Thursday, November 25, 2010

Kuih Kaswi

Hidangan untuk minum petang tadi. First time sy buat kuih kaswi ni...alhamdulillah elok menjadi. Anak2 pun suka...itu yg penting. Sbb diaorglah pelanggan sy. Termasuklah my hubby :)


Kuih Kaswi ni resepi dr dapur Izah lg. Resepi asal dr Yatie. Terima kasih berkongsi resepi ye.

Bahan-bahan :

* 1 cawan gula pasir*
* 1 cawan gula merah*
* 1 1/2 cwn air*
* 3 helai daun pandan*(*di masak..)

* 1 1/2 cwn tepung gandum
* 1/2 cwn tepung ubi
* 1/2 cwn tepung beras
* sedikit garam
* 3 sudu besar air kapur
* 3 cwn air
* Loyang atau acuan kuih lompang yang disapukan dengan sedikit minyak masak
* Kelapa parut + garam

Cara-cara :

1. Gunakan 1 1/2 cawan air untuk memasak gula pasir, gula merah dan daun pandan.
2. Masak hingga gula larut. Ketepikan dan sejukkan dulu.
3. Ayak ke semua tepung dan masukkan 3 cawan air ke dalam bancuhan air gula.
4. Masukkan air kapur dan kacau sebati.
5. Tapis air gula ke dalam tepung - Gaul rata.Tapis bancuhan tepung untuk mengelakkan dari berketul-ketul.(Blend semuanya pun senang..)
6. Kacau seketika di atas api yg kecil supaya kelihatan agak pekat tapi jangan sampai bertukar menjadi kanji.
7. Sapu loyang/acuan dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan.
8. Kukus loyang/acuan dahulu tanpa isi.
9. Tuang bancuhan tepung ke dalam loyang dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
10. =>Kalau guna acuan lompang/acuan kecil, masa kukus adalah 15 minit.
11. Bagi yang mengukus di dalam loyang, kuih akan kelihatan lembik dan berair sedikit.
12. Ambil sehelai kitchen tissue dan letakkan di permukaan kuih agar air itu dapat diserap.
13. Sejukkan kuih baru dikeluarkan dari acuan.
14. Boleh dihidang dengan kelapa parut bercampur sedikit garam yg telah dikukus juga seketika supaya tahan lama


Sy guna acuan muffin je..Gula merah sy tak berapa gelap warnanya, jadi sy tambah sikit pewarna coklat. Gula pasit pun sy kurangkan dan lebihkan sikit gula merah.



8 comments:

hana said...

makin dgoda dan tergoda.... besok besok pastinyer daku ternoda.... oh tidakkkkk.., mau seketui dulu kak! wat ilang ngences mlm ari nih....

indahhouse said...

salam kak suzi,
apa khabar kak?
dah lama tau saya nak buat kuih kaswi ni. masih tak buat2 juga. hihihi... saya suka kuih lembik2 camni. Insya Allah, nak try juga nanti.:)

PearlnScarf said...

kuih kaswi simple pembutan nya sedap rasa nya... tapau sebungkus suzi.... :))

Mas said...

akak..nak tanya, tepung ubi tu tepung ubi kayu ke kak...mas tak pernah wat lagi.....ingat nak try wat...

Suzi said...

hana...
waaa dah ternoda dek kuih kaswi akak ye...ambik2 ...


peralnscaft,
fiza, sial2 ...ambik sendiri ye..jgn segan2...hehehe

Indahhouse,
salam nurindah, akak sihat je..
blh geng dgn anak2 akak...diaorg suka benor kuih2 camni.

mas,
boleh je guna apa2 tpg kanji.
tepung ubi kayu yg senang nak dpt rasanya. akak letak tepung kentang sbb takde tpg ubi kayu...alhamdulillah OK je...

Nuridah said...

Salam Suzi,

hehe..suzi,terperanjat knur baca komen diatas tu...rasa typo error tu...maaf ya suzi.

sedapnya kuih kaswi...knur pun suker dah lama tak buat ni..mcm teringin gitu..knur follow blog suzi ya seba asyik terlepas latest post dari suzi..hehe.

izahdaut said...

akakkkkk.... saya pun baru buat lagi dan lagi kaswi nih..aduyaii memang enak bangat kuih ni..mmg kesukaan saya dan anak2...tapi hubby je kureng sebab die tak suke makan kuih kena salut kelapa..hehe

Hann said...

Personally, saya memang sangat suka akan kuih ni. Senang, tak letih mengunyah, makan dengan tak payah pikir..