Showing posts with label Puding. Show all posts
Showing posts with label Puding. Show all posts

Monday, November 23, 2009

Puding Kastad Berlapis, Kek Gula Hangus

Puding Kastad Berlapis


Resepi dr favourite-recipes.blogspot.com, terima kasih Tirana berkongsi resepi....sy minta izin copy-paste . Sedap!!! Saya guna 2 warna je...


Bahan-bahan
  • 25gm agar-agar
  • 4 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 100gm mentega
  • 4 biji telur - ambil merahnya sahaja
  • 1 tin (400gm) susu cair
  • 3 sudu besar tepung kastad - dibancuh dengan sedikit air
  • pewarna merah, hijau dan koko

Cara memasak
  1. Basuh agar-agar dan masak dengan 4 cawan air hingga hancur.
  2. Bila agar-agar telah hancur, masukkan gula.
  3. Pukul mentega hingga kembang. Masukkan telur dan pukul hingga sebati.
  4. Masukkan susu cair dan campuran tepung kastad. Kacau hingga sebati.
  5. Masukkan campuran ini ke dalam agar-agar yang telah mendidih. Kacau rata.
  6. Bahagikan adunan agar-agar kepada 4 bahagian - 3 bahagian dibubuh warna yang berlainan iaitu merah, hijau dan koko sementara 1 bahagian lagi dibiar dengan warna asal.
  7. Sediakan loyang, masukkan separuh adunan yang berwarna asal. Tunggu sehingga lapisan itu beku, baru masukkan bahagian yang berwarna hijau. Ulang proses dengan bahagian yang berwarna merah dan koko. Lapisan atas sekali, letakkan bahagian warna asal yang berlebihan tadi.
  8. Sejukkan di dalam peti sejuk kemudian bolehlah keluarkan dari acuan.





Kek Gula Hangus


resepi ceduk dr dapur
UMMI..resepi asal dr nita. Terima kasih berkngsi resepi....pun sedap!!!

Bahan:-

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 2 camca teh soda bikarbonat
  • 4 biji telor
  • 2 camca besar mentega

Cara Membuat:-

  1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Masukkan air panas dan kacau hingga cair. (hati-hati semasa memasukkan air, kena gula akan meletup2). Kemudian masukkan mentega, kacau dan sejukkan.
  2. Pukul 4 biji telor sehingga kembang dan pekat. Masukkan susu pekat manis dan kacau sebati.
  3. Kemudian ayak tepung dan soda bikarbonat. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telor tadi. Akhir sekali masukkan gula hangus tadi. Kacau rata. Tuang adunan dalam loyang 7"x7" dan perap adunan selama 3 - 4 jam. Panaskan ketuhar dengan suhu sederhana 160 - 180 C dan bakar selama 45 minit ke 1 jam. (*ummi bakar pada suhu 160 C selama 50 minit shj






Thursday, November 12, 2009

Puding....puding...

Salam semua....dah hampir seminggu Adelaide alami kepanasan...semalam sampai 39C...huhuhu...panassssnya rasa tak lalu nak keluar rumah...dan Sumaiyyah pun dah beberapa hari tak pergi kindy sbb ibu dia tak sanggup meredah kepanasan tengahari nak hantar dia..keisan dia tapi lg kesian tengok dia menangis tahan panas kat luar tu...Iman dan Ismail ke sekolah seperti biasa sebab my hubby blh hantar pepagi tu...lg pun masa tu cuaca masih ok. Balik pulak ada kawan yg tolong ambil...alhamdulillah, terima kasih ye Liza. Panas ni dijangka berpanjangan sampai awal minggu depan...ni belum summer lg ni...masyaAllah panas dunia mcm ni dah terasa perit mcm mana kat akhirat nanti....

Bila dah panas tu sedpalah makan jelly, atau puding..aikrim ke...kan??



Puding buah peach ni buat hari selasa hari tu...resepi asalnya Puding Susu Buah-buahan dr Kak Jun@Myresipi. Sy letak buah peach je sbb tu yg je yg ada....susu cair pulak sy tukar dgn susu segar dan serbuk agar yg sy ada pun hanya 7 gm(sepeket) terpaksalah buat ubah suai sikit...nasib baik menjadi....Terima kasih Kak Jun berkongsi resepi. Nanti boleh buat lagi...sebab sedap dan anak suka. Kat bawah ni resepi asal dr Kak Jun.

Bahan-bahan ( 1 loyang besar )

  • 1 paket serbuk agar2 (11gm)
  • 2 biji telur
  • 4 cawan air
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 cawan gula
  • 2-3 sudu besar tepung kastad
  • 1 tin fruit cocktail

Cara-cara

  1. masak agar2 dengan air dan gula hingga larut.
  2. pukul telur dan campurkan tepung kastad, kacau rata dan ketepikan.
  3. bila campuran agar2 larut, masukkan susu cair. bila mendidih, masukkan campuran telur dan tepung kastad. masukkan fruit cocktal.
  4. masukkan kedalam loyang atau acuan disukai. sejukkan dan hidangkan.

sampai je kat rumah dlm pukul 3.15 PMterus jamu anak2 dgn puding ni...sbb tahu diaorg tengah kepanasan...sekejap je licin, nasib baik ada simpan utk my hubby sikit....



Ni pulak buat semalam...habiskan agar kering yg ada...resepi main agak2 je...


letak cincau...mcm sirap bandung bercincau...nyaman tekak......

Thursday, October 15, 2009

Crepes

Buat semalam...kali ni resepi dr joayee@myresipi.com...minta izin copy-paste ye...tq!. Makan dengan nuttela dan ada juga makan dgn sos kastad(lebihan dr sos kastad utk baby bread pudding kemarin). Anak2 saya memang suka...nak buat pun senang. Dulu pernah buat guna resepi dr All Receipe, klik SINI. Resepi lebih kurang je...

Bahan-bahan ( 8-10 )

  • 1 cwn tepung gandum
  • 3/4 cwn susu segar
  • 1/2 cwn air
  • 2 biji telur
  • 3 sudubesar minyak masak atau butter cair
  • 1/2 sudu kecil garam
  • filling option 1:
  • Cheddar cheese + can mushroom + can tuna
  • filling option 2:
  • pisang + nutella atau cokelat sos & makan bersama fresh cream
  • filling option 3:
  • lemon + gula

Cara-cara

  1. Crepe prep:- masukkan semua bahan dalam bekas, kacau sebati. tapiskan adunan untuk lebih licin dan lembut. Perap 30-1jam dlm fridge.
  2. panaskan pan crepe atau kuali leper yg besar. sapu sedikit minyak. masak crepe selama 2-3 min. ulangi process hingga semua bancuhan habis. Crepes yg dah masak boleh letak bertindan, insyaAllah tak melekat. tutp dalam cling film , simpan dalam fridge sehinga 3 hari. Atau bole juga simpan dalam freezer.
  3. Serving:- Panas pan, sapu dengan butter. letakkan sehelai crepe, ratakan filling. Lipat 2. Sapu butter lagi. Lipat lagi untuk bentukkan 3 segi. Hidang panas2.
  4. note: kalau suka yg garing, sebaikknya prepare kulitnya sehari awal. dan juga masak lama skit masa taruk filling .





Ni pulak baby bread pudding, menu kemarin...dah pernah letak resepi kat sini...klik SINI.


makan dengan sos kastad..yummy!

Tuesday, September 29, 2009

Puding Buih

Ni pun sama..menu di akhir2 Ramadhan hari tu...Resepi dr dapur Kak Nor...TQ Kak Nor!


Bahan2:

* 1 paket agar2 strip (bertali ~ lebih kurang 35gm) ~ rendam dalam 1/2 jam dan toskan
* 1.75 liter air
* 9 sudu besar gula
* 1 helai daun pandan ~ disimpul
* 6 biji telur gred A ~ simpankan 1 kuning telur utk dimasukkan ke dalam kuah
* 1 tin fruit cocktail ~ optional
* pewarna dan paste ikut citarasa ~ saya gunakan pewarna merah dan paste strawberi, tak nak letak paste pun tak mengapa tp letaklah esen vanila utk tak nak bg bau hanyir telur

* UTK KUAH
* 1 tin susu cair
* 2 tin air (guna tin susu cair)
* 7 sudu besar gula ~ ikut citarasa, kalau suka manis tambah sendiri ya..
* 2 sudu besar tepung kastard
* 1 biji kuning telur yg diambil dari 6 biji telur td
* 2 helai daun pandan ~ disimpulkan
* 1/2 sudu kecil garam

cara2:

1. Masak agar2 bersama air, gula dan daun pandan hingga mendidih. Bila dah mendidih masukkan pewarna dan paste mengikut citarasa masing2. Kacau sebati.
2. Bila agar2 dah suam2 panas, pukul telur hingga betul2 kembang dan gebu. ( 6 putih dan 5 kuning sahaja ya). Bagi yg cuma ada mixer cap ayam mcm saya ni or hand mixer boleh lah asingkan putih dan kuning telur tu. Pukul dulu putih telur hingga menjadi kembang (kalau kita terbalikkan mangkuk tu dia tak tumpah) baru dimasukkan kuning telur satu persatu sambil dipukul lg hingga betul2 kembang dan gebu.
3. Tuangkan adunan agar2 kedalam adunan telur dan kacau/pukul dgn mixer hingga sebati. Masukkan kedalam acuan yg telah diletakkan fruit cocktail. Fruit cocktail ini boleh juga diletakkan begitu saja dalam mangkuk berisi puding ni ketika nak makan.. Biarkan sejuk barulah dimasukkan kedalam peti ais.
4. UTK MEMBUAT KUAH:
5. Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masaklah hingga mendidih. Kuah ini hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Bila dah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk masukkan dalam peti ais.
6. Bila nak menghidang, letakkan puding ke dalam mangkuk dan curahkan kuah. Sedap dimakan masa sejuk.
7.
**Bagi yg mempunyai lebihan telur putih (spt membuat kek lapis yg tidak banyak menggunakan putih telur, boleh aje gunakan 9 putih telur utk satu adunan ni. Resipi asal puding buih tidak menggunakan kuning telur, cuma putih telur. Bg saya puding buih lebih sedap kalau kita gunakan putih dan juga kuning telur, lebih lemak2 gitu. Dengan tu tak lah membazir kuning telur tu..





Tuesday, August 25, 2009

3 Ramadhan - Rich Choc Pudding

Resepi kak Jun tapi cedok dr rumah Hana...takde susu tepung tapi buat juga, nasib baik menjadi. Apa yg sy buat, susu segar + air = jumlah air dalam resepi ni.


Bahan-bahan
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula
  • 1/2 cawan susu tepung
  • 1/2 sudu teh garam
  • 4 1/4 cawan air
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 3 sudu besar butter
  • 1 paket serbuk agar2 (10-11gm)
Cara-cara
  1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
  2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.
  3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
  4. psssttt! ni akak tambah cara yer..untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.




Monday, August 17, 2009

Puding Roti Marble

Resepi dr dapur Hana. Terima kasih Hana berkongsi resepi...akak copy-paste je ye...

Bahan-bahan
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)
Cara-cara
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

Alhamdulillah akhirnya tercapai hasrat nak buat puding ni...dah lama dah duk dalam list. Selalu je lupa nak beli susu pekat...bila dah beli susu pekat roti pulak yg takde. Maklumlah sejak duk sini minum teh pun letak susu segar je.



Wednesday, April 29, 2009

Butter Bread Pudding


Resepi dr kak Inahar tapi ambil dr dapur Yatt...Buat lepas hantar Sumaiyyah ke kindy (12.45pm) tadi...Alhamdulillah sempat masak sebelum pergi ambil anak2 kat sekolah pukul 3pm. Balik school terus diaorg mkn....masih suam2 lagi hihihi...makan dgn sos kastad.
TQ buat kalian berdua berkongsi resepi yg memang sedap ini...



Bahan-bahan:


10 keping roti gardenia
500 ml susu uht@ fresh milk
300 ml whip@fresh cream
5 biji telur
100 gm gula castor
30 gm gula castor (utk ditabur atas puding just before bakar)
50 gm raisins
sedikit potongan nenas tin (boleh gak ganti dgn lychee,epal hijau @ buah2an lain yg disukai)butter (untuk disapu pd setiap keping roti)
esen vanilla

Cara-caranya;

Telur dan gula di pukul hingga gula hancur. then add milk, cream and esen vanilla dan pukul sebati.susun roti yg telah disapu mentega dan dipotong kecil ke dlm loyang pembakar.sambil ditabur kismis dan potongan nenas diantara lapisan roti dan lapisan atas sekali.then tuangkan bancuhan susu tadi. Lastly taburkan gula castor diatas roti tadi sebelum dibakar supaya nanti ia akan caremelised on top of the pudding.(memberi bau yg lebih wangi lagi!)bakar didalam preheated oven @ 180 c secara water bath(letak loyang atas dulang berisi air utk memastikan kelembapan pudding itu) selama 45-50 minit.(ikut oven masing2)


Untuk kali ni saya tak letak raisin pun sbb takde...nenas pun ganti dgn walnut...tu pun letak kat atas je.




##utk eena: ni resepi sos kastad (ikut kat peket tpg kastad tu...) 2 sb kastad, 1sd gula,500ml susu...campurkan semua dan masak api perlahan hingga agak pekat...

Saturday, April 18, 2009

Baby Bread Pudding


Dah ramai buat pudding ni...tu yg teruja nak buat....Yatt, Hana, Halen...Lagi pun anak2 memang suka puding roti. Sarapan pagi atdi ni...Resepi copy-paste dr kak fida@myresipi.com, terima kasih berkongsi resepi yg sedap ini...

Bahan-bahan ( 6 keping )

  • 2 keping roti putih
  • 2 sb tepung jagung
  • 3 sb gula halus
  • 100 ml susu cair
  • 2 biji telur(guna 1 putih telur saja)
  • 1-2 titik esen vanilla
  • sedikit buah2an campuran/kismis/kurma atau lain2 ikut selera
  • sedikit gula icing untuk tabur atas puding - (akak tk tabur pon)
  • mangkuk muffin - disapu majerin

Cara-cara

  1. Roti di siat2 kecil atau potong 1 inc. persegi.
  2. Tepung,gula,susu,telur dan esen dikacau hingga sebati.
  3. Masukkan roti dan buah2an campur(akak bubuh kismis aje) ke dalam mangkuk muffin.
  4. Tuangkan campuran susu sambil ditekan2 roti supaya meresap.Buat hingga habis.
  5. Susun mangkuk2 muffin berisi puding atas dulang pembakar dan bakar hingga masak kecoklatan.
  6. Biarkan puding roti seketika dan keluarkan dari mangkuk muffin(hati2 sbb masih panas).Ketika menghidang,taburkan gula icing diatas puding.
  7. ***Sedap juga klau menggunakan roti berperisa buah2an.

Tuesday, March 3, 2009

Masak2 t/hari tadi...



Dah lunch belum?? Jomlah nak lunch sekali pun...ni lah lunch kami hari ni...ayam masak paprik(main campak2 je apa yg ada..) dan telur goreng dgn tuna(nak habiskan tuna).




Ni pulak puding roti...dari kulit roti je (yg buat sandwich pagi tadi). Resepi puding roti biasa je cuma letak serbuk koko sikit dan blend halus..tabur dgn choc chip dan sprinkle yg warna-warni tu...mesti suka iman dan ismail balik sekolah nanti...diaorg suka puding roti...

Monday, March 2, 2009

Sticky date puding

Buat hari Sabtu hari untuk minum petang...ambil resepi dari belakang plastik brown sugar. Tak sangka anak2 suka makan...sbb diaorg kurang suka kurma....Alhamdulillah habis juga kurma hihihi. Buat separuh adunan je...



Bahan:

  • 200 gm kurma tanpa biji - cincang
  • 1 st soda bikarbonat
  • 33o ml air panas
  • 80 gm butter
  • 1/4 cup brown sugar
  • 2 biji telur
  • 1 st esen vanila
  • 1 3/4 cawan tepung naik sendiri
  • 1/2 serbuk kayu manis
  • 1 st parutan kulit oren

Cara:
  1. Panaskan oven - 180C
  2. Masukkan kurma dan soda bikarbonat ke dalam air panas dan biarkan agak sejuk.
  3. Sememntara tu blh pukul butter dan gula hingga kembang. Lepas tu masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
  4. Kemudian masukkan tepung, sebuk kayu manis dan parutan kulit oren serta kurma tadi , gaul sebati.
  5. Masukkan ke dalam dulang dan bakar hingga masak.
  6. *Saiz dulang- 22 cm square cake pan atau 20 cm springform pan.
  7. Sedap dimakan dgn sos karamel...tapi kami mkn mcm tu je...

Friday, February 27, 2009

Puding Mawi...

Dah lama Ismail minta buatkan puding warna-warni...jumpa resepi puding ni masa jln2 cari resepi kat blog diana....bahan pun ada. Happy je Ismail balik sekolah tengok ada puding ni..."thank you ibu",kata Ismail...
Resepi asal dr Majalah Rasa..dikongsi oleh Mod Smile di FRD...terima kasih semua for sharing...saya copy paste je dr blog diana...terima kasih sekali lagi....

Bahan-bahannya

25gm agar-agar
3 cawan air
3 sudu makan tpg kastad [dibancuh dgn 1/2 cwn air]
2 cawan santan [smile guna susu sejat]
1 cawan gula
1 biji telur
sedikit pewarna biru [smile guna hijau]
sedikit pewarna merah

[dibancuh dgn 4 sudu air panas & ketepikan]
1 cawan serbuk VICO [milo pun boleh]
2 sudu makan serbuk nescafe

Cara-caranya
1. Masak agar-agar sampai hancur dgn gula
2. Masukkan santan, tepung kastad & telur
3. Ambil sedikit bancuhan & bahagi 3, 1 adunan dgn bancuhan VICO & Nescafe, 2 lagi dgn biru & merah.
4. Jadikan yg tak diwarnakan sbg base.Kemudian masukkan yg berwarna sesuka hati sampai habis.



Sedap....sape2 yg minat mawi kena try ni...hihihi...

Thursday, November 13, 2008

Puding Caramel

Menyejukkan tekak dikala cuaca yg panas...yummmm..
Resepi dr http://www.agsfood.net
Saya kurangkan gula...suka manis-manis buah je...hihihi


Bahan-bahan:
  • 5 biji telur
  • 125 gm gula
  • 2 tbsp tepung jagung
  • 500 ml fresh milk
  • 1/4 tsp esen vanila

Caramel :
  • 175 gm sugar
  • 2 tbsp air
  • 1 tbsp jus lemon- tak letak

Cara-cara:

Untuk caramel:

  • Dalam periuk, masukkan gula dan masak hingga menjadi gula hangus. Masukkan air dan kacau sebati. Tuang dalam acuan.

Untuk puding:
  • Kacau telur dan gula perlahan- lahan sehingga gula larut.
  • Masukkan tepung jagung dan fresh milk.
  • Kacau perlahan hingga sebati dan tuang ke dalam acuan yg berisi caramel tadi.
  • Kukus selama 30 minint atau bakar dgn kaedah au bain marie selama 90 minit.

Sunday, September 21, 2008

Menu berbuka 20 Ramadhan

Semalam pulak hubby jemput beberapa org adik2 undergrade(lelaki je) berbuka kat rumah. Saya hanya masak nasi ayam, puding roti, kuih putri mandi dan jagung rebus. adik2 tu pulak bawa pizza, keropok dan aiskrim. Tak byk gambar sempat ambil...lagi pun saya kat dapur je dengan Sumaiyyah....Yg lawaknya dalam malu2 tu dia asyik mengintai je kat ruang tamu...mcm anak dara zaman dulu2 mengintai rombongan meminang. Bila cerita kat my hubby tergelak dia...


nasi ayam....


kuih putri mandi...
teringat kat mak kat Trg...bila puasa selalu masak ni...



pizza...salah seorg drp adik2 tu kerja kat kedai pizza...


puding roti...resepi kak liza
Bahan A
500 ml susu segar/fresh milk
8 keping roti (gardenia/high 5)

Bahan B
4 sudu besar gula halus
2 sudu besar butter
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung

Bahan C
2 sudu besar kismis hitam

Sos Kastad
1 tin susu cair
2 s/b tepungkastad
2 s/b gula
Cara Memasak
1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
2. Kacau dan gaul rata bahan B.
3. Masukkan kismis dan tuangkan kedalam loyang.
4. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak.
5. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
6. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.

NOTA:
Sos Kastad boleh juga di gantikan dgn ais kerim coklat/vanilla dan sebagainya..
ataupun cream coklat.

Saturday, July 5, 2008

Baked Sandwich dan Puding Roti

Baked Sandwich
Senang dan cepat disediakan. Anak2 pun suka sebab rasanya ala2 pizza. Dapat idea dr resepi asal kat fotopages K.Rinn. Tapi intinya pakai ikan mackerel dlm tin je. Nak cepat sebab anak2 dah merungut lapar.





Bahan2 dan cara membuatnya:-
Kulit:-

  • Roti sandwich (15 keping) - dibuang kulit tepi dan digelek sampai nipis dan dimasukkan dalam acuan muffin/tart
Inti:-
  • 2 ketul ikan mackerel yg dalam tin
  • jus lemon
  • lada sulah
  • 1 tin mushroom-dihiris
  • cheese secukupnya

Ikan dihacurkan dan digaul dengan jus lemon dan lada sulah secukup rasa. Masukkan kedlm acuan yg telah diletak roti tadi. Kemudian letakkan mushroom. Anak2 saya suka mushroom ni so, saya lebihkan . Lepas tu tabur cheese dan bakar dalam oven sehingga cheese cair.



Puding Roti



Lebihan kulit roti dari baked sandwich tu dibuat puding. Main agak2 je letak bahan. Kulit roti tu direndam dengan 500ml susu segar sekejap sampai kembang. Kalau perlu tambahlah lagi roti. Pukul 2 sudu besar majerin, 4 sudu gula dan 2 biji telur dalam mangkuk lain. Letak sedikit esen vanila. Masukkan roti yg telah direndam dlm mangkuk tersebut dan gaul sebati. Seterusnya masukkan dalam acuan dan bakar dalam oven hingga masak. Sedap dimakan dengan sos kastad.


Sos Kastad:-
  • 200ml susu segar
  • 3 sudu besar gula
  • 2 sudu besar kastad
  • esen vanila

Campurkan 2 sudu besar susu dengan kastad dalam mangkuk, gaul sebati. Seterusnya masukkan baki susu, gula dan esen vanilla, gaul sebati. Masak dalam mikrowave dalam 3 minit atau ikut kepekatan yg disukai. Setiap seminit kkeluarkan dan kacau.