Burger Ayam
Mula2 plan nak buat burger ni utk berbuka, disamping makan nasi tapi hubby ckp tak payahlah takut tak termakan pulak sbb dia ada beli donat. Jadinya burger pagi ni baru buat burger ayam tu utk lunch box anak2. Roti tu dah buat semalam. Resepi dr toke roti kat Jepun yg sedang berada di tanahair sbb bali raya, Ros...syoknya dia.... Tq, ros. Untuk daging tu sy cuma gaulkan ayam mince, serbuk roti, bawang putih, garam dan telur serta lada hitam.Bahan-bahannya
250 gram tepung high protein/ tepung roti
50 gram tepung gandum
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 besar tepung susu
1 ½ sudu teh yis
1 biji telur (kecil) - ('tinggal kan sedikit untuk buat gliss pada roti nnt)
2 sudu besar marjerin atau mentega
100 ml susu segar
60 ml air suam
Untuk Gliss
baki telur tadi+1 sudu kecil susu segar+beberapa titik madu ( kilat nnt roti tu)
Cara-caranya
1) Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan uli sehingga menjadi doh.
2) Masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh menjadi licin dan lembut. Perap doh selama 1 jam.
3) Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka. Biarkan ia seketika selama 10 minit. Kemudian bentukkan roti mengikut kehendak masing-masing. ros bahagi doh tadi pada 3 bahagian , kemudian ros buat bentuk bulat dan lonjong kecil, pastu letak sosej dan bentuk kan bentuk bunga. letak mix vege, dan paipkan mayonis dan sos cili maggi.
4) Atur roti yang telah disediakan kedalam loyang empat persegi yang telah dilenser dengan mentega dan disalut dengan sedikit tepung. Perap sehingga roti naik dua kali ganda.
5) Panaskan ketuhar pada suhu 180 degree C. Sapukan roti dengan bancuhan telur dan ros tabur bijan di atas doh roti sosej mini dan roti burger , akhir sekali bakar selama 15 ke 18 minit atau sehingga kekuningan. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega cair. Selamt Mencuba kawan-kawan.
- tips supaya bijan melekat pada roti, mula-mula gliss roti dengan telur dan tabur bijan, masa baki bakaran ade lebih kurang 10 minit, buka pintu oven dan spray roti tadi dengan air, InsyaAllah bijan tu akan lekat elok je atas roti nanti.
Persiapan nak balik-Corelle
Ni pulak bukanlah menu semalam hihihi..tapi ni antara barang yg disenarai untuk bawa balik ke tanahair tercinta. Tengah ada sale kat sini. Kesian my hubby sampai2 je rumah saya terus suruh pergi beli sbb masa ambil anak kat sekolah kawan cakap baik pergi cepat sebab kawan dia dah pergi beli 9 kotak...huhuhu kenalah cepat kan, nanti habis... Terima kasihlah abg ye...ni yg buat sayang lebih ni hihihi... Corak tu pilihan my hubbylah sbb saya tak ikut...nak siapkan menu berbuka.Harga dia untuk satu set $75. Bagi yg bulat biasa dalam $43. Ada beberapa barang dalam list yg perlu dibeli....tunggu sale hihihi....


