Tuesday, November 9, 2010

Mee Lada Hitam

Dinner kami hari ni...thx mamasya berkongsi resepi...Sedap juga...



Sumber : Majalah Rasa via Mamasya

Bahan-bahan:
  • 500 gm mi kuning
  • 3 biji bwg merah - cincang
  • 1 ulas bwg putih - ketuk
  • 5 biji cili padi - ketuk-letak cili merah yg dihiris.
  • 100 gm ayam - hiris tipis
  • 6 ekor udang -
  • 20 gm lobak merah
  • 20 gm kubis
  • 20 gm sawi
  • 1 1/2 sudu mkn sos lada hitam
  • 1 1/2 sm lada hitam - tumbuk -sy guna serbuk
  • 2 sm ikan bilis tumbuk
  • 100 ml air - kena tambah byk sikit utk dptkan kuah
  • 60 ml kicap manis
  • minyak utk menumis.

*boleh tambah yg berikut mcm mamasya ; 1 sm sos tomato , 1 sm sos tiram
serta telur sebiji,fish cake dan fish ball,buah tomato - ikut selera masing2.




Cara-cara:

  1. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi
  2. Kemudian masukkan cili api, ikan bilis tumbuk,ayam dan udang. *masuk ayam dulu kacau hingga separuh masak barulah dimasukkan udang,ikan bilis,fishcake dan fishball.
  3. Masukkan lada hitam,sos lada hitam dan kicap manis. *masukkan jugak sos tiram dan sos tomato dan telur.kacau rata.
  4. Masukkan air dan masak hingga mendidih.
  5. Masukkan mee dan sayuran.gaul. rasakan garam jika tak cukup masin.
  6. Siap dinikmati



3 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam suzi..mlm2 nie lapar lak..mintak sepinggan mee lada htm tuh!

Suzi said...

blh je...hehehe. bawa ke sarapan hari ni...

fzi said...

Salam suzi...
Wah.. cara baru ni untuk akak terai.. lom penah terai masuk sos lada hitam dan ikan bilis sebelum ni time goreng mee.. thx suzi kasik idea.. :))