Showing posts with label Pastri/Pie/Tart. Show all posts
Showing posts with label Pastri/Pie/Tart. Show all posts

Monday, March 21, 2011

Turkey Pie dan Mushroom Soup with Puff Pastry

Assalamualaikum. Salam pagi Isnin....hujan semalam membuatkan bumi Tronoh nyaman dan sejuk. Alhamdulillah.
Jom layan dinner kami malam tadi. Turkey Pie dan Mushroom Soup with Puff Pastry. Resepi dr Chef Peter tapi sy dah ubahsuai ikut bahan yg ada kat rumah...tak plan nak buat pun, tiba-tiba je hubby minta buatkan. Hasil dr pi kelas puff pastry hari Jumaat hari tu. Tapi malam tadi saya pakai puff readymade je hehehe. Belum berkesempatan membuat puff pastry sendiri lg. Padahal dah pi belajar. Nak buat puff pastry bahan senang je tapi renyahnya sebab banyak step. Nak kena time yg betul betul tenang( alasan ...hehehe)


Turkey Pie




Inti;

Bahan:

  • Butter------------ 50 gm
  • Bawang besar--- sebiji
  • Kentang----------sebiji
  • kacang peas
  • Turkey ham----- 150 gm
  • Mix Herb
  • pepper
  • Cream----------- 30 gm
  • Air--------------- 80 gm
  • Tepung--------- 20 gm
  • Serbuk pati ayam
  • Garam
*Bawang, kentang dan turkey ham, saya potong dadu
*boleh letak carot , celery, sayuran campur


Cara-cara:
  1. Cairkan butter dan tumis bawang. Masukkan turkey ham dan masak seketika dan masukkan mix herb.
  2. Kemudian masukkan sayur-sayuran. Masak hingga lembut.
  3. Masukkan cream. air serbuk pati ayam, tepung(campur sedikit air) . Masak sehingga pekat.
  4. Angkat dan sejukkan.

Pie
  1. Tekan/alaskan acuan dengan puff pastry.
  2. Masukkan inti secukupnya.
  3. Tutup dengan puff pastry ,bahagian tepi pie ditekan2 guna garfu utk melekatkan bahagian base dengan bahagian atas.
  4. Cucuk2 sedikit dipermukaan pastri agar pie tidak menggelembung ketika membakar.
  5. Sapukan sedikit kuning telur di permukaan atas pie utk mengilatkannya.
  6. Bakar selama lebih kurang 15-20 minit atau sehingga pastri masak di dlm ketuhar yg telah dipanaskan pada suhu 200'c.






Mushroom Soup with Puff Pastry




Bahan mushroom soup:

  • Mushroom--------------- 50gm - lagi bagus kalau pakai yg fresh.
  • Butter -------------------- 50gm
  • Cream *------------------ 100gm
  • Air * ---------------------- 400gm
  • Tepung------------------- 30gm
  • Pepper
  • Garam
  • Mix Herb
  • Serbuk Pati Ayam
*kalau guna susu sebagai ganti cream, sukatan = 400gm susu, 100gm air

Cara:
  1. Hiris mushroom.
  2. Cairkan butter dan masak mushroom dan sedikit mix herb hingga lembut.
  3. Masukkan cream, air dan tepung dan serbuk pati ayam. Kacau sentiasa.
  4. Perasakan dengan garam. Masak sehingga pekat.
  5. Setelah agak sejuk masukkan dalam mangkuk kecil atau foilcup (3/4 penuh je). Tutup dengan puff pastry yg telah dipotong dan di sapu dengan kuning telur. Atau boleh sapu kuning telur di bahagia permukaan mangkuk/foilcup. Nak bagi puff melekat pada acuan.
  6. Kemudian sapu kuning telur diatas permukaan atas puff tadi. Buatkan lubang dan bakar selama 14 minit - 16 minit pada suhu 180 C atau sehingga kekuningan.


yummmm berselera anak-anak makan....
memang kegemaran diaorg mushroom soup ni...


Friday, October 9, 2009

Shepherd's Pie (resepi 2)

Sherpherd's pie kali ni resepi dr Tirana...yg paling byk mkn adalah Iman...Tq Tirana berkongsi resepi...


Bahan-bahannya


  • 400 gm minced meat
  • 1 batang carrot (big size) - diparut kasar
  • 1 labu bawang besar (medium size) - dipotong dadu
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar kicap
  • 1 sudu besar sos worchestershire
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • sedikit minyak

  • 4 biji ubi kentang(medium size) - direbus sampai empuk
  • 2 sudu besar butter
  • 150ml susu
  • sedikit lada sulah
  • 1 biji kuning telur - dipukul sedikit

Cara membuatnya
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang besar.
  2. Bila bawang telah layu, masukkan minced meat. Kacau sebentar hingga daging masak.
  3. Masukkan carrot. Kacau lagi.
  4. Masukkan sos tomato, kicap dan sos worcestershire. Kacau rata.
  5. Rasa garam. Kalau kurang masin, tambah sedikit garam.
  6. Taburkan tepung gandum dan kacau rata-rata. Tutup api dan ketepikan.
  7. Panaskan susu dan mentega dalam satu bekas. Jangan sampai mendidih, cukup setakat mentega cair saja.
  8. Ubi kentang yang telah direbus, buang kulit dan dilenyekkan. Kalau nak mudah guna hand mixer.
  9. Masukkan campuran susu dan mentega ke dalam mashed potato tadi dan guna mixer untuk sebatikan semua bahan.
  10. Masukkan sedikit lada sulah dan sedikit garam. Kalau lagi.
  11. Masukkan campuran daging yang telah dimasak tadi ke dalam bekas kaca yang leper(lebihkurang 6'' x 6'') dan tahan panas (oven proof). Ratakan dan mampatkan sedikit.
  12. Kemudian tuangkan campuran ubi kentang ke atas lapisan daging tadi dan ratakan. Sekarang kita ada dua lapisan iaitu lapisan daging di bahagian bawah dan lapisan kentang di bahagian atas.
  13. Sapukan kuning telur di atas lapisan kentang.
  14. Bakarkan dalam oven dengan kepanasan 170 darjah celcius selama 30 - 40 minutes.
  15. Bila masak, bahagian lapisan atas kelihatan kekuningan.



Monday, May 11, 2009

Fruit Tartlet

saya copy-paste resepi dr FP Mamafami..thanks akak, berkongsi resepi...


Souce : Chef Alex Goh via mamafami

THE SHELL
Ingredients
:

(A)
200g butter
100g icing sugar
1/4 teaspoon vanilla essence

(B)
1 egg

(C)

420g flour
1 tablespoon milk powder

Method :

1. Beat (A) till soft. Add in B and continue beating till well mixed.
2. Add in (C) to form a soft and smooth dough.

3. Take a bit of dough and press it onto the tart casing.
4. Poke the base with a fork. Bake for 12 minutes or till golden brown. Remove from oven and let it cool.

Note : Tart shells must be kept in an airtight container.


CUSTARD FILLING
Source : Rinn
via mamafami

Ingredients
:

2 tablespoons flour
2 tablespoons custard powder or cornflour (I used cornflour)
8 tablespoons sugar
2 cups (500ml) fresh milk
2 eggs
2 tablespoons butter

Method :

1. Mix flour and custard powder/cornflour in a pot and add 2 tablespoons fresh milk. Stir to mix.
2. Add in egg and mix.
3. Add in balance of the milk.

4. Cook on low fire and stir continuously till the mixture is smooth and not lumpy.
5. Once the mixture thickens and shiny, it's ready. Remove from fire and allow to cool. Ready to use.

TO ASSEMBLE :

1. Pipe the custard into the tart shells. I used a piping bag with a star nozzle to do the trick.
2. Arrange the fruits of your choice.




saya takde acuan tart kecil..so, tekan doh kat acuan muffin je....filling pun pipe pakai letak dlm kelonsong baking paper aje..hihihi. Buah2 pun pakai fruit salad yg dlm tin je...
Alhamdulillah anak2 suka sgt.


Wednesday, March 18, 2009

Semalam....

Ni je masak utk dinner semalam...
roti n sosej...masak sosej je...roti beli... Lunch n sarapan, mee goreng...

Sebabnya rasa tak berapa sihat...mcm nak demam.Tapi Alhamdulillah hari ni dah ok.Sebenarnya saya dah 2 hari start berhentikan menyusu Isa...so bengkak dan sakit sikit rasanya, tu yg buat rasa mcm nak demam kot...
Bukan apa, Isa bila mlm kuat sangat menyusu...dia memang tido kat atas dada saya ...kadang2 kebas rasa badan...angkat je mesti terjaga naik balik kat katil kitaorg dan tidur atas dada saya sambil menetek. Lagi pun lagi beberapa hari dia dah 2 thn.
Hubby cadanglah letak something yg tak sedap...saya letak asam jawa...Alhamdulillah menjadi...mlm tadi bila jaga je dia minta susu botol hihihi...tapi nak tidur susahlah sikit nak lena...nak kena gosok2 dulu badan dia....




Ni pula dinner kemarin...Chicken & mushroom spud pies. My hubbylah minta buat. Dia cakap ada org cakap spud sedap...saya suruhlah dia cari resepi kat internet sebab saya memang tak pernah tengok apa lagi makan spud tu. Cari2...rupanya byk versinya...hubby pilih yg ni...Resepinya dr bbcgoodfood. Saya ubah sikit letak cheese kat atas tu. Hubby dan anak2 suka...

Wednesday, January 28, 2009

Apple Puff

Sekarang mood mencuba resepi baru mcm kurang je...mungkin dlm kepala ni duk fikir pasal rumah...buka pc pun mesti nak cari rumah dulu...harap2 cepatlah dapat rumah. Cuaca hari ni mcm semalam panas sangat2...


Apple puff tu pakai resepi inti dr ARE, resepi inti apple pie dia..thanks ARE.

Bahan-bahan:

Frozen puff pastry
kuning telur -sapuan

Bahan Inti (ambill resepi dr ARE..inti apple pie dia)

4 biji epal hijau [potong dadu] - saya parut kasar
100 gm gula perang
1/sk serbuk kayu manis
2 s/b tepung gandum ]
3 s/b air ] bancuh

Cara masak inti:
1. Masukkan epal dan gula perang dalam periuk dan masakkan sehingga layu.
2. Masukkan serbuk kayu manis dan kacau rata.
3. Masukkan bancuhan tepung gandum dan kcau rata.
4. Sejukkan.

Cara:

Puff pastry tu saya potong 4. Ambil satu bahagian, letak inti dan lipat atau gulung. Tekan rapat bghian tepi kiri dan kanan pastry. Sapu permukaan dengan kuning telur dan bakar dlm oven pada suhu 180C sehingga kekuningan.

Thursday, August 28, 2008

Puff berinti daging dan kentang


Terliur tengok meat potato puff kak ummi, maka terhasillah puff ni. Nak letak rempah kari tak blh coz anak2 jenis tak tahan pedas langsung. Apa pun sedap gak...iman bawa utk lunch...


Bahan-bahan:

frozen puff pastry
kentang - potong dadu
bawang besar - potong dadu
rempah kurma
air
santan
garam dan gula secukup rasa


Cara-cara:

Tumis bawang, masukkan kentang dan daging masak sekejap. Masukkan rempah kurma dan masak hingga daging dan kentang empuk. Masukkan sedikit santan dan masak hingga kering.


Puff pastry tu saya potong 2 (dpt bentuk segiempat yg memanjang). Ambil satu bahagian, letak inti dan lipat atau gulung. Tekan rapat bghian tepi kiri dan kanan pastry. Kelar dan sapu dengan kuning telur dan bakar dlm oven pada suhu 180C sehingga kekuningan.



Tuesday, August 19, 2008

SHEPHERD PIE

Mashed Potato:

Rebus potato hingga empuk . Lenyek hingga halus bersama butter, susu dan sedikit garam.


Filling:
Ambil dr mamafami fp.
  • 400g daging cincang
  • 3 bwg besar ~ diced
  • 2 karot~ diced
  • 2 tomato ~ diced
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu besar kicap
  • garam
  • minyak masak
  • mixed vegetable ~ optional
  • 1 kuning telur ~ utk sapuan - saya ganti dgn cheese
  • 1-2 sudu besar gandum
Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan goreng bawang sehingga naik bau.
  2. Masukkan daging cincang dan karot dan goreng seketika.
  3. Masukkan mixed vegetable, tomato, sos tomato dan kicap. Gaul rata.
  4. Masukkan garam dan tepung. Masak sehingga daging masak.
*Boleh tambah apa2 sos ikut selera masing2.


Cara-cara buat pie:
  1. Letak lapisan mashed potato dalam acuan pie...saya guna acuan muffin je.
  2. Kemudian masukkan filling. Tutup pula dengan lapisan mashed potato.
  3. Sapu kuning telur pada permukaan. Saya tak sapu pun...tabur dengan cheese je.
  4. Bakar dalam oven pada suhu 200C hingga keemasan.

Wednesday, July 30, 2008

Pumpkin Pie


Hari Isnin hari tu last day Ismail kindy kat Wandana Pre School. Pindah sek yg dekat dgn rumah...takdelah dekat sgt, 15-20 min jln kaki. Saya pun dpt tugas baru utk ambil Ismail...jln kaki...kuruslah lepas ni hehehe. Nak bawa kereta tak tahu....Bagus juga, nak harap buat senaman kat rumah takdelah kot. So, utk jamuan Ismail saya buatkan bingka labu dan mini pie daging. Alkisahnya adalah pumpkin lebih so sebelah ptgnya buat pie ni. Resepi ambil dr majalah recipes+( ogos).


Bahan-bahan:-
  • Basic shortcrust pastry# - saya guna yg frozen
  • 11/2 cawan labu - kukus, lecek dan sejukkan
  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula perang - saya guna gula biasa...takde gula perang
  • 1/2 thincked cream
  • 2 sudu teh parutan kulit oren
  • 1 sudu teh mixed spice - saya letak cinnamon je
  • cream - utk hidangan

Cara-cara:-
  1. Panaskan oven pada suhu 160 C/180C - ikut jenis oven. Letak pastry dalam acuan. 'Blind bake' pastry. 'Blind bake' = letak baking paper atas pastry dan letak pemberat seperti dry bean, beras atau pemberat pie. Bakar selama 15 min.
  2. Kalau nak buat hiasan kat atas pie, mcm buat bentuk daun ke..bunga ke...bakar juga dulu dalam 8-10 min. Sejukkan.
  3. Satukan semua bahan dalam mangkuk besar, kacau sebati. Masukkan dlm acuan pastry tadi dan bakar selama 1 jam atau masak. sejukkan pada suhu bilik dan letak hiasan tadi. Hidang bersama cream.

#Basic Shortcrust Pastry
  • 2 cawan tepung gandum
  • 150 gm butter, chopped
  • Air ais
Masukkan tepung dan butter dalam mangkuk, gaul hingga crumbly. Kemudian masukkan 3-4 sudu besar air ais, uli hingga jadi doh yg lembut. Bentukkan bulat dan canai menjadi bulatan lebih besar sikit drpd saiz acuan. Letakkan dalam acuan pie.

Thursday, July 3, 2008

Mini pie daging




Ada baki daging cincang yg dah dimasak untuk makan dengan buritto masa sarapan. So, godek2 lah pc mencari resepi untuk habiskannya. Dapatlah idea dari
skyblue@myresepi untuk masak resepi ni.

Bahan2:-
1. Inti daging: cara sendiri-lebihan yg dah ada
  • 250 gm daging cincang
  • 1/2 biji bawang besar-dicincang
  • sos tiram
  • sos tomato
  • sos worcestershire
  • sos mint
  • lada sulah
  • garam secukup rasa
  • 1 cawan cream mushroom sup
Masak daging hingga kering. Tak pakai minyak sebab daging dah berminyak. Masukkan bawang,masak hingga layu. Seterusnya masukkan semua bahan2 lain. Masak sehingga sebati. Akhir sekali masukkan sup dan masak hingga pekat..hampir2 nak kering.


2. Mashed Potatoes
  • 2 biji kentang
  • 1 sudu besar mentega
  • 3-4 sudu besar susu segar
Rebus kentang hingga empuk. Lenyek kentang (masa masih panas) tadi bersama mentega dan susu, kacau sebati.


3. Kulit
  • puff pastry (segera) secukupnya
Potong untuk masukkan dalam acuan.

Cara masak:-
  1. Masukkan pastri yg sudah dipotong dan diletak dalam acuan ke dalam oven. Oven hendaklah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 200 C. Masak selama 20 minit atau sehingga keemasan.
  2. Masukkan 1 sudu besar inti daging dan 1 sudu mashed potatoes ke dalam pasti. Taburkan sedikit lada hitam atau lada sulah diatasnya dan masukkan ke dalam oven lagi untuk 10 minit.

Sunday, June 29, 2008

Portuguese Egg Tart

Selalu buat tart telur yg biasa tu..tapi hari tu ada makan tart ni kat rumah kawan...sedap lak. Senang pulak nak buat. So, try resepi drpd skyblue@myresipi.com. Yumm...sedap...















Bahan-bahan: -

  • 1 sekeping puff pastry segera
  • 1/4 cawan gula halus
  • 1/4 cawan susu segar
  • 1/4 cawan whipping cream
  • 3 biji Telur Kuning
  • 1/4 sudu kecil Vanilla Extract

Cara-cara:-
  1. Panaskan oven, 200ºC.
  2. Masukkan semua bahan-bahan (kecuali puff pastry) ke dalam mangkuk dan pukul sampai sebati. Ditapis dan diketepikan.
  3. Potongkan puff pastry kepada 9 keping bentuk bulat. Tekan pasty ke dalam bekas/acuan tart. Letak dlm acuan muffin pun blh.
  4. Cucuk permukaan puff pastry dgn garpu.
  5. Isilkan campuran telur ke dalam setiap puff pastry 3/4 penuh.
  6. Bakar selama 20 minit. Biar sejuk dlm acuan selama 5-10 minit sebelum dikeluarkan.














yg ni saje je....buat dlm acuan tart yg besar. Letak pisang kat atasnya....sedap gak....