Sunday, January 23, 2011

Telur Masak Taucu

Assalamualaikum. Selamat berhari minggu. baru jap tadi hubby keluar pergi ke pengembumian arwah mak dan abang kawannya di Kg. Gajah. Ujian besar bg kawan hubby semalam kerana kehilangan mak dan abg pada hari yg sama...tapi waktu dan tempat yg berlainan. Beberapa hari sebelum ni seorang kawan abg meninggal ketika tidur. Sesungguh kematian itu pasti. Dan ia juga peringatan bg kita yg masih hidup. Dah cukup ke bekalan kita untuk dibawa ke alam kekal abadi nanti?? Moga kita semua mati dalam keadaan beriman kepada ALLAH SWT...amin.

Hari ni saya nak kongsi resepi telur masak taucu. Dah beberapa hari lepas masak ni...dah tak ingat bila hehehe. Sesekali masak camni sedap juga. Resepi dari dapur Hana...thx ye berkongsi resepi.



Bahan-bahan

source : kak.ayu@singapore, Anawahid, Hana
  • 3-5 biji telur
  • 3 ulas bawang merah-dihiris
  • 2 ulas bawang putih -dihiris
  • 1biji lada merah dibuang bijinya dihiris- hana tambah cili padi tk buang biji
  • 1 inci halia
  • 1 sudu besar taucu
  • 1 sudu besar sos tiram - ni memandai tambah... hehe
  • sedikit asam jawa
  • 1 sudu kecil gula
  • minyak untuk menumis
  • garam secukupnya kalau perlu- sebab taucu dah masin
Cara-cara
Goreng telur mata lembu/kerbau macam biasa. Gunakan minyak sedikit.Jangan sampai garing, kalau goreng separuh masak lagi sedap. Angkat telur dan letakkan dalam pinggan. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sampai naik bau. Masuukan taucu(kalau minyak sikit sangat, nanti taucu hangit jadi tambah air panas kalau nampak macam nak hangit. Masukan air asam jawa n sos tiram. Kalau nak sedap, asam direndam dengan air panas supaya pekat. Masukkan gula. masak sampai mendidih dan kuah pekat. Tuangkan kuah diatas telur.




IKLAN:

Ada sesiapa yg berminat dgn sarung lengan ni...
panjangnya = 46 cm dan longgar.dari kain lycra.
buat masa ni hanya warna hijau ni yg ada dalam stok...yg lain akan di restock insyAllah.
boleh klik SINI.

6 comments:

Deliah's Deli said...

salam suzi...telur +tauchu mmg kegemaranku..SEDAP!!

Anonymous said...

Insaf dengan apa yang Suzi kongsikan...
.
.
.
Menarik masakan telur tauchu tu.. Senang bahan-bahannya pun sentiasa ada. Insyaallah, kak tie nak cuba buat.

Chik Mimi said...

salam dik suzi boleh masuk list ni telur masak taucu ,Alfatihah buat kedua arwah

QiStinA's said...

Resepi tu dgr nama dah tau menyelerakan kan? Confirm kena try nie suzi....

Suzi said...

deliah,
sedap kan...mkn dgn nasi panas2...huhu

kak tie,
terasa sgt bila org yg sebaya dgn kita meninggal...takut pun ada...

kak mimi,
duk no. brp dlm senarai list hehehe...

moi,
tryle...dah jemu ayam...ikan...telurlah pulak hehehe...

Unknown said...

al-fatihah utk arwah dan takziah utk keluarganya....btw msk simple ni pun sodap!:)