Salam pagi Ahad...apa projek hari ni? Kalau suri rumah macam saya ni rasanya hari minggulah hari ditunggu-tunggu sebab nak pergi outing dengan famili. Yelah dah seminggu duk kat rumah je hehehe.....Tapi hari ni kami kat rumah je sebab hubby ada hal kat KL. Lagipun semalam hubby dah bawa kami outing walau tak rancang pun....
Semalam kami sarapan nasi goreng je...lepas tu dah tengahari sikit Sumaiyyah sibuk duk suruh buat kuih...terpaksalah rajinkan diri dan terhasillah kuih apam mekar ni...(yg tak berapa nak mekar). Tapi laku je...sebab sedap. Warna merah tu sy letak perisa strawbery...lg lajulah anak-anak makan.

Apam mekar ni resepi
Kak Hanieliza....dah ramai dah buat. Memang sedap! Thanks
Kak LIza berkongsi resepi. Saya mita izin copy-paste ye...
Bahan
250 gm gula
2 biji telur
1 s/k esen vanilla
200 ml susu segar
300 gm tepung gandum
1 s.k ovallate
pewarna merah dan hijau
acuan kertas
Cara
1. Panaskan kukusan
2. Pukul gula dan telur sehingga kembang dan gebu.
3. Masukkan essen vanilla dan pukul lagi.
4. Masukkan tepung gandum, susu dan ovallate. Pukul lagi sehingga gebu.
5. Bahagiakan adunan kepada 3 mangkuk.
6. Masukkan perwarna merah dan hijau dalam mangkuk yg berasingan.
7. Masukkan adunan dalam pelastik piping bag setiap warna yg berlainan.
8. Picitkan serba sedikit setiap warna kedalam acuan kertas.
9. Letakkan acuan kertas dalm acuan apam dan kukus selama 15 minit.
10. Bila telah masak angkat dan hidangkan.

Untuk lunch masak pasta ni ....sos segera je. Ikut selera anak-anak. Lagipun hubby dah makan kat kenduri...

Dah tengahari tu, anak-anak dah sibuk ajak keluar. Hubby tanya sy nak ke mana? Dia pun takdde idea nak ke mana. Nak pi shopping mall, Jumaat tu kami dah pergi beli barang time diaorg pi sekolah...saje tak nak pening melayan diaorg hehehe... Sy pun bagi cadangan ke Lumut....so, ke Lumutlah kami semalam...jauh juga tu...dekat2 sejam jugalah. Tak buat apa pun jalan-jalan tengok tempat... Layan jelah gambar-gambar ni...

Dalam banyak-banyak tempat, tempat ni yg paling anak-anak suka semalam...playground.
