Monday, June 29, 2009

Bun Manis

Bun manis resepi dr cikgu Ros nun di Jepun. Buat tadi utk sarapan esok...Terima kasih ros berkongsi resepi.

Bahan2:

  • 150 gram tepung roti
  • 100 gram tepung gandum
  • 140 ml susu segar ( klu x der susu segar leh ganti dengan air suam)
  • 2 sudu besar susu tepung ( pau anas nye susu tepung)- tak letak
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil yis
  • 1/2 sudu besar garam
  • 2 sudu besar marjerin
  • 1 sudu kecil bread improver ( mesia mari) - tak letak

Caranya.
1. Kalau ade cik BM tu leh lah masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.

2. Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 12 bahagian kecil dah susun atas dulang pembakar. Biarkan naik sekali lagi, spray dengan air dan tabur sedikit permukaan doh dengan gula. Bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit. - saya sapupermukaan roti dgn susu segar dan letak bahan hiasan(bijan n manik warna warni)

4. Untuk mendapatkan permukaan doh yang licin dan tidak kering pastikan permukaan bun tadi ditutup dengan alumunium foil, selepas 10 minit masa dibakar baru buka alumunium foil tu dan biar permukaaan nye perang. Bila baki masa membakar ade lebih kurang 2 minit buka pintu oven dan glis dengan marjerin dan bakar semula hingga selesai. Harap tips saya ni dapat membantu ya....Selamat Mencuba..


Tabur dgn bijan dan manik warna warni...

Tempe Goreng

Rasanya nilah first time saya beli tempe kat sini...tapi mkn dah biasalah... selalu time raya.
Dan rupa2nya dalam 4 orang anak sy tu hanya Isa yg suka tempe...sungguh2 dia makan...lepas satu..satu...Resepinya ambil kat dapur Hana....Tq Hana.
Gambar sambal kicapnya lupa nak ambil.
Saya mula kenal tempe ni masa belajar kat mrsm muar..terus jatuh cinta...kahwin pulak dgn org jawa maka selalulah jumpa tempe ni hihihi....

Bahan-bahan

  • 5 keping tempe
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar ketumbar
  • 3 ulas bawang putih
  • serbuk kunyit
  • sedikit garam dan air
BHN UTK SAMBAL KICAP
  • segengam chili padi
  • 2 ulas bawang putih
  • gula
  • kicap manis

Cara-cara

  1. Potong serong tempe nipis2 supaya rangup.
  2. Tumbuk bwg putih n ketumbar.
  3. Campurkan tepung dengan bhn tumbuk dan serbuk kunyit. Letak garam skit. Then masukkan air sedikit demi sedikit sehingga cair macam tepung nk goreng pisang.
  4. Panaskan minyak, Dah panas bleh la goreng hingga kekuningan.
  5. Utk sambal kicap - tumbuk chili,bwg putih, dan gula. Then masukkan dlm mangkuk dan bubuhlah kicap. Dah siap..bleh cicah ngan tempe goreng td...

Bun Kastard

Projek Sabtu malam hari tu...
Resepi dr dapur noreen nun di UK. Tq noreen berkongsi resepi.


Bahan-bahan (9 biji):


Bahan2 untuk custard:
  • 2 biji telur kuning
  • 20gm gula pasir
  • 30gm tepung roti
  • 130gm susu segar

Bahan2 untuk doh:
  • 250gm tepung roti
  • 30gm gula pasir
  • 1/2 camt garam
  • 1 camt instant yeast
  • 15gm tepung susu *- tak letak
  • 25gm unsalted butter*- guna minyak masak
  • 100gm air* -( air + susu segar = 100gm)

*= apa yg saya buat...


cara:

  1. cara membuat custard: satukan telur kuning dan tepung roti di dalam mangkuk. gaulkan sehingga sebati. tambahkan satu camb susu segar jika adunan kering dan keras sedikit
  2. satukan susu dan gula di dalam mangkuk tahan panas dan masak sehingga gula larut tetapi jangan sampai mendidih
  3. kemudian tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk yang berisi adunan kuning telur. kacau sehingga adunan sebati
  4. selepas itu tuangkan semula ke dalam mangkuk tahan panas tadi dan masak sehingga adunan pekat sambil dikacau selalu
  5. setelah siap tutupkan dengan cling film dan simpan di dalam fridge selama 1 jam
  6. cara untuk membuat doh: masukkan semua bahan bersama separuh custard (pastikan ianya berada pada suhu bilik) tadi ke dalam bread machine dan tekankan untuk setting doh
  7. tunggu sehingga siap lebih kurang 1 jam 30 min
  8. selepas siap keluarkan dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  9. tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  10. kemudian bentukkan doh tadi menjadi bentuk bola dan biarkan rehat selama 15 min
  11. bahagikan doh kepada 9 biji dengan setiap satu seberat 55gm dan bentukkan setiap satu menjadi bola
  12. setelah itu susunkan ke dalam tin yang telah digris terlebih dahulu dan biarkan doh naik sekali lagi lebih kurang 45min ke 1 jam
  13. pada yang berada dinegara 4 musim bolehlah dimasukkan tin tadi ke dalam oven tanpa ON kan dan masukkan 2 cawan air panas. letakkan dikiri kanan tin tadi dan tutupkan pintu oven dan tunggu sehingga doh naik
  14. pipekan separuh lagi custard tadi ke atas doh tadi dan bakar pada suhu 190C selama 25 min atau sehingga masak dan keperangan

saya buat 2 adunan...utk kastard tu saya ubah sikit saya guna kedua2 telur putih dan kuning. dan saya tambah sedikit pewarna kuning...

Sunday, June 28, 2009

Happy Birthday to Kak Ain...

Dear Kak Ain,
Selamat Hari Lahir.
Semoga sentiasa dirahmati Allah hendaknya dan bahgia disamping keluarga tercinta... Raikan kat mana kak ain..?? Moga dapat hadiah yg diidamkan hihihi....




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini






Ni pulak hadiah dr saya sebakul Portmeirion Botanic Garden,
khas buat kak ain..hihihihi....





Saturday, June 27, 2009

Tag n award



Now I have to follow the rules and the rules are : -

1) Accept the award, post it on your blog together with the name of the person who has granted the award and his or her blog link.
Award ni diterima dr Ita @ Juwita Fariz and Family nun di Jepun.
Terima kasih ita....


2) Pass the award to 15 other blogs that you’ve newly discovered. Remember to contact the bloggers to let them know they have been chosen for this award.

1) Umi @ http://umiyumi.blogspot.com/
2)Datin El @ http://datinelyokmasakduluek.blogspot.com/
3) Dura@ http://rojakland.blogspot.com/
4) Rizalia @ http://mylife-rishazalia.blogspot.com/
5) Aja @ http://catatansitihajar.blogspot.com/
6) Emyliza@ http://emylizasharida.blogspot.com/
7) Eryn @ http://nazreenlove.blogspot.com/
8) Miss berry @ http://thanksgodforgivinglife.blogspot.com/
9) ASE1 @ http://thanksgodforgivinglife.blogspot.com/
10)Cekgu dila @ http://duamasa.blogspot.com/
11)Asiah @ http://asiahyacob.blogspot.com/
12)Deliah @ http://deliahsdeli.blogspot.com/
13)Ct-zura @ http://ctzura.blogspot.com/
14)Mama tiara @ http://tiaracuppies.blogspot.com/
15)Izat @ http://izat-syah.blogspot.com/






###################################################################
###################################################################




Hadiah dari Noorma,penat2 baru balik dr kg sempat lagi bagi hadiah kat kawan2. Terima kasih Noorma...moga ukhuwwah berkekalan....




Khas buat Ita dan Noorma,
terimalah kad ini,




Friday, June 26, 2009

Bun Nutella dan Strawberry

Projek utk sarapan pagi esok... resepi doh dr dapur Cikwan(Strawberry bun)...resepi asal dr Alex Goh. Saya buat dua jenis, satu letak nutella n kekacang dan satu lagi jem strawberry n taburan warna warni....

Untuk Doh:
Bahan A:-
320gm tepong roti
80gm tepong gandom
50 gm gula
1sdt garam
1sdb susu tepong- tak letak
1 sdb yis kering

Bahan B:-
2 biji kuning telor
210ml air- saya guna campuran air n susu segar

Bahan C:-
35gm butter- sy guna minyak masak.

Untuk Filling dan hiasan:

Sedikit strawberry jem dan nutella @ sebarang perisa kegemaran
kekacang dan taburan warnaa warni @ ikut kesukaan...

Cara
  1. Satukan bahan (A) hingga sama rata, masukkan bahan (B) dan uli hingga menjadi doh. Masukkan pula (C) dan uli lagi hingga doh menjadi lembut dan kental. Tutup doh dengan cling film dan biarkan ia kembang 2x ganda(+- 1 jam).
  2. ATAU guna BM- masukkan semua bahan A,B dan C ikut arahan BM...tekan menu DOH dan tunggu siap(! 1/2jam)
  3. Selepas itu tumbuk doh untuk keluarkan angin dan uli sedikit, bahagikan kepada 2 bahagian, bulatkan dan rehatkan selama 10 minit kemudian canai doh menjadi segiempat panjang, sapukan filling.
  4. Gulung kan doh tadi, dan potong kepada 8 bahagian, susun diatas loyang bakar yang telah dilapik kertas minyak .Biarkan doh naik 2x ganda sekali lagi.
  5. Sapukan atas roti dengang telor @ susu dan tabur denganbahan hiasan
  6. Bakar pada 175'c selama 25-30minit,keluarkan dan sapu dengan marjerin . Sejukkan.

filling nutella n kekacang

filling jem strawberry n taburan warna-warni.




Kek Chiffon

Projek mencuba mixer baru...buat kek chiffon. Alhamdulillah menjadi...

1)Milo Chiffon Cake


Resepi dr dapur Noreen di UK nun...tq noreen.

Bahan-bahan (loyang size 16cm):
Bahan2 A:

  • 1 camb milo
  • 20ml air panas
  • 2 biji kuning telur
  • 20gm gula kastor
  • 20ml olive oil
  • 40gm tepung naik sendiri (self raising flour) - diayak

Bahan2 B:
  • 2 biji putih telur
  • 1/4 camt cream of tartar
  • 50gm gula kastor




cara:
  1. Bahan2 A: satukan milo dan air panas ke dalam cawan dan kacau sehingga milo betul2 larut. ketepikan dan biarkan sejuk pada suhu bilik
  2. masukkan kuning telur dan gula kastor ke dalam mangkuk adunan dan pukul dengan menggunakan whisker sehingga gula betul2 larut
  3. kemudian masukkan milo dan minyak, kacaukan sehingga sebati
  4. masukkan tepung ke dalam adunan dan kaupbalikkan sehingga rata. ketepikan
  5. Bahan2 B: di dalam mangkuk adunan yang lain pukulkan putih telur dengan cream of tartar sehingga sebati dan berbuih
  6. setelah itu masukkan gula sedikit demi sedikit sebanyak 3 kali dan pukul sehingga menjadi krim
  7. kaupbalikkan adunan putih telur tadi ke dalam adunan Bahan2 A sebanyak 3 kali sehingga sebati
  8. tuangkan ke dalam acuan chiffon cake yang bersaiz 16cm dan bakar pada suhu 170C selama 25-30min atau sehingga masak
  9. setelah masak tutupkan api oven dan biarkan kek di dalamnya selama 5 min. tujuannya supaya kek tidak akan mendap setelah dikeluarkan dari oven
  10. kemudian keluarkan kek dan biarkan ianya betul2 sejuk barulah dipotong dan dihidangkan

note: petua untuk mendapatkan chiffon kek yang cantik jangan digris atau dilapik tin kek. cukup sekadar dilap dengan kain bersih. dasar dan dinding acuan yang tidak bergris akan membantu "memegang" kek yang di dalam proses mengembang-naik. chiffon kek yang cantik akan menghasilkan kek yang gebu dan berongga




PANDAN CHIFFON CAKE (Yen)


Resepi dr FP Mamafami...terima kasih mama...Buat separuh adunan je sbb takut tak jadi..Alhamdulillah jadi....


Ingredients
:

(A)

  • 5 egg yolks (size A)
  • 60g oil
  • 70g thick coconut milk (I used the ones in the box)
  • 80g cake flour
  • 1/2 tablespoon pandan leaves juice *
  • 1/4 teaspoon pandan paste *
  • (* Note : I used pandan essence and green food coloring)

(B)

  • 5 egg whites
  • 110g fine granulated sugar
  • 1/2 teaspoon cream of tartar

Method :

1. Cream (A) until well mixed.
2. Beat (B) until stiff.
3. Fold (A) into (B) very slowly, making sure the mixture doesn't collapse.
4. Bake in a 25cm chiffon pan (ungreased!) at 175 C for 45 to 50 minutes.
5. Invert the pan and allow to cool completely before removing with a spatula, turning fast in one direction only.








Thursday, June 25, 2009

Hati ini berbunga riang....

Hari ni cukup 3 tahun kami sekeluarga berada di bumi Adelaide ni. Bagi saya dan anak2, ia juga bermakna dah 3 thn kami tak jumpa keluarga. tahun lepas hanya hubby saya je yg balik...Rindu dendam kesumat ini hanya Allah saja yg tahu...kadang2 nak menangis pun ada. Bukan tak nak balik...cuma kosnya agak tinggi bagi kami yg big family ni. Takpe...dah nak balik dah...kan??(sedapkan hati sendiri....)
Anyway...hari ni juga saya gumbira...terima kasih tak terhingga buat hubby tersayang sbb penuhi hasrat saya nak miliki stand mixer. Ni buat makin sayang ni....


Hari ni my hubby tak ke uni sbb nak hantar baiki kereta yg byk problem tu tapi balik je dr bengkel....

my hubby: esok kereta masuk bengkel...dalam 5-6 ratus dollar juga...
saya: byk tu bang....
my hubby: takpelah...apa2 pun nak kena baiki juga...
*
*
*
my hubby: jom kita pergi beli mixer
saya:( terkejut...sbb tiba2 je) Abg ni biar betul...kan nak guna byk duit ...biar dululah.
my hubby: dah memang nak beli..kan? alang2 berbelanja ....

hahahah...apa2 jelah....dan inilah mixernya,


kat sini tengah mid year clearence...sale sana sini... Alhamdulillah, kedai ni yg paling murah kami jumpa..Gud Guys.

harap2 lepas ni saya makin rajin masak untuk suami dan anak2 tersayang....hihihi

RINNCHAN`S STYLE WOK NOODLES

Dinner kami hari ni...lebih kurang sizzling mee juga...Terima kasih Kak Rinn berkongsi resepi yg enak ini...

Bahan-bahan:
  • 200gm Mee Teow (Boleh guna mee sanggul juga), direndam dgn air panas
  • 12pcs cendawan kering, dibersihkan dan direndam dlm semangkuk air
  • 300gm ayam, dipotong kecil
  • 4 ulas bawang putih, diketuk
  • 5 sudu besar kicap
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1/2 camca teh lada putih
  • 1/2 camca teh lada hitam
  • 2 camca teh garam
  • 1 sudu besar gula
  • 3 sudu besar tepung jagung, dibancuh dgn 1 mangkuk air
  • Air secukupnya
  • 2 biji telur


Cara-cara:
1. Panaskan kuali dan tumis bwg putih dgn sedikit minyak.
2. Masukkan lada putih dan lada hitam.
3. Masukkan ayam. Kacau sehingga ayam agak masak.
4. Masukkan kicap dan sos tiram. Masukkan cendawan bersama-sama air
rendamannya sekali. Kuatkan api dan biarkan kuah menggelegak. Tambahkan air
dan biar sehingga ayam dan cendawan lembut.
5. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau hingga agak likat. Masukkan
garam dan gula.
6. Masukkan mee teow dan kacau rata. Boleh tambah air jika perlu.
7. Akhir sekali, pecahkan telur tetapi jangan terlalu di kacau. Hidangan siap bila telur
sudah mula mengeras sedikit. Hidangkan.




Daging Merah Tiga Rasa

Resepi ambil dr dapur Kak Nor...tapi saya punya ni tak ckp bahan...takde lengkuas. Terima kasih Kak Nor n tuan punya resepi footscray.

Bahan-bahan:
1/2kg daging dipotong kiub
3 btg serai ~ diblend halus
1/2 in lengkuas ~ diblend halus
2 helai daun limau purut ~ diracik halus
2 sudu besar tomyam paste yg pedas
1 sudu besar gula
garam

minyak
1 biji bawang besar ~ dipotong bulat
1 biji cili merah ~ dipotong serong
1 biji cili hijau ~ dipotong serong

Cara-cara:
  1. Rebus daging yg dah dipotong hingga empuk. Simpan air rebusan daging.(saya tak rebuas pun...daging sini cpt empuk)
  2. Panaskan minyak dan tumis paste tomyam hingga wangi dan masukkan bahan yg diblend.
  3. Kacau goreng hingga sehingga pecah minyak dan masukkan daging berserta air rebusan dan daun limau purut.
  4. Masukkan garam dan gula.
  5. Masaklah hingga hampir kering dan masukkan cili2 dan bawang besar yg dah dipotong.
  6. Angkat dan hidangkan dgn nasi panas.. sedap!!
# kalau paste tomyam yg digunakan tidak pedas, tambahkan cili padi masa blend serai dan lengkuas.


Wednesday, June 24, 2009

Roti Bun Coklat Berinti Krim Coklat

Projek baru jap tadi...sambil2 teman hubby tengok dvd. Anak2 kami tidur awal...jadi adalah masa utk kami berdua je...hihihi.
Resepi dr tauke roti di Tokyo tu...Ros. Terima kasih Ros sbb bekongsi resepi yg sedap2...

Bahan2:
  • 200 gram tepung roti/ highprotein flour
  • 50 gram tepung gandum
  • 1 sudu kecil yis
  • 2 sudu besar marjerin/butter
  • 2 sudu besar susu tepung/skim milk
  • 2 sudu besar gula
  • 1 biji telur (3/4 biji dimasukkan dalam adunan, bakinya akan digunakan untuk gliss pada permukaan bun nanti - saya terus masuk sebiji telur...utk sapuan saya guna susu segar.
  • 120ml susu segar atau air suam
  • 1 sudu kecil bread softner/bread improver ( optional)
  • 2 sudu besar serbuk koko
*utk kali ini saya terpaksa guna tpg gandum lebih dr tepung roti sbb dah kehabisan tepung roti....saya pun tak letak susu tepung dan bread softner/bread improver. Tapi alhamdulillah hasilnya tak mengecewakan.


*untuk inti*
  • sedikit krim coklat yang sapu kt roti tu, tak kisah lah jenama ape, nuttella ke van houten ke. -saya guna nuttella

Cara-cara

  1. Kalau ade BM ( bread maker) boleh masukkan semua bahan kecuali bahan inti dan Pilih menu Dough dan tekan ON. Kalau takde BM boleh ikut cara di bawah.
  2. campurkan semua bahan dalam mangkuk adunan dan uli hingga tidak melekat pada jari. Uli doh biar betul-betul lembut, uli dengan tangan lebih kurang 8 hingga 10 minit.
  3. kemudian masukkan dalam plastik bersih dan ramas-ramas doh selama 5-10 minit, keluarkan dan uli lagi di dalam mangkuk adunan. Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda.
  4. Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh, keluarkan angin dan uli semula doh, kemudian bahagikan pada 12 bahagian kecil dan isikan doh dengan 1 sudu kecil krim coklat, susun atas dulang pembkar dan biarkan naik dua kali ganda.
  5. Sebelum dibakar gils permukaan doh dengan baki telur tadi(saya glis dgn susu segar) , dan bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit.(saya sapu permukaan roti dgn marjerin sebaik shj dikeluarkan dr oven). Sejukkan atas redai dan sedia untuk dihidangkan, anak anda pasti menggemarinya. Selamat Mencuba.
  6. Kalau taknak masukkan inti pun boleh juga, atau boleh campukan sedikit coklat cip dalam adunan. Ikutlah selera masing-masing.
Roti siap utk santapan anak2 kesayangan yg bangun pagi esok. Diaorg semua memang bangun awal...pukul 6 pagi dah bangun...kadang2 saya terjaga sbb riuh rendah Iman n Ismail kat bilik dia...itu sbb agaknya diaorg pun tidur awal...pukul 7mlm tu dah duk dalam bilik biasanya.



Bingka Labu

Projek malam tadi...buat sarapan hari ni...
Terima kasih CMG dan Kak CT berkongsi resepi...


Sumber: myresipi.com via Dari Dapur CT

Bahan-bahan: (Untuk acuan bulat berlubang tengah berukuran 35cm)
5 biji telur Gred A
200 ml air
300 ml pati santan (boleh juga guna santan kotak)
200 gm tepung gandum
180 gm gula halus
1/2 camca teh garam
1 camca teh esen vanilla
450 gm labu manis, dikukus hingga lembut dan dilecek halus



Cara-cara:
1. Satukan kesemua bahan dalam satu bekas kecuali labu lecek. Kacau menggunakan wisk hingga sebati dan gula hancur. Tapis adunan.
2.Masukkan labu manis yg telah dilecek halus tadi. Gaul hingga rata.
3. Tuang adunan tadi ke dalam tin bulat berlubang tengah yg telah di sapu mentega dan dialas dasarnya dgn kertas. Sapu juga mentega pada permukaan kertas tadi. (ct guna loyang biasa jer)
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 40 minit. Biarkan sejuk sebelum dipotong.