Semalam unutk lunch,kami beli je lauk. Tak sempat nak masak sebab balik lambat dari driving class. Jadi unutk dinner kenalah masak. Masak simple je iaitu mee kari nyonya. Resepi dari blog ROS jauh di Jepun tu. Terima kasih Ros berkongsi resepi. Anak sy, Iman cukup suka...dia tu memang 'mat kari'...sampai suruh simpan untuk sarapan. Bila bangun tadi, awal2 lagi dah makan mee kari dia tu...
Bahan-bahan ( Untuk 2 orang Makan )
- 2 paket mee kuning
- 2 sudu besar serbuk kari ayam ( kalau boleh jenama Babas)
- 2 sudu besar cili kisar
- 1/4 bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- beberapa tangkai daun kesum
- sedikit daun kari
- 1/2 paket Fish ball
- 2 cawan santan
- 1 cawan air
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 1/4 ekor ayam di cincang kasar
- sawi, taugeh, telur dan bawang goreng sebagai pelengkap.
-semalam sy boleh lupa nak rebus telur...sayur2 pun takde dalam peti ais...maka sy letak kentang,tomato dan karot dalam kuahnya....buat syarat...:)
Cara-cara
1. Mula-mula kisar bawang besar dan bawang putih higga hancur, kemudian tumis dengan kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
2. serbuk kari dibuat pes dan tumis bersama bahan kisar tadi dan masukkan daun kari. tumis hingga garing dan pecah minyak.
3. masukkan ayam dan kacau sebentar. kemudian masukkan santan dan fish ball. kacau sentiasa.
4. bila kuah telah menggelegak, masukkan daun kesum dan sesuaikan rasa, tambah garam atau gula jika perlu.
5. Rebus telur, celur sawi dan mee kuning, taugeh dibuang ekor .Cara Penyediaan, masukkan mee kuning dan kuah kari, susun sawi, taugeh, telur rebus dan tabur sedikit dengan bawang goreng. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba
6 comments:
Salam suzi...
Time lunch ni, round jap tengok makanan...mmmm telioq la pulak tengok mee kariii.... :)
I pun penggila mee kari..suka cara u explain senang nak follow tq
dah 2 hari makan mee kari..hari ni nk makan kuetiau plak...tp tgk mee kari suzi ni, mmg terliur lah..bak mai semangkuk kecik..(kecik je laaa...)
aiyo! x leh tgk..... terliur
Salam perkenalan.. Jalan-jalan cari resepi sambil tambah kenalan.Naz 4llow dapur ni, jemput 4llow blog Naz ye..and tukar2 link boleh?
fzi,
ak dah mkn ke blm masa dtg sini smlm? kalau blm sila2 jelah heheh..
POSH76,
kredit utk ROS dr Jinta MAnis
Mak su,
tutp mata...hehehe
Naz,
salam kenal kembali.
Thx. nanti akak follow u dan add ur link.
Post a Comment