Tuesday, September 30, 2008

Green Princess Cookies

Green Princess Cookies...ambil resepi drp dapur UMMI
sedap...

Bahan A

  • 100gm mentega
  • 75gm minyak sapi - saya ganti dgn majerin...takde minyak sapi...
  • 60gm gula kastor
  • 1/2 sudu kecil pewarna hijau epal

Bahan B

  • 50gm serbuk badam
  • 15gm tepung beras
  • 220gm tepung gandum

Bahan hiasan :-

  • coklat masakan putih (*ummi tukar coklat)
  • manik gula warna warni

Cara-Cara:-

1. Pukul mentega,gula kastor, minyak sapi dan pewarna hijau epal sehingga sebati.

2. Kemudian, masukkan tepung beras dan tepung gandum dan gaul sebati. Masukkan serbuk badam. Rehatkan adunan seketika.

3. selepas itu, bolehlah diuli dan canai doh dan terapkan acuan

4. Bakar pada suhu 175C selama 20 minit.

5. Setelah sejuk, paip atau lorek dgn coklat masakan putih dan taburkan manik gula warna warni.

Bila 1 Syawal?

Ikut laporan dari http://moonsighting.com/1429shw.html

OFFICIAL 1st Day of Shawwal in Different Countries

September 29, 2008 (Monday):
1. Nigeria (Northern)

September 30, 2008 (Tuesday):
1. Bahrain
2. Jordan
3. Kuwait
4. Lebanon
5. Libya
6. Philippines
7. Russia
8. Saudia Arabia
9. UK (also on October 1)
10. United Arab Emirates
11. Yemen

October 1, 2008 (Wednesday):
1. Australia
2. Egypt
3. Indonesia
4. Malaysia
5. Norway
6. South Africa
7. Tunisia
8. UK (also on September 30)

Dr. Shabbir Ahmed (MCW member) Imam of Rooty Hill Mosque Sydney Australia reported: Not Seen
The Hilaal of SHAWWAAL (EID UL FITR) has not been sighted anywhere in Australia. Therefore Majlisul Ulamaa of Australia and Moon sighting Committee of Australia have declared that the 1st SHAWWAAL 1429 will be on Wednesday 1st October 2008. EID MUBAARAK to everyone.

Monday, September 29, 2008

Choc.Oat Coconut Crunchy


Sumber : MakLang's Kitchen

Bahan A:
  • 375g butter
  • 1 1/4 cwn gula castor
  • 1 biji kuning telur
  • 1st vanila

Bahan B:
  • 2 1/2 cwn oats
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 1 1/2 cwn tepung naik sendiri
  • 1 1/2 cwn kelapa kering
  • 1/2 st bpowder
  • 1/2 st bsoda
  • 3-5 sudu besar coco powder
  • 2 sb air sejuk

Hiasan : putih telur dan badam - saya tak letak badam.


Cara:
  1. Putar bhn A
  2. Masukkan coco powder dan putar sebati
  3. Masukkan oats, kelapa kering
  4. Masukkan semua jenis tepung
  5. Canai dan terap
  6. Hias dengan badam

Biskut Kelapa Delima

Biskut kedua....takde cookies cutter yg bentuk bunga...buat btk ni je....


Sumber: Dapur Tanpa Sempadan(CMG)

Bahan Utama:-

  • 225 g tepung jagung (cornstarch)*
  • 150 g tepung gandum*
  • 1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
  • 125 g gula aising
  • 75 g kelapa kering, kisar halus
  • 25 g serbuk badam
  • 1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60g sebiji)
  • 1/2 camca teh esen vanilla
  • 155 g mentega

Untuk Hiasan:-
  • Ceri merah, dipotong kecil - tak letak pun...takde
  • Kelapa kering
  • 1 kuning telur, untuk disapu

Cara membuatnya:-
  1. Serbuk badam dan kelapa yang dikisar halus tadi digaul bersama2 tepung yang telah diayak. Ketepikan.
  2. Dalam mixing bowl, masukkan telur, gula aising dan esen vanilla, pukul hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Peringkat ini adunan akan menjadi seakan2 serbuk roti.
  3. Perlahankan speed, dan masukkan mentega sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi hingga adunan bertukar menjadi doh yang lembut dan boleh dicanai. Keluarkan doh dari mixer, bulat2kan dan tutup dengan tuala lembap.
  4. Bahagikan doh tadi kepala 3 bahagian. Ambil satu bahagian dan canai diantara dua helai plastik menggunakan torak (alat penggelek) setebal 1/2 cm, terap ikut acuan kegemaran dan alihkan ke dulang pembakar. Buat hingga siap.
  5. Sapu kuning telur, hias ceri potong dan tabur sedikit kelapa kering. Bakar pada suhu 150C selamat 10 - 12 minit. Angkat dan alihkan biskut atas jaringan. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....

Sunday, September 28, 2008

Milky Milk Chocolate Cookies

Biskut raya pertama...seblm ni memang tak rancang pun nak buat biskut raya...mcm thn2 sudah. Kat M'sia pun beli je. Tapi hari2 duk tengok kuih raya kawan2 semua terliurlah pulak...terpaksalah buat hehehe...

Sumber:My Favourite Recipes
Bahan A
  • 225 gm butter
  • 125 gm gula kastor
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sdt esen vanilla
Bahan B
  • 20 gm tepung kastad
  • 250 gm tepung gandum
  • 75 gm tepung jagung
  • 100 gm quaker oat atau roll oat2 sudu makan serbuk koko

Cara memasak
  1. Putar gula dengan butter hingga sebati.
  2. Ayak bersama kesemua jenis tepung dan serbuk koko, masukkan oat.
  3. Masukkan telur kuning dan vanilla ke dalam adunan butter tadi. Gaul rata dan masukkan tepung tadi dan uli hingga sebati.
  4. Canai adunan mengikut acuan kesukaan dan bakar. Setelah biskut sejuk barulah di salut dengan susu tepung tadi.

Nota:
Quaker oat @ roll oat..dlm tin merah, di bakar dahulu sekejap agak2 perang
100gm susu tepung + 20gm icing sugar, campur & ayak dahulu.

Saturday, September 27, 2008

Kad Raya n Award....

drp shais....

drp eiba...

drp cik wanie....

drp bozzo...



++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Ini pula award drp tirana....



Terima kasih semua di atas ingatan...semoga ukhuwwah berpanjangan....

Menu berbuka 25 dan 26 Ramadhan

25 Ramadhan

lauk...kari daging, sayur sawi...muffin....

roti kerca...

Iman dan lauk kegemarannya...sardin.
Ismail pulak org sibuk berbuka sibuk nak oren....



26 Ramadhan



bihun tomyam...pakai perencah je...

bihun sup utk anak2...

mini cakoi....cicah kaya...


Isa pun sibuk buka posa hehehe.....

Mini Cakoi

MINI CAKOI (Aunidayini)
sumber: mamafami

Ingredients :


3 cups flour
1 1/2 teaspoon salt

Yeast mixture :
5 gm (1 1/4 teaspoons) instant yeast
1 cup water
1 tablespoon sugar
2 cloves garlic ~ cut into pieces

Method :

1. Mix all the ingredients in the yeast mixture and let it stand for 10 minutes before using.
2. Sift flour and salt into a bowl and pour in the yeast mixture (remove the sliced garlic).
3. Knead till a soft dough is formed.
4. Leave to rise for 30 minutes in a covered bowl.
5. Roll the dough till about 1/2 cm thick into a rectangle.
6. Cut the dough into small rectangles and arrange on a floured tray.
7. Leave to rest for 1 hour before frying.
8. Heat oil, pull the small rectangle and fry them in hot oil till golden brown.





Tips from Sal...
Through experience Sal sapu minyak sikit sekeliling dough dan tutup bekas dgn plastik lebih cepat nak prove tambah kalau di tempat-tempat sejuk ni.

Note from Aunidayini...
...the bawang putih is actually for the flavour and to distinguish it from other breads. That is how cakoi are made here. Tak pernah pulak makan makan dgn chili. Biasa nya kita makan with sweet stuffs. But ada jugak people masokkan cakoi ni kat rojak. BTW, the outside of this cakoi is supposed to be keras and kind of chewy... not like doughnut, that's how we eat it here...

Vanilla cupcake

vanilla cupcake...martha stewart's recipe...ambil kat dapur Kak Jun
saya pun ikut kak jun...letak filling strawberry jam.


Bahan-bahan:

  • 1 1/2 cawan tepung serbaguna
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh garam
  • 8 sudu besar (1 buku) butter-suhu bilik
  • 1 cawan gula
  • 3 telur size A
  • 1 1/2 sudu teh esen vanila
  • 3/4 cawan susu
cara-cara:
  1. ayak tepung, baking powder n garam.
  2. pukul butter n gula hingga berkrim.
  3. masukkan telur satu persatu n esen vanila.
  4. masukkan campuran tepung tadi n susu berselang-seli, mula n akhir ngan tepung. masukkan 3/4 penuh dalam cup n bakar dalam 20min.

Roti Kerca

sumber: mamafami
Ingredients :

  • 500 g flour
  • 3 eggs
  • salt
  • enough water
  • a bit of margarine

Method :

1. Place all the ingredients in a food blender and blend to a smooth runny texture (similar to pancakes).
2. On the stove. Grease the griddle or flat pan with a bit of margarine. Non-stick pan, preferably.
3. Spoon some batter on to the pan. Tilt the pan to form a thin pancake. Fry at slow fire until the pancake is lightly brown on both sides. 4. Remove from pan and roll like a swiss roll.
5. Slice to a 1 cm size and serve with curry.

Friday, September 26, 2008

Kad Raya Lagi.....

1.Kad raya drp Siti Khuzaimah....Perth.




2.Daripada kad raya dan hamper drp Tirana.





3. Kad raya drp Azza...




4. Kad raya drp Mamafami...



5. Kad raya Mamasya...dr Brunei...



6. Kad raya drp Ummu Rifaie dr Egypt....



Terima kasih buat semua diatas ingatan...
semoga ikatan ukhuwwah berpanjangan....

Thursday, September 25, 2008

'My First Ramadan'

Semalam Iman balik sungguh ceria. Selalunya dia muka tak bermaya je. Masuk2 je terus tunjuk buku yg dia pinjam hari ni....'my first ramadan'. Ms Sue (cikgu kat library) kasi katanya. Terus suruh saya bacakan...Iman blm berapa pandai baca. Memang cikgu2 kat sini bagus pun...pandai ambil hati anak2 muridnya. Minggu lepas Ms Sue bg Iman pinjam buku star wars(iman minat betul). Ms Anne cikgu kelasnya selalu bg hadiah kalau berjaya buat satu2 benda...kadang dpt sijil...kadang stiker je pun...kadang mainan yg beli kat garage sale...bukan benda mahal tapi budak2 mcm Iman tu seronok betul..

Pada pemerhatian saya cara belajar kat sini tak menekan budak...belajar ikut taraf kemampuan masing2. Kalau seseorg tu minat dlm satu2 bidang cikgu2 kat sini akan bg semangat. Macam Iman...suka sangat melukis...hampir tiap2 mlm sebelum tidur dia akan melukis...taklah cantik pun. Hari tu Ms Anne hadiahkan dia buku untuk melukis...bukan main seronok dia. Jujurnya saya risau juga fikir pasal sekolah Iman kat M'sia nanti...dalam keadaan kekurangan yg dia ada tu...Masih saya ingat, dulu masa kat M'sia hampir setiap hari dia akan menangis nak siapkan homework yg byk. Padahal masa tu dia baru je tadika...

Berbalik pasal buku tu...menarik dengan penerangan yg mudah dan gambar berwarna. Oklah dpt budak2 faham. Masalah juga nak bg saya kat sini nak bagi anak2 faham tentang puasa ni. Lagilah nak melatih diaorg berpuasa. Anak2 saya selalu tanya kenapa dia je puasa org lain tak? Kalau kat M'sia selain kita mak bapak , ustaz n ustazah kat sekolah pun ada cerita pasal puasa ni...kan? Dan biasalah anak2 akan lebih senang terima apa cikgu cakap. Hari tu my hubby bukakan cerita ipin n upin kat youtube pasal puasa n raya. Seronok anak2 saya tengok...sambil2 tu blh belajar sesuatu kan...termasuklah perkataan melayu yg jarang diaorg dengar hehehe....

buku 'my first ramadan'

buku ni cerita pasal puasa...apa?...kenapa?... bila?

Menu berbuka 24 Ramadhan



nasi karot makan dgn ayam bakar n kentang oregano
saya buat nasi karot tu berpandukan resepi kat k.lza tapi saya ambil dr fp mamasya. Saya ubah sikit sebab kat rumah takde beras basmathi dan kiub ayam. Apa yg saya buat saya guna beras biasa dan masak guna air rebusan ayam. Ayam yg dah rebus tu saya bakar.


NASI CARROT( resepi asal)

Sumber Fp K.Liza,

Bahan-bahan:

  • 6 caw beras bathmati....basuh dan toskan
  • 2 caw carrot [potong dadu kecil]
  • 1/2 caw susu cair
  • 8 caw air
  • 1 kiub ayam knorr
  • 1 s/k gula
  • garam
Bahan Tumis
  • 2 s/b rempah kurma
  • 5 ulas bawang merah.]
  • 3 ulas bawang putih ] mayang halus atau tumbuk kasar
  • 2 cm halia ]
  • 3 s/b minyak sapi
  • 2 cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bungka lawang
  • 5 biji bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 tangkai daun ketumbar.....mayang
  • daun pandan........simpulkan

Cara
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker dan masukkan bahan tumis,bawang & halia yg dimayang dan daun pandan.
2. Bila dah wangi masukkan rempah kurma. Biarkan naik minyak.
3. Masukkan air, garam, gula, kiub ayam knorr dan susu cair. Biarkan mendideh.
4. Masukkan beras, carrot dadu dan daun ketumbar.
5. Alihkan periuk kedalam Rice Cooker dan biarkan masak saperti nasi biasa.
6. Hidangkan dengan ayam bakar, sup dan salad sayur.


kentang oregano

kuih lompang.
pertama kali buat dan guna acuan muffin je...


Sumber:rozzan.blogspot.

Bahan:

  • 110 gm tepung beras
  • 80 gm tepung ubi
  • 200 ml air
(Satukan dan gaul rata)

  • 250 gm gula pasir
  • 200 ml air
  • 2 helai daun pandan
(Didihkan atas api sehingga gula larut, sejukkan sebentar)

  • ½ biji kelapa parut
(bubuh secubit garam, gaul & kukus sebentar)


Cara:
1) Satukan tepung beras dan tepung jagung. Masukkan air lalu dikacau rata. Ketepikan.

2) Masak gula bersama air dan daun pandan sehingga gula larut. Biarkan sejuk sebentar. Kemudian masukkan air gula ini kedalam bancuhan tepung tadi, dikacau rata lalu ditapis.

3) Letakkan acuan kuih lompang (Chinese teacups) ke dalam kukusan. Biarkan air dalam kukusan itu mendidih. Setelah itu, tuang adunan kuih ke dalam acuan-acuan tadi sehingga 3/4 penuh. Kukus selama 8 to 10 minit. Bila dah masak, keluarkan.

4) Masukkan acuan kuih yg baru dan ulang proses mengukus sehingga adunan selesai. Biarkan kuih betul-betul sejuk sebelum di keluarkan dari acuan. Hidangkan bersama kelapa parut.

Wednesday, September 24, 2008

Lagi kad raya drp kawan2....

Ini kad baru je dpt tadi...jauh dari Dubai...terima kasih moi....


Kad ini dtgnya dr UK...drp sahabat yg baru dikenali...Aniza.
Yg jelesnya dia dah nak balik akhir thn ni....Terima kasih....ada duit raya juga tu....



Kad upin&ipin ni pulak drp maklang....antara tempat saya mencari2 resepi...terima kasih maklang.

Menu berbuka 23 Ramadhan

'nasi pulut gaul nyor' makan dgn ikan goreng.
kalau ada ikan kering lagi sedapppp....


Kuih bakar...resepi kat SINI


kue tiaw kicap...resepi asal mee kicap...
Teringat mee kicap kat Ipoh. Saya ganti fish ball n fish cake dgn ayam coz kata hubby dia mcm tak lalu nak mkn fish ball n fish cake kat sini....

Bahan-bahan ( 2 org )

  • 250 gm mee kuning - ganti kue tiaw
  • lbh kurang 40-50 gm taugeh
*KUAH*
  • 2 biji bawang putih diracik halus
  • 1 sb minyak masak
  • 1cm halia ditumbuk
  • 3 sb kicap manis
  • 3 sb sos tiram
  • 1 sk kicap pekat
  • 1 sk pati ikan bilis (saya guna brand tumix)- ganti sos ikan
  • sedikit lada sulah
  • 1 cwn air
  • garam n sedikit gula kalau perlu......
*SUP*
  • 1 biji bawang merah
  • 1 ulas bwg putih
  • 3 cwn air
  • 1 sk pati ikan bilis- ganti sos ikan
  • fish cake n fish ball
  • sedikit lada sulah n garam

Cara-cara

  1. Panaskan minyak... tumis bawang putih hingga kekuningan n garing... Kuarkan bawang putih. (Jgn buang akan tabur kat mee nanti.....). Kita akan dpt minyak bawang putih....
  2. Dgn minyak tadi tumis halia hingga naik bau masukkkan kicap manis, sos tiram, air n kicap pekat. Biar mendidih...
  3. Masukkan lada sulah, pati ikan bilis n garam n gula kalau sos tiram tak masin. Biar hingga kuah pekat.... Siap, matikan api.
*UTK SUP*
  1. Tumis bawang merah n bawang putih hingga naik bau masukkan air... biar mendidih, letak pati ikan bilis lada sulah, fishball, fish cake n sikit garam... biar mendidih n siap...
  2. Celur mee n taugeh... tapis...letak kat pinggan n tuang kuah kicap..... tabur ngan daun bawang, bawang putih goreng... Siap tuk dihidang......
  3. Hidang bersama sup n lada kicap..... Biasanya saya suka mkn ngan ayam hainan


Menu berbuka 22 Ramadhan

sup kambing, cendawan goreng kunyit, sambal kicap....makan dgn nasi putih

bubur jagung bersagu...

Sumber: rossitamz@myresipi.com

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 2 tongkol jagung manis mentah - dihiris nipis
  • 4 sudu besar sagu - yang halus @ kasar
  • Secubit garam
  • 100ml santan pekat (santan kotak @ tin @ fresh santan)
  • 1.5 liter air - dicampur dengan santan pekat
  • 3 sudu besar gula merah - tambah lagi jika nak warnanya lepbih perang
  • 5 sudu besar gula pasir - tambah lagi jika nak lebih manis
  • *** Kuantiti gula merah dan gula pasir hendaklah disesuaikan mengikut kemanisan yang diperlukan
  • *** Kuantiti air boleh dikurangkan atau ditambah bergantung kepada banyak kuah yang diperlukan

Cara-cara

  1. Basuh sagu dan toskan. Jangan direndam. Basuh sekali lalu saja.
  2. Masukkan jagung yang telah dihiris, santan pekat yang telah dicampur dengan air, dan juga garam ke dalam periuk.
  3. Masak di atas api sederhana sambil dikacau hingga mendidih.
  4. Masukkan pula sagu, gula merah dan gula pasir. Kacau hingga sagu bertukar menjadi jernih.
  5. Siap untuk dihidangkan. Sesuai untuk minuman petang.
  6. Sesiapa yang tak suka sagu, tak bubuh pun tak apa.



roti sosej...

Bahan-bahan ( 12 biji )

  • 190 ml air
  • 400 gm tepung roti
  • 5 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1 biji telur ayam
  • 2 sudu kecil yis
  • 60 gm butter
  • **bahan2 lain**
  • 12 batang sosej
  • sos cili
  • cheese

Cara-cara

  1. masukkan bahan2 utk roti ke dalam breadmaker. tekan button on dan tunggu sehingga siap.
  2. bahagikan doh kepada 12 bahagian. bulat2 kan doh tersebut dan biarkan selama 20 minit.
  3. ambil sebiji doh. canaikan
  4. ambil sebatang sosej dan gulung
  5. hiris sosej yg digulung. jgn sampai putus..
  6. tolak kiri dan kanan selang seli.
  7. ulang langkah 3 hingga 6 hingga habis
  8. biarkan doh selama 40 minit.
  9. setelah itu, sapu sos cili dan tabur kan cheese. bakar pada suhu 180 darjah selama 12 minit.
  10. roti siap dibakar..
# saya tak sapu sos coz kat rumah ada yg suka sos tomato...ada suka sos cili...ada tak suka sos. letak sos bila dah masak/nak makan.

Tuesday, September 23, 2008

Kad raya dan penghargaan utk semua

Khas buat teman2 blogger , sahabat handai dan semua yang sudi singgah ke blog saya yang tak seberapa ini, saya tujukan khas kad raya dan penghargaan kat bawah ni untuk kalian semua. Semoga ikatan ukuwwah yg terjalin akan terus berkekalan. Ambil tau!...jgn segan jgn malu...






Selamat menyambut hari lebaran buat semua. Maaf zahir dan batin jika ada salah dan silap drp saya dan famili...(bentara, iman, ismail, isa, sumaiyyah). Ingat2lah kami kat perantauan ni....Sambutan raya biarlah ikut tuntutan agama, moga dalam seronok kita mendapat pahala....






p/s: penghargaan itu saya dpt drp tirana dan akak...terima kasih buat mereka berdua.