Wednesday, January 12, 2011

Donat Keledek

Assalamualaikum. Dah lama tak buat donat. Semalam sy mencuba resepi donut keledek. Memang gebu dan lembut. Sedap! Berbaloi ! Resepi sy ambil dr dapur Mas...Mas pulak ambil dr dapur kak Nor. Dah ramai yg mencuba resepi ni. Terima kasih berkongsi resepi.



Bahan :
  • 500 gram tepung gandum
  • 200 gram keledek yang telah direbus dan dilenyek
  • 4 sudu besar susu tepung - tak letak
  • 1 biji telur - dipukul sedikit
  • 200 ml air suam- k.nor lebihkan air sbb guna 1bj telur jer -Mas guna susu segar suam (sy pun guna susu segar suam)
  • 3 sudu besar marjerin
  • 3 sudu besar gula - gula dikurangkan sket sbb keledek dah ada rasa manis
  • 3 sudu kecil yis - lain kali nak kurangkan sket

Caranya :
  1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
  2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
  3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
  4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..




10 comments:

izahdaut said...

waahh..donut akak lawoo je posing..gebu kan..mmg best

fzi said...

salam suzi...
...nampak best donat keledek... akak lom penah try masuk keledek, tak tau nak boh keledek banyak mana... pasni InyaAllah nk try buat..thx suzi, resepinya.. :)

hana said...

salam kak...
sana sini donut.. nak buat juga lah! Dah lama tk mendonut!

dian said...

k Suzi, thx for sharing recipe..
i'd like to make it..
gambarnya pun sedap...;) em yummy

K.Nor said...

cantik dan gebu donut suzi, nak amik 2 ketul ya.. :)

Unknown said...

singgah nk mkn donut la kat sini...hehe nampak gebus donut tu..

Deliah's Deli said...

salam suzi..ermmm sana sini tgk donat..teruja ngan donat gebu yg suzi buat ni..bila agaknyer nak berjangkit ni :))

Mas said...

gebu la donut kak suzi...sedappnya...

Suzi said...

izah...
gebu kan donut ni. sedap

kak fzi,
lepas ni boleh try kak...gebu!

hana,
akak pun pasal dah lama tak mendonatlah tu...ditambah pulak kwn2 duk tayang ...tergoda!

dian,
try le...its yummy!

kak nor,
laa...patutlah donut sy kurang 2 ketul..kak nor ambik rupanya...hehehe

Suzi said...

nieza,
makan tu baca bismillah dulu ye...:)

deliah,
puh! tiup virus donat kat deliah...moga berjangkit hehehe...

mas,
tergoda dgn donat masa lah ni...thx ye berkongsi resepi...