Thursday, December 2, 2010

Bingka Ambon.

Jalan-jalan kat dapur yatie(..::~**Sinar Kehidupanku**~::..), ternampak bingka ni. Lain dari yg biasa. Rupa dia berongga macam kek sarang semut. First time jumpa....dah tentu belum pernah makan. Semalam saya mencuba resepi bingka ni. Alhamdulillah menjadi dan orang kat rumah ni suka. Resepi asal dr Citarasawan@myresipi.Terima kasih yatie dan kak wan kerana berkongsi resepi.


saya guna acuan berlubang kat tengah....



Bahan-bahan ( 14 biji )

Bahan A
  • 1 sudu besar yis segera
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 125ml air suam
  • 150gm tepung gandum

Bahan B

  • 150gm tepung ubi
  • 300gm gula pasir
  • 5 biji telur ayam
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 1 sudu teh esen pandan/vanila
  • 50ml air daun pandan
  • 1/4 sudu teh pewarna hijau
  • mentega cair utk meleser
Bahan C
  • 450ml santan pekat dimasak hingga mendidih dan disejukkan.
  • Hiasan : Bijan - kali ni sy tak letak
Cara-cara
  1. Bancuh bahan A dalam mangkuk yang besar hingga rata dan perapkan selama 1 jam, biar adunan mengembang.
  2. Pukul telur, gula, esen pandan dan garam hingga kembang. Masukkan kedalam bahan A, gaul perlahan-lahan sambil masukkan tepung ubi sedikit demi sedikit. Kemudian tuangkan bahan C, santan yang telah disejukkan tadi. Kacau rata dan masukkan air daun pandan dan pewarna hijau. Kisar sekejap dengan blender dan perap adunan selama 2 - 3 jam.
  3. Leser acuan dengan majerin dan panaskan dalam oven selama 10 minit. Masukkan 3/4 adunan kedalam acuan-acuan kecil. Tabur bijan atau kepingan badam dan bakar pada suhu 160c api atas dan bawah selama 40 minit hingga permukaan adunan mengerutu dan kekuningan.
  4. Cucuk dengan lidi jika adunan tidak lagi melekat, bolehlah diangkat.
  5. Kuih ini melekit sewaktu dipotong ketika masih panas tetapi akan bertambah lembut jika dibiarkan sejuk (4 - 5 jam) pada suhu bilik.

yummm. sedap juga bingka ni.


11 comments:

Nuridah said...

Bingka ambon tu mcm kek yg ala2 berongga gitu...nampak sedap tu suzi.

izahdaut said...

akak..bingka ni tak moist kan? nk try jugak rasanya..klu abg bwak blik dari indon tu, bingka dia tak moist tapi lembut..mcm tu ke rasa dia kak?

dina said...

kak, tang kerak2 tu yg sedap tu....

Suzi said...

kak nur,
sedap kak. bolrhlah try :)

izah,
ha a'. lembut dah kenyal sikit...sbb pakai tpg ubi tu rasanya.


dina.
betul2...:)

mummyseri said...

kak suzi..kak best cam sarang semut gak..nk trylah :)..

HomeKreation said...

Salam suzi. Dh nampak ramai yg cuba, tingin gak nak buat tp kena tunggu ujung minggu ler...cantk kek suzi byk rongga.

Anawahid said...

uihhh ... sedapnya kakkkk... nk tang koner kak...hehe

hana said...

nak try jugak la kak! macam best jerk nih!

Kak Nik Ja said...

mokwo pun rsase nyer nak try..femes sgt dengor nye binka nih kat indon

Yatie said...

Salam Suzi,
Cantik berongga bingka ambon ni...tahniah menjadi kuihnya...suka tngk guna acuan berlubang...good idea too...

Suzi said...

seri,
trylah. sedap tau!:)

along,
thx. try jgn taj try...:)

anawahid,
hehehe...ramai juga suka tang koner ye...geng!

hana,
best...best...

mokwo,
cubalah...tak rugi...hehehe

salam yatie,
thx juga berkongsi resepi...:)