Friday, August 27, 2010

Biskut Dahlia

Kuih raya pertama tahun ni...buat pun sbb nak bawa balik kg , takde apa nak bawa. Tapi byk dah kena mkn oleh anak2. My hubby cakap baguslah buat ada org mkn sbb memang buat utk bg org mkn pun...mmmm. Tulah antara sbb sy tak buat kuih raya awal2. Maunya habis dulu sebelum raya . Sebelum ni ada beli 2 jenis kuih raya...satu hari terus habis satu bekas huhuhu.... Resepi biskut dahlia ni dr Cik Mat Gebu...Klik SINI. Terima CMG berkonsi resepi ye...



BAHAN-BAHANNYA :-)

  • 300 g mentega
  • 160 g gula aising (mat guna 140 g)
  • 2 kuning telur
  • 1 camca teh esen vanilla (mat guna esen rose)
  • 240 g tepung gandum*
  • 100 g tepung jagung*
  • 160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
  • Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan - guna ceri hijau...

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
  3. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.
  4. Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Thursday, August 26, 2010

Kuih Lapis Pisang dan Balik Kg Lagi!!!

Assalamualaikum semua, dah separuh Ramadhan kita lalui. Macamana? Ada peningkatan iman dan amal? Semoga Allah terus memberi hidayat dan kekuatan untuk kita meningkatkan amalan kita terutama diakhir-akhir Ramadhan nanti...

Hati sy tengah suka sgt2... insyaAllah esok balik kg saya kat TRG!!...yeaaaaa! Dua minggu berturut - turut sebelum ni kami berbuka puasa kat kg Sabak Bernam bila hari minggu. Bestnya berbuka kat kg sbb dpt makan masakan orang tua kita...dan jumpa anak saudara. Antara mknan yg duk dalama kepala ni sekarang....Sedaaaaaapnyeeeeee. Tak sabar nak balik ni....


gambar dr SINI


gambar dr SINI


gambar dr SINI

* terima kasih kepada tuan punya gambar. saya minta izin guna gambar ye...




KUIH LAPIS PISANG


Buat semalam. Resepi dr dapur UMMI. Resepi asal dr Aneka Talam dan Kuih Lapis (resepi Kak Liza) . Kak Ummi sy minat izin copy-paste ye...Terima kasih berkongsi resepi. Ambik gambar kuih sebelum potong je...mmmm....


KUIH LAPIS PISANG (loyang bulat 7 inci) ( sy guna loyang kecil...tu yg byk lapis)
Sumber: Aneka Talam dan Kuih Lapis (resepi Kak Liza)

Bahan A:-
  • 2 cawan santan (akak guna 1 1/2 kotak santan Ayam Brand + air = 2 cawan)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 sudu makan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung kastad/jagung (akak guna tepung jagung)
  • 1 sudu teh garam
Bahan B:-
  • 1 cawan pisang emas/berangan - dilecek
  • 1/4 cawan air
  • sedikit pewarna kuning (*akak tambah, kalau guna tepung kastad, xyah letak la rasanya)
Bahan C:-
  • 1/4 cawan air
  • sedikit pewarna merah


Cara Membuat:-
  1. Campurkan bahan A hingga sebati. Tapiskan dan bahagikan kepada dua bahagian.
  2. Campurkan bahan B dalam satu bahagian dan kacau rata.
  3. Satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan C dan kacau rata.
  4. Panaskan kukusan. (Sediakan loyang yang digriskan sedikit dengan sedikit minyak. Panaskan sebentar) - *cara ni akak buat sebelum mula melapis.
  5. Tuangkan hampir 3/4 cawan adunan pisang (B) dalam loyang dan kukus selama 8 minit.
  6. Kemudian lapiskan pula 1/3 adunan merah dan kukus juga selama 8 minit.
  7. Buat sehingga siap setiap lapisan dengan bahagian atasnya adalah adunan pian (B).
  8. Semasa kukusan akhir, balut penutup kukusan dengan kitchen towel dan kukus lebihkurang 10 - 12 minit.
  9. Biar sejuk pada suhu bilik dan barulah dipotong.
.



Friday, August 20, 2010

Iklan....


Bermula 20/8/2010 sehingga 23/8/2010.
Hanya 4 hari.
CEPAT!!!!
Jangan lepaskan peluang ini....

KLIK banner ni



Thursday, August 19, 2010

Ayam Bakar Ala Kenny Rogers

Dapat idea masak ni masa ziarah kawan baru wanieyra semalam. pernah nampak respei ni kat rumah Hana. TQ berkongsi resepi.




Bahan-bahan

* 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
* Bahan-2 untuk make up ayam :
* 3 biji bawang besar
* 4 biji bawang putih
* 1 inci halia
* 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam - aku tadak sos nih ganti ngan sos tiram+kicap pekat n lada hitam byk.
* 2 sudu besar madu
* 1 ketul kiub ayam Knorr
* 2 sudu besar gula pasir- hana gune gula perang
* 2 sudu besar herba campuran
* 1 1/2 sudu teh garam halus
* Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
* Sedikit mentega

Cara-cara

1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
3. Perap selama 1 1/2 jam.- hana perap semalaman.
4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
5. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.


kami makan dengan nasi goreng dan french fries...
pinggan ni utk Ismail. Bapak n Iman takde pergi jemputan berbuka kat masjid. Kalau takde jemputan diaorg akan berbuka ringan dulu kat masjid dan sembahyang maghrib berjemaah, lepas tu batu balik sambung makan kat rumah....


Siapa tahu kuih ni??
Ni le kuih badak berendam style mak mertua saya. Anak saya panggil, kuih 'flower in milk' hehehe...Kuih ni wajib mak mertua sy buat bila puasa...anak2 dia suka....
Resepi kat SINI.


BLOG LIST BEN ASHAARI


Salam, En.Ben Ashaari, sedang mengemaskini blog listnya, dan saya ingin join sekali masuk ke blog listnya bagi kategori masakan. Harap2 masih lg ada kekosongan sebab tempat adalah terhad. Jika beminat nak join sekali boleh ke SINI. JOM!!!




Wednesday, August 18, 2010

7 Ramadhan

Tom yam ni resepi tomyam campur dr dapur mamafami. Saya guna ayam je. Resepi kat bawah tu sy translate pakai google dah ubah sikit2 bg faham. harap2 betullah hehehe....Terima kasih mamafami berkongsi resepi.


Bahan:


  • Serai
  • Daun lmau purut
  • lengkuas
  • Limau nipis
  • cili api/burung
  • tomato
  • Tom Yam paste atau kiub
  • ayam dan hirisan daging lembu ~ dipotong-potong kecil
  • udang
  • Bawang potong bulat
  • Cauliflour
  • Karot
  • garam ~ jika perlu
  • penambah perisa (aji-no-moto) ~ pilihan

Kaedah:

1. Didihkan air dengan daun purut, serai, lengkuas sampai wangi.
2. Tambah paste/kiub tomyam.
3. Tambahkan garam dan penambah (jika perlu ). Biarkan mendidih.
4. Tambah fillet daging lembu, kemudian ayam dan udang.
5. Tambah tomato bawang dan mata cili api/burung
6. Akhir sekali perah limau nipis .

Tips untuk Tom yam rasa lebih baik:

Dari Imah:
Tambah 1 atau 2 sudu makan coffeemate atau creamer ke dalam sup. Dan jika anda memasak sup daging lembu atau sup ekor, tambah sedikit coke ke dalamnya.

Dari Kak Yong :
Tambah beberapa sudu makan sos ikan ke Tom Yam.




telur mata utk mkn dgn kue tiaw goreng, ikan pekasam goreng...import dr Grik tu.....



kue tiaw goreng


kuih cara manis...bakar kat oven :)

'MAMAZAKWAN BUAT CONTEST!'

Salam...join contest lagi! hehehe....kali ni contest pakai berbaju melayu atau kurung, anjuran Mamazakwan. Sesiapa berminat boleh klik SINI. Jom!!!






Penyertaan saya:


Isa Ibrisam

22 Mac 2007


*Semoga memenuhi syarat...good luck Isa!





Monday, August 16, 2010

Juadah bebuka....

Semalam masak soto ayam bersantan ni...alhamdulillah semua berselera. Boys berdua pun alhamdulillah setakat ni bepuasa penuh. Semakin biasa nampaknya.


untuk resepi boleh klik SINI



ni pulak kuih butir nangka...punyalah besar sy gentel(org malaslah tu...),sebiji mcm ulas nangka hehehe...sy campur dgn chacha dan dalam butir nangke tu letak kurma...yummmm. Untuk resepi boleh klik SINI.





Ni pulak juadah berbuka 3 Ramadhan....

Cempedak dan cempedak goreng. manis sgt cempedak ni...kawan en.hubby yg bg. terima kasih byk2. Tapi anak2 sy tak berapa pandai makan cempedak ...nak terkeluar balik...


menu utama, nasi ayam....




Ramadhan 4 dan 5 kami berbuka di rumah mak mertua sydi Sabak Bernam. Satu nkmat yg tak boleh dapat kat perantauan dulu...berbuka dgn ahli keluarga. N je gambar yg sempat ambik, masakan mak mertua sy.

kerang masak lemak, jenuh sy memberus kerang tu...


ayam masak kicap mak mertua sy...memang sedap!



*lepas berharap agar ada peluang berbuka puasa kat kg di TRG pula...moga2 Allah SWT perkenankan, amin.

Friday, August 13, 2010

Nasi Jepun

Menu semalam. Resepi dr FB Tirana. Sedap dan bahan2 pun senang. yg paling sy suka sbb dah masukk sekali sayur, jadi tak perlulah sy masak sayur hehehe...lg pun anak2 sy memang suka mushroom.


Bahan-bahan

* 3 cawan beras basmati * 1 batang lobak merah - saiz kecil, dipotong dadu
* 6 biji cendawan butang - dipotong dadu
* 1 biji bawang besar - dipotong dadu
* sedikit minyak
* sedikit mentega * sedikit garam


Bahan-bahan kisar

* 6 biji bawang merah
* 3 biji bawang putih
* 1/2 inci halia






Cara memasak

1. Masakkan nasi seperti biasa dalam rice cooker.
2. Panaskan minyak dan mentega dalam kuali dan tumiskan bawang besar yang dipotong dadu.
3. Apabila bawang layu, masukkan bahan-bahan kisar. Kacau hingga naik bau.
4. Apabila nasi telah mula mendidih, masukkan bahan tumisan tadi.
5. Kemudian masukkan lobak merah dan cendawan butang. Masukkan sedikit garam dan kacau rata-rata.
6. Tutup periuk nasi dan biarkan nasi masak. Apabila nasi telah masak, kacau rata-rata sebelum dihidangkan



# sy guna beras biasa je....dan masukkan sayur campur...

Thursday, August 12, 2010

1 dan 2 Ramadhan

Salam Ramadhan semua, hari ni dah 3 Ramadhan. Alhamdulillah tahun ni kami sekeluarga berpuasa di tanahair,setelah 4 kali berpuasa di Adelaide. Apa bezanya? suasana puasa lebih terasa di sini...di Adelaide tiada suasana puasa ,cuma bila berbuka bersama kawan dan di masjid sahaja.

Anak2 pun alhamdulillah, Iman dan Ismail masih betahan berpuasa penuh walaupun keadaan teruk juga pada hari pertama..merengek2. Lepas berbuka terus 'pengsan' sampai sahur. Hari kedua semakin baik.Jika dulu di Adelaide diaorg hanya berpuasa penuh ketika hari minggu je...tak tahan dugaan kawan2 yg tak puasa hehehe...

Jom tengok apa juadah berbuka kami sekeluarga....



1 Ramadhan

kurma ayam, telur masin dan sambal belacan...sayur tak sempat posing heheheh...




2 Ramadhan

onde2 keledek.... boleh tengok resepi onde2 kentang ni...lebih kurang je...



spaghetti...permintaan anak.


Nasi Jepun dan ayam masak merah.

Nasi Jepun tu resepi dr Tirana...nanti sy update letak resepi ye....sedap juga....