Friday, October 31, 2008

Kindy in the park....

Hari Rabu hari tu Ismail dan Sumaiyyah 'bersekolah' kat civic park...tak jauh pun, lebih kurang 5 minit perjalanan dgn kereta dari rumah kitaorg. Semua kindy kat daerah kitaorg ni berkumpul kat sini dan sediakan aktiviti masing utk dikongsi bersama...macam2lah aktiviti yg ada....

Tempat pertama singgah...kat khemah kindy diaorglah Modbury South Pre-School.
Kindy diaorg sediakan aktiviti hias kipas btk tangan....
Ibu kena tolong si Sumaiyyah....malulah kononnya...


Ismail posing dgn hasil krafnya...'kipas tangan'. Kat belakang dia tu, teacher dia....



Ni pulak antara aktiviti yg disediakan oleh kindy yg lain....



Ismail merajuk coz nak join main yg ni...bapak tak kasi coz nanti leceh nak cuci pulak katanya....


aktiviti melukis...tekunnya budak tu melukis...


main bubbles...biasalah Sumaiyyah nak kena bertemanlah...


hias beg kertas...


main biji apa ntah...macam biji sawi tu....


main alatan muzik...


ni pun ada...dan byklah lagi. Jenuh jugalah kalau nak melayan anak2 kalau nak main semua. Dpt merasa sekejap pun dah ok.


Lepas jalan2 ronda semua khemah2 ...masa utk rehat...bawa bekal pau inti kacang merah...siap ada teh panas lagi hihihi....
Terima Kasih byk2 utk my hubby coz dlm sibuk2 masih lagi sudi bawa dan temankan kitaorg....


tempat kitaorg berehat...


antara permandangan dekat park tu....bangunan belakang tu shopping mall...tempat kitaorg selalu gi shopping...

sebelum balik...lepaskan diaorg berlari2an jap....semput juga main dgn diaorg ni...
Kitaorg balik awal coz my hubby ada meeting dgn superviser dia pukul 2...

Thursday, October 30, 2008

Lauk utk semalam....

Ayam Goreng Cornflakes

Resepi Yani tapi saya ambil dari dapur UMMI...


Bahan:-

  • 1 keping dada ayam - saya guna semua bahagian ayam hihihi...
  • 50 gm tepung gandum
  • 1 biji telor ayam Gred B
  • 2 sudu besar air
  • cornflakes tanpa perisa secukupnya..
  • minyak untuk menggoreng secukupnya..
Bahan Perap:-
  • 1/2 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu kecil rempah kari daging
  • 1/2 sudu kecil serbuk cili - tak letak
  • 1/2 sudu kecil garam

Cara Memasak:-
Bersihkan ayam dan potong kecil (*ummi x potong kecil sangat)..Perapkan dengan bahan perap selama lebihkurang 10 minit. Masukkan cornflakes ke dalam beg plastik, ramas biar kasar-kasar. Dalam mangkuk lain, masukkan tepung, telor dan air ke dalam mangkuk, kacau sebati. Kemudian masukkan ayam tadi satu persatu ke dalam adunan tepung. Gaul rata dan masukkan pula ke dalam plastik cornflakes tadi, goncangkan biar cornflakes bersalut dengan ayam. Goreng dalam minyak panas hingga keperangan atau ayam benar2 masak. Bolehlah dimakan dengan sos.



Masak Lemak Jantung Pisang


Menghabiskan baki separuh lagi jantung pisang ....bila tanya hubby dia nak masak lemak ke...nak kerabu....dia cakap masak lemak so...masak lemaklah utk hubby tersayang. Sebenarnya nilah first time saya masak lemak jantung pisang ni...
Jantung pisang dicelur dahulu dan toskan. Tumis bawang dan lada hitam yg ditumbuk hingga wangi..tumbuk ikan bilis sekali kalau ada. Saya letak ikan tuna je. Masukkan serai, kunyit dan jantung pisang..lepas tu masuk air sikit masak hingga mendidih. Masukkan santan dan daun kesom...letaklah garam dan gula ikut citarasa. Oleh kerana takde asam keping atau asam gelugur saya letak jus limau nipis...apa2 pun rasanya alhamdulillah. Lagi best rasanya kalau letak cili api...tapi coz anak takleh makan pedas dan malas nak msk lauk lain utk diaorg maka saya letak cili api masa hidang ...

Wednesday, October 29, 2008

French Crullers


Buat utk minum petang semalam..sedap....resepi drp skyblue@myresipi.com...copy paste je...TQ for the resepi :).

Bahan-bahan ( 12 biji...ikut saiz)

  • 1/4 cawan gula halus
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/4 cawan shortening
  • 1 cawan air
  • 1 cawan tepung gandum yg telah diayak (115gm)
  • 3 biji telur
  • 1 sudu kecil vanilla esen
  • Minyak untuk mengoreng
  • Frosting: gula, chocolate, cinnamon... ikut citarasa.

Cara-cara

  1. Panaskan air dalam periuk kecil, masukkan gula, garam dan shortening.
  2. Bila air dah masak, masukkan tepung dan kacau sehingga tepung dah masak dan jadi doh.
  3. Angkat periuk dari dapur, kalau terlalu panas biar sejuk untuk 5 minit.
  4. Masukkan telur dan kacau cepat-cepat sehingga sebati. (Boleh rujuk Cream Puff resepi untuk cara-cara bergambar)
  5. Masukkan doh ke dalam piping bag. Guna tube bintang (nozzle), pipe kan doh (buat bentuk bulat) ke atas potato masher yg dilapis dgn aluminium foil.
  6. Panaskan minyak. Masukkan donut ke dalam minyak dgn potato masher sekali. Goyangkan potato masher, donut akan terapung dan goreng sampai perang.
  7. Bubuh icing atau chocolate megikut rasa. Dihidangkan panas-panas.
*kat resepi asal ada tunjukkan gambar ikut step....

Tuesday, October 28, 2008

My first pisang goreng kat Adelaide dan Pengat Pisang...

My fisrt pisang goreng sejak dtg Adelaide ni....alhamdulliah rezeki Allah nak bagi dpt juga merasa...Tepung pisang goreng tu saya guna tepung beras + sedikit tepung gandum + kelapa parut + kunyit + garam....Puas hatilah makan....tapi anak2 saya pulak semuanya tak suka w/pun mereka ni hantu pisang. Agaknya coz pisang ni (gambar kat n3 semalam)rasanya macam pisang nangka(pebret saya tu)..ada masam2 sikit...


untuk minum petang semalam....


**********************************************************************


Ni pulak pengat pisang...kolak kot org jawa panggil(betul ke ni)...pebret my hubby...Masak pagi ni...coz tak sabar nak makan hihihi....

pisang dipotong kecil...rebus hingga agak empuk masukkan gula ikut kemanisan yg disukai dan daun pandan kalau ada....masukkan santan masak hingga mendidih...letak garam sikit...

Mee Taiwan


Reespi ni ambil dr dapur UMMi. Sedap....kelainan pada aroma daun limau purut nya tu kot....
Bahan-bahan:
  • 1 mangkuk mee kuning @ meehoon
  • 1 keping fish cake - hiris kecil
  • 5 ekor udang (sederhana)
  • 1/4 mangkuk isi ayam (ummi tukar daging)
  • 1/2 biji bawang besar - hiris
  • 1/2 batang carrot (potong memanjang)
  • 1/2 mangkuk kobis
  • 1/2 mangkuk taugeh
  • 2 helai daun limau purut (dihiris)
  • sedikit bunga kantan (hiris halus)
  • 1 camca besar sos tiram
  • 1 camca besar kicap sotong (x letak ni)
  • 1 camca kecil kicap pekat
  • 2 camca besar cili boh/cili kering kisar
  • 1/2 camca kecil lada hitam - kisar/tumbuk
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
note : saya....
*letak ayam je...
*sayur - sawi, mushroom dan karot
*sos sotong ganti dgn sos ikan
*cili kisar ganti dgn sos cili manis(anak tak tahan pedas)
*bunga kantan ganti dgn daun kesom hihihi...

Cara-cara:

Panaskan minyak, tumis bawang besar. Masukkan cili boh, sos tiram, kicap sotong dan sedikit garam. Masukkan fish cake, isi ayam dan udang. Masak seketika dan masukkan mee, kicap pekat, carrot, kobis dan bunga kantan. Kacau selama 2 minit. Masukkan daun limau purut dan taugeh. Kacau sekejap saja dan tutup api.

Monday, October 27, 2008

Terubat Rindu.....

Semalam aktiviti biasa hari Ahad...pergi sunday market. Ada 2 sunday market yg selalu kitaorg pergi satu di Pooraka dan satu lagi yg besar kat Gepp Cross. Biasa kami agak malas nak pergi yg kat Gepps Cross kerana org ramai...deretan kereta yg beratur nak masuk je biasanya lebih kurang 1/2 km...(kami ni bukan jenis yg suka menunggu lama2 ni). Tapi seronoknya kat sini byk jual sayur2 dan buah2 dgn hrg murah berbanding yg di Pooraka yg byk jual brg terpakai buah dan sayur sikit je...tapi best org tak sesak sangat...Hubby pernah buat n3 pasal sunday market kat Gepps Cross tu...klik SINI...

Semalam angin driver baik dan cuaca pun ok je, so kami pergi yg dekat Gepps Cross. Byk jugalah beli buah2 dan sayur2 serta benda2 lain...
Pembelian paling bermakna semalam adalah benda yg kat dalam gambar kat bawah ni...
.
.
.

.

.
.

jantung pisang dan pisang yg sesuai utk goreng atau buat pengat....dua benda tu AUD 17...huhuhu. Takpe...janji terubat rindu....Separuh dr jantung pisang tu dah 'selamat'...celur cicah sambal belacan...mmm....berselera makan nasi semalam....Pisang tu hajatnya nak masak hari ni....


VERY MOIST BANANA CAKE

Sedap kek pisang ni...dah byk kali buat dulu...Semalam beli byk pisang kat Sunday Market..tengah murah..AUD 1 per kg. Ingat lagi sewaktu krisis pisang kat sini dulu harganya mencecah berbelas AUD per kg...telan air liur jelah tenguk pisang...Resepi ni ambil drp FP Kak Rinn...TQ buat K.Rinn....


Bahan-bahan :

  • 250gm butter - saya hanya guna 200 coz byk tu je yg ada...
  • 2 cawan caster sugar - guna 3/4 cawan je...coz k. Rinn ckp dah cukup manis walau dia letak 1 cawan je...
  • 4 biji telur
  • 1/2 camca teh garam halus
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 4 sudu besar susu pekat - sama k.Rinn..guna fresh milk
  • 3 cawan pisang lecek
  • 2 cawan tepung
  • 1 camca teh soda bikabornat
  • 1 camca teh baking powder
  • Walnut, macadamia, pecan nuts (Optional) - tak letak

Cara-cara :

1. Putar majerin dan gula caster hingga kembang dan berkrim.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil teruskan putaran mixer.
3. Tambahkan susu, esen vanilla dan garam halus.
4. Perlahankan mixer. Masukkan pisang lecek.
5. Masukkan tepung hingga agak-agak sebati. Hentikan mixer.
6. Masukkan kacang-kacang pilihan yang telah dipotong kasar. Gaul rata dgn spatula.
7. Bakar pada suhu 175 darj cel selama 50min hingga ke 60min.

Friday, October 24, 2008

Choc Moist Cake

Buat masa anniversary hari tu...alhamdulillah menjadi...tapi hias simple jelah...tak pandailah nak hias2 ni....Ambil resepi dari dapur kak JUN...terima kasih kak JUN...

Bahan-bahan:
  • 1 cawan tepung kek/gandum}
  • 1 sudu teh baking powder } ayak 3 kali
  • 1 cawan gula kastor
  • 2 biji telur size A
  • 125 gm butter
  • 1 sudu teh esen

Bahan A-campurkan semua
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 sudu teh serbuk nescafe
  • 1/4 cawan gula
  • 1/2 cawan air panas
  • 1/4 cawan susu cair
Cara-cara:
  1. Panaskan oven, gris loyang dan alas ngan paper.
  2. Pukul butter dan gula hingga berkrim, masukkan telur satu persatu, esen.... pukul lagi.
  3. Perlahankan speed, masukkan tepung diselang seli dengan bahan A. Masukkan dalam loyang dan bakar selama 45-50 min.

Mini Party Buns


Buat utk bekal anak2 ke sekolah hari Selasa hari tu merangkap antara sarapan pagi juga. Resepi Yochana tapi ambil dari dapur Noreen. Copy paste je....

Bahan-bahan:
  • 500gm tepung roti
  • 10gm yis
  • 1 camt garam
  • 80gm gula
  • 20gm susu tepung
  • 280gm air sejuk
  • 50gm telur - dalam 1 biji size kecil
  • 50gm mentega

filling (mix together):
  • 150gm mentega
  • 100gm raisins

*anak2 saya tak suka raisins...so saya letak filling butter dan gula je....

topping:
  • almond nibs
  • sunflower seeds
  • pumpkin seeds
  • chocolate rice
  • poppy seeds


cara:

1. masukkan kesemua bahan2 kecuali mentega di dalam mangkuk dan pukul/uli sehingga menjadi bentuk doh dalam sekurang2nya 10 min. masukkan pula mentega dan pukul lagi dalam 5 min sehingga doh menjadi kental dan tidak melekat di tangan. boleh jugak masukkan kesemua bahan2 ke dalam breadmaker dan tekan setting utk doh. tunggu sehingga siap. keluarkan dan tumbuk2kan doh supaya keluarkan angin. setelah itu ikut step no. 3 hingga habis

2. setelah siap bentukkan menjadi bulat dan letak di dalam mangkuk dan tutup dengan kain lembab atau dengan cling flim sehingga ianya naik dua kali ganda dalam sekurang2nya 45 min atau tambahkan lagi 10 min jika doh tak berapa naik

3. potong doh kepada setiap satu seberat 30gm dan bentukkan menjadi bulat dan rehatkan selama 10 mins. setelah itu leperkan setiap doh di atas tangan dan letakkan filling dan tutupkan semula menjadi bentuk bola. susunkan ke atas baking tray and leaving space about a finger's width apart

4. kemudian biarkan doh naik sekali lagi dan setelah itu sapukan dengan telur yg telah dipukul sedikit dan taburkan topping di atasnya

5. bakar pada suhu 190C selama 10-15 min atau sehingga bahagian atas menjadi keperangan. biarkan sejuk di atas cooling rack sebelum dihidangkan


Thursday, October 23, 2008

Pizza lagi...

Pizza ni buat hari Ahad hari tu. Dah penat jln2 ...so masak pun yg simple2 jelahutk makan malam..Resepi basenya ambil kat dapur UMMI....Tapi utk toppingnya saya letak salami, fruit salad, mushroom...sos pizza pakai yg segera....


Bahan-bahan utk basenya:
  • 1 1/2 cawan tepung roti
  • 1 sudu kecil yis
  • 120 ml air suam
  • 1/2 cawan minyak sayur
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula
  • serbuk oregano
Cara-cara:
Masukkan semua bahan kecuali minyak sayur, gaul sebati. Masukkan minyak dan uli hingga lembut. Canai dalam acuan piza. Kemudian letakkan parutan cheese di hujung sekeliling pizza dan gulung. Biarkan naik 2 kali ganda.


* saya pakai breadmaker utk uli...punyalah pemalas hihi...
* lepas letak topping saya terus bakar...semua dah lapar...



kulitnya agak crispy...dgn cheese di hujungnya...yummm

Bun burger

Bun ni resepi yani@myresipi...buat saiz kecil2 coz utk bekal anak2 ke sekolah. Makan dgn salami je...malas nak buat daging burger hehehehe....Saya copy paste je resepinya...terima kasih yani berkongsi resepi.


Bahan-bahan ( 6 biji )

  • 250g tepung roti
  • 15g butter
  • 20g gula
  • 4g garam
  • 1 biji telur
  • 170ml susu( jumlah sukatan susu campur dgn 1 biji telur)
  • 1 sudu kecil(3g) dry yeast
  • bijan secukupnya- tak letak coz takde...

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali bijan ke dalam breadmaker.Pilih untuk buat doh. On kan.
  2. Bila dah siap, keluarkan dr breadmaker. Tumbuk-tumbuk utk keluarkan angin. Bahagikan kepada 6. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
  3. Ambik sebiji roti. Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Buat semula bentuk bulat. Ulang sampai habis. Biarkan roti naik 2 kali ganda.
  4. Sapu/semburkan permukaan roti dengan air. Kemudian taburkan bijan. Bakar dengan suhu 180C selama 12-13 minit.

Wednesday, October 22, 2008

Ulangtahun Perkahwinan ke-9

zwani.com myspace graphic comments


Alhamdulillah dah 9 tahun usia perkahwinan kami hari ni. Cinta jarak jauh (sorang kat JB...sorang kat Bangi) yg awalnya tak dpt restu (nenek saya nak saya kahwin org TRG je..hihihi..) akhirnya berakhir dgn akad pada hari 22/10/1999.
Buat abang semoga perkahwinan kita ini akan terus kekal bahagia...sayaaaang abang. Terima kasih atas kasih sayang yg dicurahkan selama ini. Semoga anak2 kita yg comel2 belaka tu (ikut kitalah tu hihihi...) membesar menjadi anak yg soleh....Semoga Allah sentiasa memberkati keluarga kita....amin.

Tuesday, October 21, 2008

Sumaiyyah dah masuk kindy

Semalam first day Sumaiyyah kat kindy. Umar dia baru 3 1/2 tahun...ni kira pre entry...sekali seminggu je. Kat sini 4 tahun baru start kindy. Okay juga, boleh biasa2kan dia dgn suasana...nanti kuranglah sikit malunya tu. Hari Ahad tu masa shopping kasut dan lunch bag...excitednya dia...mlmnya pula tak blh tidur...tak tahulah coz excited atau berdebar2 hehehe...



Bila sampai kat sana macam biasalah perangai dia...berkepit jelah. Mula2 tu tak nak join pun dgn budak2 lain. Tapi kira ok coz dia tak menangis...So, terpaksalah ibu duk sekali belajar dgn dia...Ismail pun satu kelas juga...
Semalam belajar pasal air. Siap ada eksperimen tu...apa yg larut....apa yg tak larut...apa yg timbul...apa yg tenggelam. Tapi dgn cara santai...utk budak2 faham. Seronok juga....



Alhamdulillah walaupun agak lambat serasi tapi bila tiba masa rehat/makan dia dah ok. Saya dahboleh tinggalkan dia dgn kawan2nya makan ....

Lepas tu main kat park belakang kelas...



So, kiranya semalam sepagilah kita satu famili ( kecuali Iman) kat sekolah tu.Si Isa puas hatilah...ambil peluang main dgn semua jenis mainan kat situ.





Balik dari kindy semalam dia tidur t/hari...dah lama dia tak tidut waktu t/hari...penat agaknya. Hari ni bila bangun pagi tadi, dia dah cakap nak pergi school lagi..satu perkembangan yang baik. Harap minggu depan tak perlu lagi kami tunggu Sumaiyyah kat kindy....



Sebelah malamnya pulak kami ada tetamu dari jauh...Hubby ajak kawan dia dr New Zealand dinner kat rumah. Saya masak nasi karot, ayam bakar, kentang oregano+mushroom dan bubur pulut hitam. Cerita lanjutnya kat SINI.

Saturday, October 18, 2008

Iman dah 8 tahun...


zwani.com myspace graphic comments

Semalam 17/10/2008 b'day Iman yg ke 8. Dah 8 tahun dah umur anak kami yg sulung ni. Bermakna dah hampir 9 tahun kami kahwin. Masih ingat lagi dulu sambut ulangthn perkahwinan kami yg pertama kat HUKM coz kena tahan lama kat hospital sbb BP saya masih tak stabil....sekejapnya masa berlalu...

Happy Birthday Iman...semoga jadi anak yg soleh...doakan ibu dan bapanya...

ibu dan bapak sayaaaaang iman...

Happy birthday juga untuk Angriani yg berkongsi tarikh lahir dgn Iman...semoga sentiasa dalam lindungan Allah....



iman masa umur 4 tahun....

iman sekarang....

untuk Iman semalam saya buatkan kek coklat..tapi kurang cantik jadinya...huhuhu...bilalah nak lulus buat kek ni. Anyway Iman suka je...dia yg mkn byk...nanti ibu buat lain ye Iman....

Friday, October 17, 2008

Nasi Jagung

Nasi jagung ni resepi Kak Liza...sedap...

Bahan
  • 6 caw beras bathmati....basuh dan toskan
  • 2 caw jagung parut/jagung frozen
  • 1 caw susu cair
  • 8 caw air
  • 2 s/b rempah kurma
  • 2 biji buah tomato.....mesinkan
  • 3 s/b minyak sapi
  • 1 tangkai daun ketumbar.....mayang
  • daun pandan........simpulkan
  • garam
  • gula

Bahan tumis
  • 5 ulas bawang merah ]
  • 3 ulas bawang putih ] mayang halus
  • 2 cm halia ]
  • 2 cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bungka lawang
  • 5 biji bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga

Cara
1. Panaskan minyak sapi dlam periuk Rice Cooker dan masukkan bahan tumis,bawang & halia yg dimayang dan daun pandan.
2. Bila dah wangi masukkan rempah kurma. Biarkan naik minyak.
3. Masukkan air, garam, gula, tomato dan susu cair. Biarkan mendideh.
4. Masukkan beras, jagung dan daun ketumbar.
5. Alihkan periuk kedalam Rice Cooker dan biarkan masak saperti nasi biasa.
6. Bila telah masak bolih dihidangkan dengan lauk daging atau ayam serta acar.



note:
  • * utk semlm saya hanya guna beras biasa...jasmin.
  • *tomato saya cincang je....
  • *tak letak daun ketumbar coz takde
  • * makan dgn hati ayam goreng kunyit...
  • *pakai jagung rebus...lebihan....
  • *guna marjerin..ganti minyak sapi

Bagel

Bagel ni dah acap kali buat...sedap terutama makan kerika panas2 bersama teh atau kopi panas....yummmm. Resepinya kat sini.

Thursday, October 16, 2008

Terima Kasih Opah.

Alhamdulillah kuih yg opah kirim dah sampai...sukanya anak2 saya. Memang tiap2 tahun opah akan kirim kuih raya dan selalulah lepas raya baru pos...agar blh hantar byk jenis kuih kot. Sebahagiannya dah habis pun dimkn semlm...
Berat kuih dlm 1 kg lebih tapi kos posnya RM50 lebih...tapi saje opah nak cucu dia merasa kuih raya dia....sebahagian buat sebagahian dia beli.
Terima Kasih Opah....

sebahagian kuih....mcm2 jenis....

Mee Rebus Utara

Ni first time buat mee rebus. ambil resepi ni dari dapur kak Jun. Sedap...tapi kalau letak udang lagi sedap. Saya tak letak coz takde dlm stok kat rumah ni.

Bahan untuk kuah:
  • 1/2 kg daging-rebus hingga empuk
  • tulang-rebus dan ambik airnya
  • 1/2 cawan udang-rebus dan kisar
  • 1/2 cawan kacang dal-rebus n kisar
  • 2-3 biji keledek-rebus dan lenyek
  • 15 tangkai cili kering-kisar
  • 1/2 in kunyit hidup-kisar
  • 10 biji bawang merah-kisar
  • 10 ulas bawang putih-kisar
  • santan
Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar hingga wangi.
  2. Tuang santan perlahan2 sambil kacau.
  3. Masukkan air rebusan daging n tulang, keledek, udang dan kacang dhal.
  4. Kacau dan masak hingga mendidih. Masukkan garam secukup rasa.

Bahan2 rencah/sampingan:
  • mee kuning-celur
  • daun bawang-potong halus
  • taugeh-celur (akak guna sawi jek) - sama dgn saya
  • cili merah n hijau-hiris
  • cili api hiris (optional)
  • tauhu-goreng n potong dadu
  • telur rebus
  • cucur gandum - ni saya tambah
Cara hidangan:
Letak mee dalam mangkuk bersama bahan2 perencah/sampingan lain dan tuang kuah. Tabur bawang goreng jika suka.

Donat Coklat

Ni kali kedua buat...
Maaflah gambar tak elok...bergetar...



Sumber:inassaly FP

Bahan-bahan:
  • 350gm tepung high protein
  • 20gm serbuk koko
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 bungkus (2 sudu teh) yis segera
  • 60gm gula pasir
  • 2 biji telur
  • 175gm susu segar atau susu cair
  • 40gm butter/margerin
  • 1/2 susu teh garam

Bahan topping

  • 250gm coklat masakan- dicairkan
  • dan apa2 bahan hiasan utk hiasan atas donut
# utuk semalam oleh kerana takde coklat masak kat rumah....saya hias dgn ising je.


Cara-cara:
  1. Campur tepung,serbuk koko, serbuk penaik, yis dan gula. Kacau rata.
  2. masukkan telur dan susu cair sedikit demi sedikit sambil di uli hingga jadi doh.
  3. Masukkan butter/margerin dan garam.Uli sehingga doh manganjal. Rehatkan doh selama 20minit.
  4. Tekankan adunan(utk buang angin)bahagikan kepada beberapa bahagian seberat 40gm.
  5. Bentukkan seperti donut dan biarkan selama 45min. (kenaikan kali ke 2).
  6. Panaskan minyak dan goreng donut sehingga masak.Angkat dan sejukkan.
  7. Celupkan ke dalam coklat masakan.dan taburlah dgn hiasan yg di sukai

Ni gambar lama...buat kali pertama dulu....

Wednesday, October 15, 2008

Ayam Goreng Oat Berempah

Banyak versi nak buat ayam goreng oats ni...boleh rujuk kat Kak Rinnchan FP dan MakLang FP...Ni pulak saya punya versi..lebih kurang je.


Bahan
  • Ayam - dipotong dan ddibersihkan.
  • Oat
  • Serbuk Jintan manis
  • Serbuk Jintan putih
  • Lada Sulah
  • Lada Hitam
  • Serbuk Kayu Manis
  • Garam
  • Telur - dipukul sedikit

Cara
  1. Gaul kesemua bahan di atas kecuali telur, oat dan ayam.
  2. Celup ayam ke dalam telur dan golek2kan ayam tadi bersama oat sehingga rata.
  3. Goreng dengan minyak yang panas dengan api sederhana.