Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Thursday, April 21, 2011

Sumaiyyah Ibrisam


Buat anakanda tersayang, selamat hari lahir ke 6. Semoga membesar jadi anak yg solehah....menjadi sehebat Sumaiyyah bt Khayyat....Berjaya dunia dan akhirat.



day 1 @ Hospital Pantai Putri Ipoh. Kepala mcm 'bersanggul' sbb kena vacum...:)


kek puding karamel untuk birthday kali ni...



Tuesday, March 22, 2011

ISA dah 4 tahun

Selamat Hari Lahir



Alhamdulillah hari my little prince dah 4 tahun. Ibu dan bapak doakan semoga Isa membesar jadi anak yg soleh. Berjaya dunia dan akhirat. Ibu dan bapak serta abg dan kakak semua sayang Isa.


Isa ketika usia 1 hari. Lahir 22/3/2007, 5.35 am di Women Children Hospital, Adelaide. Berat 3.5 kg. Paling berat dan besar dalam adik beradik. Hinggakan baju-baju yg ibu beli tak muat untuk dipakai hehehe...Ibu beli baju berpandukan saiz abang dan kakak sebelum ni (purata bera tak sampai 3 kg). Tak sangka Isa sebesar itu. Allhamdulillah, walaupun lahir paling besar tapi juga paling senang. Sekejap je sakit. Lebih kurang 3 pagi masuk hospital, pukul 5.35 dah bersalin.


Abang Iman, Ismail dan kakak Sumaiyyah pertama kali jumpa Isa. Masa ni kakak Sumaiyyah macam tak berapa faham lagi. Maklumlah belum pun 2 tahun umur dia....


Apam dot dot(gambar lama), untuk Isa bawa ke PASTI hari ni....makan dengan kawan. Tapi birthday boy teramatlah malas nak ke sekolah hari ni. Puas dipujuk baru pergi. Tu pun menangis ketika ibu nak balik....mmmm.

Ibu sebut huruf...Isa tulis....ini hasilnya...:))

Monday, October 19, 2009

Birthday Iman

Hari Sabtu hari tu b'day anak kami yg sulong, Iman bin Ibrisam yg ke 9. Dah 9 tahun dah...dah besar. Cepatnya masa berlalu....UntukIman, ibu dan bapak doakan semoga membesar menjadi anak yg soleh.
Tak buat celebrate apa pun...bapak dia belikan dia cd pc games yg baru...dan malam tadi baru ibu buatkan cupcakes yg simple utk Iman bawa ke school.


Cupcakes ni guna resepi kat SINI. S edap. Terjumpa resepi ni sbb cari resepi cc yg tak letak susu. Tak sedar susu dah habis...dahlah hari minggu kat sini kedai tutup awal, dalam pukul 5 ptg.




Layanlah gambar2 Iman melayan adik2nya main tarik upih semalam....mcm duk kg je....

note: Ismail takde dalam gambar sbb dah alami sedikit kecederaan masa main tu. Hihihih...bukan apa pun, calar sikit je...sakitnya lebih...





Monday, September 28, 2009

Selamat Hari Lahir....

happy belated Birthday to Kak Dr.Inahar dan happy birthday to seri....
Semoga sentiasa dirahmati Allah SWT...






Tuesday, September 15, 2009

Khas buat Sheila dan Asiah....

Happy belated birthday buat Asiah(13/9) dan Shiela(14/9)...sori ketinggalan keretapilah pulak hihihi...
Terima kad kat bawah ni khas buat kalian berdua...moga hidup sentiasa dirahmati Allah SWT...




Saturday, September 5, 2009

Happy belated b'day, cikwan...

happy belated b'day utk cikwan....(semalam b'day dia).
semoga hidup sentiasa diberkati Allah SWT.
Terimalah kad2 kat bawah ni khas dr akak ye....

zwani.com myspace graphic comments
Graphics for Happy Birthday Comments


zwani.com myspace graphic comments
Graphics for Hugs Comments


Friday, September 4, 2009

Happy b'day utk Ima.

zwani.com myspace graphic comments




to:

Ima(Mawah Merah)



zwani.com myspace graphic comments
Myspace Hugs Comments & Graphics



semoga beransur sihat dan hidup sentiasa diberkati Allah SWT.


Saturday, August 22, 2009

Gift dr NekPP dan Green Jade(Tinie) dan kad Ramadhan lagi(updated)...

Selamat berpuasa semua...masak apa agaknya hari ni ye? Kalau kat Malaysia tentu seronok sebbab dah tentu banyak pilihan kat pasar Ramadhan. Hari ni alhamdulillah saya tak payah masak utk berbuka...ada jemputan majlis berbuka sempena alikah anaknya. Tuan rumah siap pesan jgn bawa makanan apap2 pun...bawa perut je...senang banyaklah hihihi.


Bunga dan coklat kat bawah ni hadiah NekPP sempena b'day saya hari tu....terima kasih, sayang dia! Bestlah NekPP berpuasa kat tanahair tercinta ye...jelesnya...



Cantik, kan? Kata Nek PP, dia gubah sendiri bunga ni hihihi...Tapi sayang takleh nak letak kat mejalah NekPP anak2 ku itu sungguh "kreatif"...nanti siap bunga tu kena gubah balik hihihi




Coklat ni pun kena keluarkan sikit2...nanti cepat habis hihihi...



Ni pula gift dari sis tinie(green jade)...tq adikku cayang. nanti raya blh pakai kot hihihi. Raya ni, cik abg balik tak?





Bawah ni pula lagi kad Ramadhan dr kawan2...terima kasih semua. Moga ukhuwwah berkekalan. amin.



dr Kak Ina KL


dr Yus- Qatar...



dr Ijan-blogresipi



dr cinta segar...



Kad Ramadhan dr Nek PP...


dr Kak Nor, Terengganu Kite!


dr Along Roz...


dr Hana, Japan.


Thursday, August 20, 2009

Chicken wing marinated in apple dan birthday

Ayam marinated dgn apple ni resepi dr ros nun di Tokyo. Thanks ros berkongsi resepi...Anak2 akak meratah je...Makan sekali dengan daging masak asam pedas tapi lupalah pulak nak ambil gambar...rugi betul!

Bahan-bahanye
  • 8 ketul kepak ayam
  • 2 biji bawang putih
  • 1/2 biji epal
  • 2 sudu besar madu
  • 1/4 biji bawang besar
  • 2 sudu besar tomato ketchup
  • 1 sudu kecil gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • dan sedikit lada sulah

bahan taburan
  • beberapa daun thymes ( disiat kasar atau potong kasar) - tak letak pun sbb takde

Caranya
1. Blender semua bahan kecuali daun thymes dan perap pada ayam selama lebih kurang 1 jam atau lebih, sebelum dibakar taburkan daun thymes dan bakar pada suhu 180 atau 200 darjah selama 40 minit ataupun sehingga permukaan kepak ayam menjadi perang dan garing. angkat dan hidangkan panas-panas. selamat mencuba.





%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%




Happy B'day to me!!!



Alhamdulillah, hari ni genaplah umur saya 34 tahun...dah makin tua dah hihihi. Takde sambutan special pun...malamnya tu hubby awal lagi wish birthday...blm pukul 12 pun...biasa akan tunggu pukul 12 mlm tapi sbb dia tak sihat...dah tak larat nak tunggu hihihi...dapat kad dan coklat kat bawah ni...


Terima kasih abg, luv u!!.
Bila tanya hadiah...dia ckp dah bagi dah...apa lagi mixer dulu tulah. Mana aci kan??hihihi. Bangun pagi2 je kena serang dgn anak2 coklat tu...ibu dgn bapak dia dpt merasa sikit je....budak2 memang suka coklat....

Moga Allah berkati kehidupan kami sekeluarga. Beri hidayah kepada hambamu ini untuk tingkatkan iman dan amal lagi2 dengan kehadiran Ramadhan yg mulia ni. Amin.



Ini pulak coklat dr Cik Min nun jauh dr tanahair tercinta. terima kasih cik min...i likeeee!! Moga satu hari nanti kita dpt bersua ..mmmmuah!!!