Showing posts with label Alatan Dapur. Show all posts
Showing posts with label Alatan Dapur. Show all posts

Friday, September 11, 2009

Menu 20 Ramadhan dan Persiapan nak balik

Burger Ayam

Mula2 plan nak buat burger ni utk berbuka, disamping makan nasi tapi hubby ckp tak payahlah takut tak termakan pulak sbb dia ada beli donat. Jadinya burger pagi ni baru buat burger ayam tu utk lunch box anak2. Roti tu dah buat semalam. Resepi dr toke roti kat Jepun yg sedang berada di tanahair sbb bali raya, Ros...syoknya dia.... Tq, ros. Untuk daging tu sy cuma gaulkan ayam mince, serbuk roti, bawang putih, garam dan telur serta lada hitam.



Bahan-bahannya

250 gram tepung high protein/ tepung roti
50 gram tepung gandum
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 besar tepung susu
1 ½ sudu teh yis
1 biji telur (kecil) - ('tinggal kan sedikit untuk buat gliss pada roti nnt)
2 sudu besar marjerin atau mentega
100 ml susu segar
60 ml air suam

Untuk Gliss
baki telur tadi+1 sudu kecil susu segar+beberapa titik madu ( kilat nnt roti tu)


Cara-caranya
1) Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan uli sehingga menjadi doh.

2) Masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh menjadi licin dan lembut. Perap doh selama 1 jam.

3) Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka. Biarkan ia seketika selama 10 minit. Kemudian bentukkan roti mengikut kehendak masing-masing. ros bahagi doh tadi pada 3 bahagian , kemudian ros buat bentuk bulat dan lonjong kecil, pastu letak sosej dan bentuk kan bentuk bunga. letak mix vege, dan paipkan mayonis dan sos cili maggi.

4) Atur roti yang telah disediakan kedalam loyang empat persegi yang telah dilenser dengan mentega dan disalut dengan sedikit tepung. Perap sehingga roti naik dua kali ganda.

5) Panaskan ketuhar pada suhu 180 degree C. Sapukan roti dengan bancuhan telur dan ros tabur bijan di atas doh roti sosej mini dan roti burger , akhir sekali bakar selama 15 ke 18 minit atau sehingga kekuningan. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega cair. Selamt Mencuba kawan-kawan.

- tips supaya bijan melekat pada roti, mula-mula gliss roti dengan telur dan tabur bijan, masa baki bakaran ade lebih kurang 10 minit, buka pintu oven dan spray roti tadi dengan air, InsyaAllah bijan tu akan lekat elok je atas roti nanti.




Jadinya, semalam menu berbuka adalah nasi putih dgn lauk kurma ayam je...


ditambah donat yg hubby beli...kebetulan tengah murah sangat2....


Persiapan nak balik-Corelle

Ni pulak bukanlah menu semalam hihihi..tapi ni antara barang yg disenarai untuk bawa balik ke tanahair tercinta. Tengah ada sale kat sini. Kesian my hubby sampai2 je rumah saya terus suruh pergi beli sbb masa ambil anak kat sekolah kawan cakap baik pergi cepat sebab kawan dia dah pergi beli 9 kotak...huhuhu kenalah cepat kan, nanti habis... Terima kasihlah abg ye...ni yg buat sayang lebih ni hihihi... Corak tu pilihan my hubbylah sbb saya tak ikut...nak siapkan menu berbuka.
Harga dia untuk satu set $75. Bagi yg bulat biasa dalam $43. Ada beberapa barang dalam list yg perlu dibeli....tunggu sale hihihi....





Thursday, June 25, 2009

Hati ini berbunga riang....

Hari ni cukup 3 tahun kami sekeluarga berada di bumi Adelaide ni. Bagi saya dan anak2, ia juga bermakna dah 3 thn kami tak jumpa keluarga. tahun lepas hanya hubby saya je yg balik...Rindu dendam kesumat ini hanya Allah saja yg tahu...kadang2 nak menangis pun ada. Bukan tak nak balik...cuma kosnya agak tinggi bagi kami yg big family ni. Takpe...dah nak balik dah...kan??(sedapkan hati sendiri....)
Anyway...hari ni juga saya gumbira...terima kasih tak terhingga buat hubby tersayang sbb penuhi hasrat saya nak miliki stand mixer. Ni buat makin sayang ni....


Hari ni my hubby tak ke uni sbb nak hantar baiki kereta yg byk problem tu tapi balik je dr bengkel....

my hubby: esok kereta masuk bengkel...dalam 5-6 ratus dollar juga...
saya: byk tu bang....
my hubby: takpelah...apa2 pun nak kena baiki juga...
*
*
*
my hubby: jom kita pergi beli mixer
saya:( terkejut...sbb tiba2 je) Abg ni biar betul...kan nak guna byk duit ...biar dululah.
my hubby: dah memang nak beli..kan? alang2 berbelanja ....

hahahah...apa2 jelah....dan inilah mixernya,


kat sini tengah mid year clearence...sale sana sini... Alhamdulillah, kedai ni yg paling murah kami jumpa..Gud Guys.

harap2 lepas ni saya makin rajin masak untuk suami dan anak2 tersayang....hihihi

Tuesday, June 23, 2009

3 hari punya cerita.....

Hari Sabtu hari kami ajak 3 fammili datang sarapan kat rumah...tapi 2 famili je yg dpt dtg. Alhamdulillah seronoknya dapat jumpa n tukar2 cerita. Kami dulu sama2 bermusafir jln2 hujung thn hari tu...Sembang punya sembang sarapan tu pun merangkap lunch kitaorg....

Juadahnya,

bihun& kue tiaw sup ikan bilis n fish ball

kuih bingka telur dan kek karot. Ada satu lg satu, kek swiss roll...Ayu yg bawa takde ambil gambar lak.


Hari Ahad, mcm biasa...Sunday market n shopping brg dapur. Hari ni my hubby memenuhi impian dia nak beli sistem audio dia kat sunday market....cerita dia kat SINI. Tapi yg bestnya hari tu juga my hubby belikan blender baru kat Harley Norman(tengah sale) utk saya. Ganti blender yg rosak itu.

Inilah rupanya...food processor. Gambar ni ambil kat internet je... Terima kasih abg! Luv u!
Ada satu lg brg yg saya nak...stand mixer! Tengah belek2...tinjau2....mana satu nak beli ni....sape2 boleh bagi cadangan...??


Semalam lak my hubby tak ke uni...tengah2 duk dapur tu, my hubby tanya saya ada nak ke mana2 atau nak beli apa2 tak?...apa lg, saya tak menolak rezeki. Lepas hantar Sumaiyyah ke kindy kami pun pergilah shopping mall..jln2 cuci mata. Syoknya bila mcm ni, tak payah melayan kerenah anak2 yg mcm ragam...hanya Isa je ...Semalam saya dapat beli acaun madeleines. Dah lama teringin nak beli sejal tengok kawan2 buat kuih madeleine tu. Lepas ni blhlah try buat kuih tu...



Itulah aje ceritanya...hihihi...Maaflah takde resepi baru nak dikongsi. Kat rumah ni dua tiga org kena ulser kat lidah, termasuklah saya... so, masing2 kurang selera mkn...tak tahu nak masak apa ni...Kesian tengok anak2 yg nak makan tapi takleh nak mkn....

Friday, June 5, 2009

Donat Kentang

Lembut donat ni...sedap. Projek semalam ni. Resepi Fatmah Bahalwan dr Natural Cooking Club.
Tapi saya copy paste dr dapur Nor-Dubai. terima kasih.


Donat Kentang

:: Penulis : Fatmah Bahalwan

Bahan:
500 gr tepung terigu protein tinggi (tepung gandum)
50 gr susu bubuk (serbuk)
11 gr ragi instant
200 gr kentang, kukus, haluskan dan dinginkan
100 gr gula psir
75 gr mentega
½ sdt garam
4 btr kuning telur
100 ml air dingin

Cara membuatnya:

Dalam wadah, campur tepung terigu, gula, susu bubuk, ragi instant, aduk rata, masukkan kentang halus ,tuang telur dan air dingin, uleni hingga rata dan setengah kalis.

Beri mentega dan garam, uleni terus hingga kalis elastis. Istirahatkan 15 menit.
Bagi adonan, masing-masing 50 gr, bulatkan. Diamkan 20 menit, hingga mengembang.

Lubangi tengahnya, menjadi bentuk donat, segera goreng sampai kuning kecoklatan.
Angkat, tiriskan. Taburi gula donat, atau hias dengan coklat.

Buat donat cara ni lebih cepat dan tak membazir...ada 2 bentuk donat satu bentuk biasa dan satu bentuk bulat.

TIPS

Sukses Membuat Donat Kentang
:: Penulis : Fatmah Bahalwan

  • Membuat donat sesungguhnya sangat mengasyikkan! Asalkan kita memberi perhatian khusus pada beberapa hal, Insya Allah, donat akan bundar cantik, dan lezaaat....
  • Siapkan semua bahan terlebih dahulu tanpa ada yg boleh ketinggalan satupun, meski garam sekalipun.
  • Ingat aturan bikin roti, ragi gak boleh ketemu garam dan atau mentega ya. Nanti raginya mati, gak mau mengembangkan adonan. Garam dan mentega masuknya setelah adonan setengah kalis.
  • Haluskan kentang sampai benar-benar halus, kalau perlu pake blender, supaya adonan bisa licin dan gak gradakan :)
  • Setelah Halus Dinginkan kentang sebelum dibuat Donat. Terus kalau tidak dalam keadaan dingiiiinnn...waaa.., raginya langsung mati jeh.
  • Buat adonan hingga kalis elastis, ikuti step by step pada resep, hingga ketika dibulatkan permukaannya halus licin. Bulatan yang halus dan licin akan membentuk donat yang bulat cantik ketika digoreng/merekah.
  • Istirahatkan adonan lk. 20 s/d 30 menit (tergantung cuaca), tutup dengan plastik spy permukaannya tidak kering.
  • Lubangi bagian tengahnya, goreng dengan panas sedang (supaya donat matang sempurna sampai kebagian dalam).
  • Menggunakan sumpit, buat gerakan memutar pada lubang donat ketika donat mulai digoreng dan merekah, agar bentuknya membundar cantik. Gerakan memutar (sentrifugal) akan membantu terbentuknya donat yang bundar.
  • Bila salah satu sisi sudah kuning kecoklatan, segera balik, teruskan menggoreng sampai kedua sisi coklat. Angkat. Tiriskan.(fb)

Ni pulak penimbang baru saya...terima kasih to my hubby belikan ni..luv u!. Dah tu, wife dia asyik mengadu je susah nak timbang kuantiti bahan yg terlampau sikit sbb penimbang yg lama tu(yg pakai jarum) minimum berat 25 g. Bila kurang dr itu saya main agak2 jelah.

Lawak my hubby bila makan donat tu..."wah! donat makin lembut sbb ada penimbang barulah ni..." hahahaha....yg sebenarnya donat resepi ni memang lembut.

p/s: yg menjadikan makan itu sedap adalah Allah SWT...bhn2 dan cara buat tu cuma asbab je...ye tak?


Monday, March 2, 2009

Dari vacum jadi periuk???...

Hari tu vacum kami rosak...masih dalam waranti so hubby hantar kat kedai tempat beli hari tu, Target. Biasanya akan ditukar dgn yg baru tapi oleh sbb dah takde stok dia bagi vaucer yg sama nilai...nak beli vacum baru tak cukup(takde yg sale)... hari tu kami beli vacum tu masa sale ...kurang dr 1/2 harga asal. Yg sale kat situ masa tu baju2...takkan nak habiskan dekat $100 utk beli baju...rugilah. Kami pun ambil keputusan beli vacum kat kedai lain yg kebetulan tengah sale dan vaucer tu simpan dulu.
Minggu lepas Target sale barang2 dapur...so kami pun belilah ricecooker dan slowcooker ni...

Ricecooker kami dah lama rosak sebenarnya (bawa dr Malaysia dan 10 thn umurnya...) nak beli tapi my hubby asyik tak berkenan je... tak naklah yg biasa2 katanya...naklah yg cantik sikit...(tapi harga nak murah...). Dan inilah periuk citarasa my hubby...saya pun suka gak yg mcm ni.... :)

Sunday, August 17, 2008

Single Clove Garlic



Tak tahulah org lain...bg saya nilah first time tengok/beli garlic jenis ni...Terpaksa hari tu coz garlic biasa takde kat supermarket tu...my hubby dah malas nak gi kedai lain lg pun dah lambat masa tu. Mahal lak tu...AUSD 4 utk 10 biji (sepeket)...kecil2 je...Garlic biasa dlm AUSD 1.30 je sepeket.....



Saturday, July 19, 2008

Kitchen Timer


Dapat free beli majalah hari tu....

Monday, July 14, 2008

Lesung Batu


Huhu...my lesung batu baru. My hubby belikan, tq very much. Apa jadi pada lesung lama? Hahaha..dah patah 2 anak lesungnya. Ganas betul...Patah masa guna utk ketuk pisau nak potong ikan. Ikannya besar....Lagi pun anak lesung tu tak elok...murah punya..dah retak pun masa tu...