Friday, November 12, 2010

Bistik Telur

Lauk lunch hari ni...geng dengan tomyam. Fuh! sedap sungguh. Lagi2 dalam cuaca yg sejuk...hujan renyai2 ni....Resepi dari dapur Anawahid. Terima kasih ye berkongsi resepi.



Bahan-bahan:
  • 2 biji telur – digoreng dadar
  • 50 gram isi ayam – dicincang
  • 1 biji bawang besar – didadu
  • 2 ulas bawang putih – di cincang
  • 1 biji lada merah dan hijau – dihiris
  • 2 sudu mkn sos cili
  • 2 sudu mkn sos tomato
  • Sedikit tepung jagung ditambah sedikit air utk memekatkan kuah
  • Sayur campur
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak utk menumis

Cara-cara:
  1. Panaskan kuali, masukkan isi ayam, masak sehingga separuh masak, masukkan bwang bsr, putih, lada merah dan hijau.
  2. Masukkan sos cili dan sos tomato, kacau rata dan masukkan pula sayur campur.
  3. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung dan perasakan dgn garam dan gula secukup rasa, setelah pekat kuahnya tuang bahan keatas telur yg telah siap didadar tadi.
  4. Siap untuk dihidang.




6 comments:

hana said...

salam kak... adehhh bangun2 tdo terus lapo masuk dapur akak... nugget tuh pong nampak sodapp! lama betui tak buat..dah mls pulak skrg nih nk wat yg frozen. heeee....

Mas said...

wahhh...kak, simple tapi sedapp bangat....

izahdaut said...

wuhaaa..lama tak makan bistik telur cam ni..dodolu kat cafe hostel slalu amik lauk ni..gedebuk beso.tak yah lauk lain dah..hehehe..nak try jugak la nanti.mekasih kak

Hann said...

uisskk.. dah tukaq kepala cutain.. lawa seyh.. dapoq tuh.

btw, bistik yang rasanya kalau dapat nih, sure nak lagik.

Cik Kamoo said...

baru jer makan bistik telur....tp x best sgt. wat sendiri lagi best kot....

fa10 said...

duk sini hari2 mkn ayam...
sesekali dpt mkn telur best juga ni...