (kalau guna) dan masukkan madu, letak garam seckup rasa, kacau hingga semua sebati.
  3. Masak seperti biasa. Biar hingga nasi tanak dan kering. Gaul nasi tadi dengan chopstick tapi perlahan2 jangan ganas2 nanti beras patah2. Hias dengan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama lauk-pauk kegemaran...


Nasi tu di makan padankan dengan salad telur puyuh + sosej dan ayam masak merah.




Tuesday, September 14, 2010

Nasi Portugis

Nasi Portugis, utk kawan En Hubby yg datang beraya ke rumah semalam(raya 4). Hari raya pertama beraya kat rumah di Tronoh setelah 3 hari beraya di Sabak Bernam. Mula-mula tu plan nak masak Nasi Mandhi tapi bila pergi Tesco pada ptg raya ke 3 tu, ayam dah habis, dapat beli daging dan seafood je. Pagi tu pergi Pasar Tronoh...pun tak sempat beli, dah habis. So, terpaksalah ubah menu, masak Nasi Portugis ni. Kali pertama mencuba, Alhamdulillah...memenuhi selera tetamu. Terima kasih Cik Mat Gebu berkongsi resepi. Resepi asalnya dr buku masakkan "Norzailina Nordin"




BAHAN - BAHANNYA :-)

  • 500 g beras basmathi, cuci dan rendam 25 minit, toskan
  • 300 g daging batang pinang*
  • 3 ulas bawang putih, diketuk*
  • 1 inci halia, diketuk*(*rebus hingga daging empuk dan hiris nipis)
  • 500 ml stok rebusan daging
  • 500 ml santan
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • 2 camca besar minyak sapi
  • 3 camca teh jintan manis*
  • 1 camca teh jintan putih*
  • 3 camca teh cili kisar*(*dikisar halus) -sy letak sikit je cili...campur sikit dengan sos tomato sbb anak2 tak tahan pedas.
  • Garam secukup rasa

BAHAN TUMIS :-)
  • 5 biji bawang merah, dihiris
  • 2 ulas bawang putih, dihiris
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga

BAHAN HIASAN :-)
  • Hirisan daun sup/daun bawang
  • Gajus goreng
  • Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan tumis dan masak hingga harum, masukkan daun pandan dan bahan kisar halus, masak hingga rempah garing. Masukkan beras tadi dan goreng hingg rempah rata dengan beras.
  2. Alih beras tadi ke dalam rice cooker, tuang santan dan stok daging, tambah garam secukup rasa dan masak nasi seperti biasa. Bila nasi kering, masukkan daging yang telah dihiris tadi. Terus memasak hingga nasi tanak.
  3. Balik2kan nasi dengan chop stick (cukup 3 - 4 kali gaul). Taburkan bahan hiasan sebelum dihidangkan bersama acar atau lauk2 lain yang anda gemari....


Nasi Portugis n the geng, acar dan salad telur. Tak rugi mencuba resepi ni...sedap!






Thursday, September 9, 2010

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum. Hari ini hari terakhir Ramadhan, moga kita masih diberi peluang lagi untuk bertemu dengan Ramadhan yang akan datang dan mendapat beberkatan darinya.
Sempena hari raya yang bakal diraikan esok,saya dan keluarga mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri. Maaf zahir dan batin buat semau kawan-kawan dan pengujung blog ini. Terima kasih atas kunjungan semua ke blog yang tak seberapa ini. Buat kawan-kawan blog, minta halalkan setiap resepi yang saya copy-paste tu ye...moga kita semua mendapat keberkatan dari apa yang kita kongsikan. Sambutlah hari kemenangan kita ini dengan penuh rasa gembira dan bersyukur, semoga diberkati Allah SWT.




Monday, September 6, 2010

Popia nestum Horlicks

Jejalan rumah kawan2 tertarik dengan resepi ni. Resepi dr Hasue, tq berkongsi resepi. Sedap buat kunyah2 di hari raya nanti...makan sekarang pun sedap gak. Krup krap krup krap...Kat dapur Izah dan Mas pun ada gak resepi ni...Nak buat pun senang je...

Bahan2:
  • 2 bungkus popia
  • 1/2 cawan nestum*
  • 1/2 cawan gula pasir*
  • 1/3 cawan horlicks 2*
  • sudu makan tepung gandum+sedikit air,jadi paste)-untuk melekat popia
  • minyak secukupnya(dlm 3 cawan) untuk menggoreng



Cara:
  1. Pisahkan kulit popia satu persatu
  2. Gulungkan dan 'gam'kan hujungnya dengan paste tepung.3. Setelah semua selesai digulung,gunting dalam 1 inci
  3. Goreng sehingga bertukar warna kekuningan,angkat dan toskan
  4. Kisar bersama bahan2 * menggunakan pengisar bahan kering
  5. Gaul bersama bahan 4 bersama bahan kisar semasa masih suam.
  6. Sejukkan sepenuhnya sebelum disimpan di dalam balang dan boleh dinikmati bila2 masa..


gulung....


potong...


goreng...

Saturday, September 4, 2010

Pengat Keledek dan Nasi Beringin

Pengat Keledek

Dessert semalam. Permintaan my hubby. Sy main agak2 je letak bahan2 tu.
Untuk resepi boleh kilk SINI





Nasi Beringin

Nasi Beringin resepi dr CMG. OK....sedap nasinya. Makan dengan ayam masak merah. Sy buat sikit je.Takdelah sampai sekilo beras. Puasa-puasa ni masing2 pun makan sikit je. Beras pun sy guna beras biasa je...Terima kasih Cik Mat berkongsi resepi...




BAHAN-BAHANNYA :-)

1 kg beras basmathi, rendam 20 minit dan toskan
1500 ml santan (kurang lebih)
4 helai daun pandan, disimpul
2 batang serai, dititik
150 g minyak sapi
1 camca besar garam
1 camca besar serbuk ketumbar*
1 camca teh serbuj jintan manis*
1 camca teh serbuk kunyit*(*bahan rempah)
1 biji bawang besar#
6 ulas bawang putih#
3 cm halia#
50 g badam#(#dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sukat beras tadi...nisbah beras dengan santan = 1 beras : 1 1/2 santan. Ketepikan. Panaskan minyak sapi dalam periuk. Tumis daun pandan dan serai hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan juga rempah. Kacau rata.
  2. Bila terbit minyak, tuang santan yang telah disukat tadi dan masukkan garam. Kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga mendidih. Matikan api.
  3. Masukkan beras yang telah disukat dalam rice cooker, tuang no. 2 dalam rice cooker tadi dan kacau rata bersama beras. Masak seperti biasa. Bila nasi betul2 kering, gemburkan perlahan. Boleh dihidangkan..






Friday, September 3, 2010

Strawberry Milkshake

Menghabiskan strawberry yg beli kat Cameron Highland masa balik TRG hari tu. (Teringat strawberry kat Adelaide yg manis tu...)

Senang je buat milkshake ni...blend strawberry dan susu dan sedikit gula...boleh klik SINI.



Friday, August 27, 2010

Biskut Dahlia

Kuih raya pertama tahun ni...buat pun sbb nak bawa balik kg , takde apa nak bawa. Tapi byk dah kena mkn oleh anak2. My hubby cakap baguslah buat ada org mkn sbb memang buat utk bg org mkn pun...mmmm. Tulah antara sbb sy tak buat kuih raya awal2. Maunya habis dulu sebelum raya . Sebelum ni ada beli 2 jenis kuih raya...satu hari terus habis satu bekas huhuhu.... Resepi biskut dahlia ni dr Cik Mat Gebu...Klik SINI. Terima CMG berkonsi resepi ye...



BAHAN-BAHANNYA :-)

  • 300 g mentega
  • 160 g gula aising (mat guna 140 g)
  • 2 kuning telur
  • 1 camca teh esen vanilla (mat guna esen rose)
  • 240 g tepung gandum*
  • 100 g tepung jagung*
  • 160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
  • Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan - guna ceri hijau...

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
  3. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.
  4. Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Thursday, August 19, 2010

Ayam Bakar Ala Kenny Rogers

Dapat idea masak ni masa ziarah kawan baru wanieyra semalam. pernah nampak respei ni kat rumah Hana. TQ berkongsi resepi.




Bahan-bahan

* 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
* Bahan-2 untuk make up ayam :
* 3 biji bawang besar
* 4 biji bawang putih
* 1 inci halia
* 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam - aku tadak sos nih ganti ngan sos tiram+kicap pekat n lada hitam byk.
* 2 sudu besar madu
* 1 ketul kiub ayam Knorr
* 2 sudu besar gula pasir- hana gune gula perang
* 2 sudu besar herba campuran
* 1 1/2 sudu teh garam halus
* Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
* Sedikit mentega

Cara-cara

1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
3. Perap selama 1 1/2 jam.- hana perap semalaman.
4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
5. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.


kami makan dengan nasi goreng dan french fries...
pinggan ni utk Ismail. Bapak n Iman takde pergi jemputan berbuka kat masjid. Kalau takde jemputan diaorg akan berbuka ringan dulu kat masjid dan sembahyang maghrib berjemaah, lepas tu batu balik sambung makan kat rumah....


Siapa tahu kuih ni??
Ni le kuih badak berendam style mak mertua saya. Anak saya panggil, kuih 'flower in milk' hehehe...Kuih ni wajib mak mertua sy buat bila puasa...anak2 dia suka....
Resepi kat SINI.


Monday, August 16, 2010

Juadah bebuka....

Semalam masak soto ayam bersantan ni...alhamdulillah semua berselera. Boys berdua pun alhamdulillah setakat ni bepuasa penuh. Semakin biasa nampaknya.


untuk resepi boleh klik SINI



ni pulak kuih butir nangka...punyalah besar sy gentel(org malaslah tu...),sebiji mcm ulas nangka hehehe...sy campur dgn chacha dan dalam butir nangke tu letak kurma...yummmm. Untuk resepi boleh klik SINI.





Ni pulak juadah berbuka 3 Ramadhan....

Cempedak dan cempedak goreng. manis sgt cempedak ni...kawan en.hubby yg bg. terima kasih byk2. Tapi anak2 sy tak berapa pandai makan cempedak ...nak terkeluar balik...


menu utama, nasi ayam....




Ramadhan 4 dan 5 kami berbuka di rumah mak mertua sydi Sabak Bernam. Satu nkmat yg tak boleh dapat kat perantauan dulu...berbuka dgn ahli keluarga. N je gambar yg sempat ambik, masakan mak mertua sy.

kerang masak lemak, jenuh sy memberus kerang tu...


ayam masak kicap mak mertua sy...memang sedap!



*lepas berharap agar ada peluang berbuka puasa kat kg di TRG pula...moga2 Allah SWT perkenankan, amin.

Thursday, August 12, 2010

1 dan 2 Ramadhan

Salam Ramadhan semua, hari ni dah 3 Ramadhan. Alhamdulillah tahun ni kami sekeluarga berpuasa di tanahair,setelah 4 kali berpuasa di Adelaide. Apa bezanya? suasana puasa lebih terasa di sini...di Adelaide tiada suasana puasa ,cuma bila berbuka bersama kawan dan di masjid sahaja.

Anak2 pun alhamdulillah, Iman dan Ismail masih betahan berpuasa penuh walaupun keadaan teruk juga pada hari pertama..merengek2. Lepas berbuka terus 'pengsan' sampai sahur. Hari kedua semakin baik.Jika dulu di Adelaide diaorg hanya berpuasa penuh ketika hari minggu je...tak tahan dugaan kawan2 yg tak puasa hehehe...

Jom tengok apa juadah berbuka kami sekeluarga....



1 Ramadhan

kurma ayam, telur masin dan sambal belacan...sayur tak sempat posing heheheh...




2 Ramadhan

onde2 keledek.... boleh tengok resepi onde2 kentang ni...lebih kurang je...



spaghetti...permintaan anak.


Nasi Jepun dan ayam masak merah.

Nasi Jepun tu resepi dr Tirana...nanti sy update letak resepi ye....sedap juga....