Thursday, August 26, 2010

Kuih Lapis Pisang dan Balik Kg Lagi!!!

Assalamualaikum semua, dah separuh Ramadhan kita lalui. Macamana? Ada peningkatan iman dan amal? Semoga Allah terus memberi hidayat dan kekuatan untuk kita meningkatkan amalan kita terutama diakhir-akhir Ramadhan nanti...

Hati sy tengah suka sgt2... insyaAllah esok balik kg saya kat TRG!!...yeaaaaa! Dua minggu berturut - turut sebelum ni kami berbuka puasa kat kg Sabak Bernam bila hari minggu. Bestnya berbuka kat kg sbb dpt makan masakan orang tua kita...dan jumpa anak saudara. Antara mknan yg duk dalama kepala ni sekarang....Sedaaaaaapnyeeeeee. Tak sabar nak balik ni....


gambar dr SINI


gambar dr SINI


gambar dr SINI

* terima kasih kepada tuan punya gambar. saya minta izin guna gambar ye...




KUIH LAPIS PISANG


Buat semalam. Resepi dr dapur UMMI. Resepi asal dr Aneka Talam dan Kuih Lapis (resepi Kak Liza) . Kak Ummi sy minat izin copy-paste ye...Terima kasih berkongsi resepi. Ambik gambar kuih sebelum potong je...mmmm....


KUIH LAPIS PISANG (loyang bulat 7 inci) ( sy guna loyang kecil...tu yg byk lapis)
Sumber: Aneka Talam dan Kuih Lapis (resepi Kak Liza)

Bahan A:-
  • 2 cawan santan (akak guna 1 1/2 kotak santan Ayam Brand + air = 2 cawan)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 sudu makan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung kastad/jagung (akak guna tepung jagung)
  • 1 sudu teh garam
Bahan B:-
  • 1 cawan pisang emas/berangan - dilecek
  • 1/4 cawan air
  • sedikit pewarna kuning (*akak tambah, kalau guna tepung kastad, xyah letak la rasanya)
Bahan C:-
  • 1/4 cawan air
  • sedikit pewarna merah


Cara Membuat:-
  1. Campurkan bahan A hingga sebati. Tapiskan dan bahagikan kepada dua bahagian.
  2. Campurkan bahan B dalam satu bahagian dan kacau rata.
  3. Satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan C dan kacau rata.
  4. Panaskan kukusan. (Sediakan loyang yang digriskan sedikit dengan sedikit minyak. Panaskan sebentar) - *cara ni akak buat sebelum mula melapis.
  5. Tuangkan hampir 3/4 cawan adunan pisang (B) dalam loyang dan kukus selama 8 minit.
  6. Kemudian lapiskan pula 1/3 adunan merah dan kukus juga selama 8 minit.
  7. Buat sehingga siap setiap lapisan dengan bahagian atasnya adalah adunan pian (B).
  8. Semasa kukusan akhir, balut penutup kukusan dengan kitchen towel dan kukus lebihkurang 10 - 12 minit.
  9. Biar sejuk pada suhu bilik dan barulah dipotong.
.



6 comments:

Mak Su said...

kali ni x amik resepi, cuma nak ucapkan selamat balik kg :D

ain said...

salam su..bestnya balik kampung. akak lum pernah lg balik kpg sejak2 puasa ni.

cik dila said...

ooo mertua kak suzi org sabak upenye..iso ngomong jowo orak?hehe...

Suzi said...

mak su...mekasih.

kak ain, bulan puasa ni hari minggu je buka kat kat kg...lepas rindu yg 4 thn tu kot hehehe...


dila, mak mertua akak pandailah ckp jawa...suami akak tak tahu pun hehehe...akak lglah...faham sikit2 je...

Yat Maria said...

Selamat balik kg suzi...btw, sedap kan lapis pisang tu :)

GREENJADE said...

seronot nye blk kg..eh dh blk sabak bernam nape x singgah sh alam bley buka sama2 :)

ya ampunn meleleh air liur nengok nasik dagang