Saturday, August 29, 2009

Menu 7 Ramadhan.

Semalam Isa masih tak sihat...pagi tu dia ok je tapi bila tengahari tu dah start ragam dia...nak berdakap je. My hubby pun terpaksalah balik awal sikit...jadi alhamdulillah sempat juga masak untuk berbuka.


Nasi goreng ikan bilis, makan denga bbq lamb( itu je yg ada sbb dah hujung minggu hihihi...) dgn sos mushroom. Sos tu beli yg mushroom with butter yg dalam tin je.



Dapat idea masak ni bila pergi jenguk blog sis cheryna...dia letak gambar ni sbb dia teringin nak makan hihihi. Sorry sis, kalau dekat akak dah hulur dah...Buat guna kulit popiah je. Inti pun letak apa yg ada...kentang, karot dan tuna. First time buat ni...hubby suka...seronok tengok dia makan. Kesiannya anak2 tak dapat makan sebab ada rasa pedas sikit...diaorg tu pedas sikit pun tak boleh.
Buat samosa ni masa Isa tidur sebelah tengahari tu. Tinggal goreng je bila dah dekat berbuka.
Nak resepi boleh tengok SINI atau SINI. Nak tengok cara lipat boleh tengok kat yourtube - How to Make a Triangular Samosa...jenuh ulang tayang sebab tak pernah buat lagi hihihi...



Kuih sagu ni pulak sbb nak habis kan sagu yg sikit tu...lagi pun memang dah agak anak2 tak dapat makan samosa tu...tapi terlembiklah sikit...hihihi...




Friday, August 28, 2009

Menu 6 Ramadhan.

Bila anak kecil sakit, rumah pun macam tak terurus. Buat kerja pun kelam kabut je...kan? Tapi hari biasa pun penat juga...
Pagi2 tadi hubby saya cakap, bilalah kita boleh ambil maid ye...kesian agaknya tengok saya. Dia nak tolong pun dia pun sibuk sangat sekarang. Sebenarnya dr dulu kami ni macam nak ambil maid tapi bukan yg duk sekali. Maid yg just datang, buat kerja dan balik. Masih ada ke lagi sekarang ye...itulah ngomel kami berdua pagi tadi...tutup cerita.

Jom tengok apa kami berbuka semalam lak....masak yg biasa2 je...yg tak perlu saya ngadap dapur lama....maksud saya , sambil masak boleh mencelah buat kerja lain. Buat pun masa Isa tidur... Alhamdulillah dia tidur lama...




Nasi Ayam Special


Nasi ayam ni resepi dr junjs11@myresipi.com, Terima kasih K.Jun saya copy-paste ye..
Sedap! Terutama nasinya tu. Sebab letak bawang putih kot...harum...

Bahan-bahan ( 6-8 orang )

  • Untuk rebus
  • -1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)
  • - 2 ulas bawang putih
  • - 2sm halia yg diketuk
  • Untuk perap
  • >1 sudu besar kicap pekat
  • >1 sudu besar sos tiram
  • >1cm halia
  • >2 ulas bawang putih
  • >sedikit kicap cair
  • Untuk nasi
  • - 5cwn beras
  • - 3 sudu besar butter
  • - 1cm halia- ditumbuk
  • - 4 ulas bawang putih -ditumbuk
  • - air rebusan ayam tadi secukupnya
  • - sedikit garam.
  • Bahan sos
  • > 5biji cili merah
  • > 5 ulas bawang putih
  • > 2cm halia
  • > 1 sudu teh cuka, garam, gula
  • > 1/2 cawan air
  • Untuk sup
  • @lebihan air rebusan ayam
  • @1 biji bawang besar kisar
  • @rempah sup
  • @garam
  • @daun sup yg dihiris.

Cara-cara

  1. Ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)..bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2sm halia yg diketuk..dan rebus hingga empuk
  2. Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15-20min. Goreng hingga garing.
  3. Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia dan bawang putih hingga garing. masukkan beras, terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masak seperti biasa.
  4. Untuk sos-blendkan semua bahan diatas. boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)
  5. Untuk sup- air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi.




Akok


Kuih akok ni dah pernah buat dah...klik SINI. Resepi dr zaliana@myresipi.com. Sedap ...takde acuan akok jadi pakai tray muffin je....




Jus

Semalam cuaca agak baik...tak sejuk sangat so bolehlah buat jus2 kat bawah ni. Tapi buat sikit je, sebab anak2 batuk.Biasanya berbuka dengan teh panas je...


Teruja bila tengok Hana buat jus ni. Nak resepi boleh jenguk dapur Hana. Saya buat ni main agak2 je letak bahan...pakai fresh milk jenis biasa je...Sedap! anak2 yg tak berapa gemar kurma pun suka jus ni.



Ni pulak jus epal, sedap juga. Nak resepi bolek klik SINI. Saya guna 2 sudu susu pekat dan susu segar...air dan gula tak letak dan blend terus dengan ais.

Thursday, August 27, 2009

Menu 5 Ramadhan

Bubur Lambuk


Rindunya bubur lambuk mak buat...dulu2 bila puasa je mak selalu duk rumah saya sebab dia tak berniaga kuih...macamlah dia masak utk berbuka...dia tahu anak dia ni bukan reti masak hihihi. Bubur lambuk ni resepi quinnie@myresipi.com, sedap. Untuk sayur tu saya letak karot, daun kesom dan daun basil. kalau kat kg senang je...letak pucuk kayu yg ada sekeliling rumah. Bahan sampingan lain, daging gorang kunyit dan tempe. Terima kasih kepada tuan punya resepi...saya minta izin copy-paste ye...:).


Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • 1 cawan beras (kalau rasa sikit boleh letak 2 cawan)
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 2 sudu besar minyak masak (saya guna minyak masak biasa tapi pakcik tu guna minyak kelapa kalau tak silap)
  • 1 kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 2 bunga cengkih, 2 buah pelaga
  • daging (ikut suka la..kalau suka byk daging isi byk..kalau tak letak sikit just tuk perencah)
  • segenggam udang kering
  • 2 helai daun pandan
  • 1 sudu kecil halba
  • 1 sudu kecil jintan kasar
  • 1 biji bawang besar - hiris
  • 3 biji bawang putih - hiris
  • 2 inci hali - di blend dengan 2 cawan air dan ditapis
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam ( saya guna lada hitam biji dan tumbuk)
  • 2 cawan santan pekat (kalau nak kurang pun boleh)
  • 6 biji bawang merah - buat bawang goreng
  • daun sup dan daun bawang
  • garam secukup rasa
  • air secukupnya

Cara-cara

  1. panaskan minyak sapi dan minyak masak..setelah panas tumis bawang besar dan bawang putih...tumis hingga naik bau..tak yah goreng sampai kuning
  2. lepas bawang dah naik bau...masukkan daun pandan, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, jintan kasar, bunga cengkih dan halba hingga naik bau.
  3. kemudian masukkan daging.. masak hingga daging keluar air...dah keluar air daging..masukkan air halia...biar didih.
  4. lepas tu masukkan air biasa...agak2 le banyaknya tuk masak nasik tu nanti..biar didih
  5. dah didih air..letak serbuk lada hitam yg dibancuh dengan sedikit air.
  6. masuk kan beras..masak hingga beras jadi hancur..kalau tak cukup air boleh tambah lagi..
  7. selepas beras dah hancur..letak kan garam dan udang kering.
  8. kemudian boleh la letak pati santan..ikut suka la..kalau tak nak lemak sgt boleh kurang kan santannya. masak hingga bubur pekat.
  9. bila dah pekat boleh la letak bawang goreng, daun sup dan daun bawang.
  10. nota: saya kalau masak bubur ni suka campur sayur2 sendiri...contoh: cili hijau yg di belah dua, buah tomato yg dibelah 4, carrot dan kacang tanah.



Onde- onde Kentang



Onde-onde labu dah pernah buat , yg biasa pun dah biasa buat...semalam buat onde-onde kenyang pulak...Resepi dr dapur Hana...Hubby tanya apasal mcm ni...kaler dah habis ke?....hihihi, ni warna kentang asli lah bang(padahal lupa letak pewarna kuning)...Tq Hana.

Bahan-Bahan
350 gm tepung pulut
250 gm kentang
secukup air - hana campur garam skit
pewarna kuning
200 gm gula melaka
1 biji kelapa di kukus bersama sedikit garam dan daun pandan
*hana gune kelapa kering jerk+ngan air panas n garam skit.

Cara-Cara
1. Gula melaka di potong kecil-kecil.
2. Kentang direbus dan di lecek.
3. Tepung pulut diayak dalam sebuah mangkuk.
4. Masukkan kentang dan air serta pewarna.
5. Dikacau rata dan jadikan tepung pulut menjadi doh.
6. Ambil sedikit doh dan dijadikan seperti bola kecil.
7. Lubangkan ditengah nya untuk meletakkan sedikit gula melaka.
8. Sediakan air untuk dimasak, letakkan doh onde-onde.
9. Apabila ia timbul angkat dan golekkan diatas kelapa parut yg telah dikukus tadi.





Wednesday, August 26, 2009

Menu 4 Ramadhan

Salam, dah masuk 5 hari kita berpuasa ye..macamana? Ada peningkatan iman dan amal kita?...Harap2 gitulah ye...
Alhamdulillah berbuka semalam sempat masak nasi tomato dan rojak tepung. Air biasalah, teh panas je sebab cuaca kat sini kembali sejuk...dua hari ni asyik hujan dan berangin je. Semalam Sumaiyyah tak ke sekolah sebab ibu dia malas nak meredah hujan nak hantar dia. Iman pun tak ke sekolah sebab batuk, dah 3 hari dah...Tapi petang tu, kena juga redah hujan ambil Ismail. Hubby pula dah makin sibuk dengan tesis dan jurnal...dan hari ni, Isa pun tiba2 demam pagi tadi, harap tak berlarutan.
Nampak gayanya hari masak simple2 je kalau Isa meragam...selamat berbuka dan berterawih semua...:)



Nasi Tomato


Nasi tomato ni resepi choppy@myresipi.com tapi copy paste dr dapur Ijan nun di Finland. Makan dengan daging kandar Kakasma (resepi kat SINI)dan ayam teriyaki (resepi kat SINI). Terima kasih berkongsi resepi.

Bahan-bahan:
  • 2 cawan beras basmati - guna beras jasmin je..
  • 2 biji tomato-potong dadu
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan susu
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 helai daun pandan
  • sedikit garam
  • ## Bahan tumis ##
  • 2 sudu mentega/ minyak sapi
  • 2cm kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 biji buah pelaga
  • 2 ulas bawang putih-hiris
  • 1/4 bawang besar dihiris
  • ## Hiasan ##
  • Bawang goreng
  1. Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Toskan.
  2. Panaskan mentega/ minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan sos tomato, tomato, susu, air, daun pandan dan sedikit garam.
  4. Masaklah nasi macam biasa. Kite pindahkan ke periuk letrik & msk cam besa.
  5. Bila dah siap bolehlah ditabur bawang goreng.





Rojak Tepung.

Rojak tepung ni resepi Hana...tak banyak bahan2nya pun...tapi alhamdulillah kenyang. terima kasih Hana ye...

Bahan-bahan


UTK KUAH
10 tangkai lada kering - bleh tmbh klu suka pedas
40g kacang tanah - goreng n blend
40g biskut tawar - blend halus (bleh tmbh lg klu tk cukup pekat)
*segenggam udang kering
*sebiji bawang besar
*5 biji bwg merah
*3 ulas bwg putih
gula melaka
air secukupnyer - dlm 6-7cwn
garam
gula putih - klu tk cukup manis lagi. kuah rojak sedap manis2 pedas :)

UTK TEPUNG ROJAK
2 cwn tepung gandum
satu sudu makan rata yis
3 sudu gula
garam
air
pewarna kuning - optional
myk utk deep fry

BHN SAMPINGAN - ikut suka la mana2 nk buh!
timun - hiris
tauhu - goreng n hiris
tempe goreng - hiris
sengkuang - hiris
salad lettuce - hiris
kangkung celur (optional)
taugeh celur (jika suka)
telur rebus - belah dua (klu suka goreng la)
kentang - rebus n belah2 ( pong bleh goreng dulu)
ayam goreng - nih klu nk wat rojak ayam
mee kuning (celur)- yg nih plak klu nk wat rojak mee

Cara-cara
  • UTK KUAH - basuh lada kering...kemudian toskan. panaskan minyak.goreng sebentar lada tuh.jgn lama sgt nnti hangit kuah jd tk sedap! dh tuh angkat n toskan minyak.
  • blend yang bertanda * dan lada kering td. rebus bhn2 blend (*klu nk tumis bleh gak!)
  • masukkan skali gula melaka n air secukupnya. didihkan.
  • pastuh masukkan serbuk biskut n kacang tanah. kacau rata... perasakan ngan garam dan klu nk tmbh gula lagi bleh la tambah. klu terpekat sgt bleh tmbh air lagik. dan klu kurang pekat leh tmbh biskut blend.pandai2 la ejas yer!
  • bila dh menepati citarasa kuah rojak, matikan api!
  • UTK TEPUNG - bancuh yis ngan air suam.aktifkan!
  • dlm mangkuk lain...masukkan tepung,garam,gula,pewarna n gaul sebati... masukkan air yis td skit demi sedikit. kacau.agak2 adunan cam wat cekodok.
  • perap adunan selama 1 jam.
  • panaskan minyak. goreng tepung td hingga kekuningan.
  • CARA HIDANGAN - susun semua bhn sampingan n tepung td belah empat.curahkan kuah! siap! :)


Tuesday, August 25, 2009

3 Ramadhan - Donat Tauhu

Dah lama teringin nak buat donat tauhu ni sebab Cik Wan cakap sedap. Hana pun dah buat...resepi asal dr makyong my.resepi. Copy paste dr dapur Hana lagi...Terima kasih...
Cuma air tu kena ..pandai2lah ye.. Cik Wan guna 160ml...sy pun macam Hana tak sampai 160ml...

Bahan-bahan
  • 200g tepung roti
  • 100g tepung biasa
  • 100g taufu (cotton taufu)
  • 6g yis kering
  • 5g garam
  • 20g mentega
  • 40g gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu susu segar suam atau air suam- yg nih pandai2 la ejas
  • minyak untuk menggoreng
Cara-cara
  1. Sediakan semua bahan. Biarkan semua bahan berada dalam suhu bilik. Keluarkan air dari tauhu tapi tak perlu dikeringkan.
  2. Letakkan tepung, yis, garam, gula halus dan mentega ke dalam mangkuk. Gaulkan bagi sebati.
  3. Buat lubang di tengah. Masukkan taufu, telur dan susu atau air. Uli biar jadi doh. Kalau keras boleh tambah susu atau air sedikit demi sedikit atau kalau terlembik, tambahlah tepung roti sikit demi sedikit.
  4. Sapukan sedikit minyak pada mangkuk. letakkan doh tadi. Tutup dengan cling film. Biar doh naik 2 kali ganda
  5. Bahagikan doh kepada 12. Buat bentuk bulat. Biarkan selama 15 minit.
  6. Kemudian buatlah macam bentuk donut. Biar naik 2 kali ganda lagi
  7. Goreng dalam minyak penuh. Bagi dapatkan bentuk donut yang menarik, masa nak goreng tu, tarik-tarikkan lubang biar jadi lebih besar macam bentuk gelang.

3 Ramadhan -Soto Ayam (bersantan)

Lagi resepi dapur mak yung Hana...soto ayam bersantan ni. fisrt time buat. Sedap!! Bertambah2 my hubby makan....Anak2 pun bukan main lagi...Resepi asal dr http://www.myresipi.com/top/detail/1856


Bahan-bahan
  • 6 bungkus lontong ADABI yang telah dimasak- nasi impit saya suat sendiri...resepi dr SINI
  • 2 ekor ayam, dibelah empat
  • 3 - 4 liter air
  • 1 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan serbuk ketumbar*
  • 2 sudu teh serbuk jintan halus*
  • *hana tk ltk sbb gune rempah soto
  • 2 sudu teh serbuk lada putih
  • 3 batang serai, dititik
  • lengkuas sebesar ibu jari, dititik
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 5 tangkai bunga cengkih
  • garam secukup rasa
  • 1 cawan minyak untuk menumis
  • Bahan untuk Dikisar
  • 3 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • Bahan untuk Sambal Kicap
  • 5 batang lada merah
  • 20 biji lada padi merah thai
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan kicap lemak manis
  • Bahan Hiasan
  • bergedil
  • taugeh yang telah dicelur
  • daun sup, dipotong halus
  • bawang goreng
  • sambal kicap
  • ayam, yang telah disiat-siat
  • hana tmbh suhun goreng dan kacang goreng
Cara-cara
  1. Panaskan minyak didalam periuk. Masukkan rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) bersama serai dan lengkusa yang telah dititik. Tumis rempah yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus dan lada putih, gaul hingga sebati. Masukkan santan gaul sebati dan tuangkan air dan masukkan ayam. Masak sehingga kuahnya mendidih dan ayam masak.
  2. Cara membuat Sambal Kicap - Kesemua bahan itu masukkan kedalam alat pengisar dan kisar halus. Sedia untuk digunakan.
  3. Cara menghidang - Potong lontong dadu besar dan letakkan daging ayam yang telah disiat bersama taugeh dan tuang kuahnya. Hiaskan dengan daun sup, bawang goreng, bergedil dan sambal kicap.


3 Ramadhan - Rich Choc Pudding

Resepi kak Jun tapi cedok dr rumah Hana...takde susu tepung tapi buat juga, nasib baik menjadi. Apa yg sy buat, susu segar + air = jumlah air dalam resepi ni.


Bahan-bahan
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula
  • 1/2 cawan susu tepung
  • 1/2 sudu teh garam
  • 4 1/4 cawan air
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 3 sudu besar butter
  • 1 paket serbuk agar2 (10-11gm)
Cara-cara
  1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
  2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.
  3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
  4. psssttt! ni akak tambah cara yer..untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.




Monday, August 24, 2009

Menu 2 Ramadhan dan Birthday Ismail...

Semalam birthday Ismail ke-6. dari awal ogos lagi dia dah duk kira bila b'day dia. Takde buat sambutan pun hanya potong kek je. Biasalah budak2 kalau takde kek, bukan b'day namanya...
Kek pun beli kek sponge yg dah siap balik conteng2, tabur2 je...hihihi. Alhamdulillah semalam berpuasalah dia sehari. hari ni...tak puasalah pulak sbb pergi sekolah...kesian pulak sbb takde suasana puasa kat sekolah takut dia merengek pulak. Nanti cikgu komplen pulak.
Sekarang Ismail masih kat Reception class...bila dah cukup 6 thn ni dia akan naik year 1, mungkin term depan. Sebab kat sini naik kelas biasanya ikut b'day.

Semoga Ismail membesar jadi anak soleh...bapak n ibu sayaaang ismail. Macam tu juga Iman, Sumaiyyah dan Isa....



Menu berbuka semalam pun simple je, sebab tengahari tu keluar ronda beli barang. Lagipun hubby minta nak makan pasta je. Alhamdulillah senang kerja...hihihi. Sahur pun makan ni je juga...

pasta goreng dengan daging unta tu tau hihihi. kentang goreng dan terung bakar.


mushroon sup dan roti...semua yg readymade hihihi...


buah koktail


Hari ni nak masak pap pulak ye? Kawan2 kat Malaysia ramai juga balik berbuka kat kg ambil peluang sempena cuti...seronoknya, kan. Rindu nak makan itu dan ini, bolehlah try buat tapi rindu kat famili dan suasana berbuka tu....bawa2 bersabar jelah....




Saturday, August 22, 2009

Gift dr NekPP dan Green Jade(Tinie) dan kad Ramadhan lagi(updated)...

Selamat berpuasa semua...masak apa agaknya hari ni ye? Kalau kat Malaysia tentu seronok sebbab dah tentu banyak pilihan kat pasar Ramadhan. Hari ni alhamdulillah saya tak payah masak utk berbuka...ada jemputan majlis berbuka sempena alikah anaknya. Tuan rumah siap pesan jgn bawa makanan apap2 pun...bawa perut je...senang banyaklah hihihi.


Bunga dan coklat kat bawah ni hadiah NekPP sempena b'day saya hari tu....terima kasih, sayang dia! Bestlah NekPP berpuasa kat tanahair tercinta ye...jelesnya...



Cantik, kan? Kata Nek PP, dia gubah sendiri bunga ni hihihi...Tapi sayang takleh nak letak kat mejalah NekPP anak2 ku itu sungguh "kreatif"...nanti siap bunga tu kena gubah balik hihihi




Coklat ni pun kena keluarkan sikit2...nanti cepat habis hihihi...



Ni pula gift dari sis tinie(green jade)...tq adikku cayang. nanti raya blh pakai kot hihihi. Raya ni, cik abg balik tak?





Bawah ni pula lagi kad Ramadhan dr kawan2...terima kasih semua. Moga ukhuwwah berkekalan. amin.



dr Kak Ina KL


dr Yus- Qatar...



dr Ijan-blogresipi



dr cinta segar...



Kad Ramadhan dr Nek PP...


dr Kak Nor, Terengganu Kite!


dr Along Roz...


dr Hana, Japan.


Thursday, August 20, 2009

Chicken wing marinated in apple dan birthday

Ayam marinated dgn apple ni resepi dr ros nun di Tokyo. Thanks ros berkongsi resepi...Anak2 akak meratah je...Makan sekali dengan daging masak asam pedas tapi lupalah pulak nak ambil gambar...rugi betul!

Bahan-bahanye
  • 8 ketul kepak ayam
  • 2 biji bawang putih
  • 1/2 biji epal
  • 2 sudu besar madu
  • 1/4 biji bawang besar
  • 2 sudu besar tomato ketchup
  • 1 sudu kecil gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • dan sedikit lada sulah

bahan taburan
  • beberapa daun thymes ( disiat kasar atau potong kasar) - tak letak pun sbb takde

Caranya
1. Blender semua bahan kecuali daun thymes dan perap pada ayam selama lebih kurang 1 jam atau lebih, sebelum dibakar taburkan daun thymes dan bakar pada suhu 180 atau 200 darjah selama 40 minit ataupun sehingga permukaan kepak ayam menjadi perang dan garing. angkat dan hidangkan panas-panas. selamat mencuba.





%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%




Happy B'day to me!!!



Alhamdulillah, hari ni genaplah umur saya 34 tahun...dah makin tua dah hihihi. Takde sambutan special pun...malamnya tu hubby awal lagi wish birthday...blm pukul 12 pun...biasa akan tunggu pukul 12 mlm tapi sbb dia tak sihat...dah tak larat nak tunggu hihihi...dapat kad dan coklat kat bawah ni...


Terima kasih abg, luv u!!.
Bila tanya hadiah...dia ckp dah bagi dah...apa lagi mixer dulu tulah. Mana aci kan??hihihi. Bangun pagi2 je kena serang dgn anak2 coklat tu...ibu dgn bapak dia dpt merasa sikit je....budak2 memang suka coklat....

Moga Allah berkati kehidupan kami sekeluarga. Beri hidayah kepada hambamu ini untuk tingkatkan iman dan amal lagi2 dengan kehadiran Ramadhan yg mulia ni. Amin.



Ini pulak coklat dr Cik Min nun jauh dr tanahair tercinta. terima kasih cik min...i likeeee!! Moga satu hari nanti kita dpt bersua ..mmmmuah!!!