Tuesday, January 11, 2011

Pindang IkanTongkol dan Ikan Cencaru Bakar Sumbat

Hari ni menu ikan kat rumah ni. My hubby pagi2 tadi cakap tak nak ayam hari ni...dah jemu. Terpaksalah pi pasar pagi kat Tronoh tadi. Kalau nak tahu sy dah bawa kereta sendiri pi pasar hehehe...tapi parking jauhlah sikit sbb pasar tu agak sibuk sikit(taklah sibuk sgt bg yg mahir..).Saya masih takut-takut lagi bawa kerta ni...tapi selalu kena paksa dengan my hubby hehehe jadi terpaksalah beranikan diri...

Nilah lauk hari ni:



Pindang Ikan Tongkol





Sumber
:FP Kak Hanieliza

Bahan-bahan

  • 3 ekor ikan kembung/selar - guna ikan tongkol
  • 2 hiris halia - dipotong panjang
  • 2 batang serai - diketuk
  • 3 cawan air
  • 3 keping asam gelugur
  • 1 labu bawang besar - dihiris
  • 3 biji cili merah - mayang panjang
  • Sedikit serbuk kunyit dan garam

Cara membuat
1. Bersihkan ikan dan potong
2. Masukkan semua bahan kedalam mangkuk bertutup.
3. Masukkan ddalam microwave-oven dan setkan HIGH selama 20 minit.
4. Bila telah siap hidangkan bersama nasi putih, sambal belacan dan sayur.



atau
masukkan semua bahan kecuali ikan ke dalam periuk. masak hingga mendidih, masukkan ikan. perasakan.




Ikan Cencaru Bakar Sumbat




Sumber: Potret Kasih

Bahan-bahan

  • 2 ekor ikan sumbat ( dibuang isi perut dan insangnya dan di belah bhgn belakang)
  • 4-6 biji cili padi
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci kunyit
  • 1 batang serai
  • sedikit asam jawa
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula
  • sedikit perasa

cara membuatnya.

1. Semua bahan disatukan dan ditumbuk lumat. Gaulkan dengan asam jawa yang telah di asingkan bijinya.
2. Kemudian sumbatlah bahan tadi ke dalam ikan ( bahagian belakang yang telah di belah dan bahagian perutnya.
3. Bakarlah di atas api sederhana atau boleh juga di masukkan di dalan oven.




dan lauk lain.....



sayur..



ikan goreng...untuk anak-anak.

Alhamdulillah kenyang sudah. Sekarang tengah tunggu doh donut keledek naik....harap-harap menjadilah donut tu nanti. Sedap makan time hujan-hujan ni...

* terima kasih kepada Kak Liza dan Wanayusuf berkongsi resepi...

6 comments:

Unknown said...

salam, saya dtng singgah nk mkn lunch kat sini lah...boleh ke?..hehe byk menu tu...suka ikan cencaru bakar sumbat dan pindang tu..

Deliah's Deli said...

salam suzi..sedap masak pindang tu..ada ikan goreng..cencaru bakar lagi tuh..nasi banyak lagi?

ratna said...

ooo senang jer masak pindang tu.. mmg mencari resepi masak pindang yg paling senang.. thanx kak..

Nadz Nazharzan said...

Salam Kak Suzi..
Bnyknya lauk..Sukanya lauk2 ikan tu..Low fat gitu! Rajin akak eh masak 3 4 jenis lauk..

ratna said...

kakkk.. saya dah cuba masak dah ikan pindang tu. nanti kita update kat blog yer..

Wana Yusuf said...

salam suzi... thanks kerana sudi cuba resepi ikan sumbat tu...